Sunday, March 31, 2013

Saiful Bahrin Terus Mendapat Kepercayaan Tokguru?

UALASAN                                                                                                                        

Adun PAS Selising Saiful Bahrin Mohamad mungkin boleh menarik nafas lega untuk sektika setidak-tidaknya sebelum Dun Kelantan dibubarkan.
Saiful Bahrin: Dicalon sekali lagi?

Semalam di hadapan lebih 10,000 orang yang menghadiri upacara pecah tanah untuk pembinaan Stadium Red Warriors stadium baru Kelantan di Bukit Merbau, Pasir Puteh, Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengumumkan Saiful Bahrin akan diberikan peluang bertanding sekali lagi di Dun Selising.

Kalau ini menjadi kenyataan, bermakna Saifu Bahrin akan diberi peluang kali ke empat untuk bertanding di Dun berkenaan. Tahun 1999 beliau telah menangi kerusi berkenaan bagaimana pun tewas tahun 2004 dan menang semula tahun 2008. Kalau dia bertanding lagi pada PRU-13 ini adalah penentuan baginya dan juga menguji akan kekukuhannya dalam politik.

Siaful Baharin harus merasa besyukur atas pengumuman itu kerana beliau seolah-olah diistimewakan oleh Tokguru Nik Aziz. Saifu Baharin sendiri mungkin terperagah dan tidak mempercayai dengan pengumuman itu.


Dalam saat orang melihat beliau sudah pasti akan disingkirkan dari menjadi calon tiba-tiba namanya menjadi nama terawal diumumkan akan diturunkan sebagai calon. Nama Saiful Bahrin dikatakan tercemar dan moralnya menjadi sebutan apabila difitnah kononya terlibat dengan skandal, bermukah dengan isteri orang.

Pengumuman oleh Tokguru Nik Aziz semalam ada satu pembelaan dan pembaikian maruah Saiful paling tinggi darjatnya. Langkah Tokguru itu mungkin menyebabkan mereka yang sebelum ini berada dalam keadaan 50 : 50 sama ada akan dicalonkan semula atau tidak menjadi jelous dengan apa yang berlaku itu.

Sebelum ini wakil rakyat itu telah difitnah kononnya mempunyai skandal dengan isteri orang. Apa dinamakan skandal di atas keretapi telah ditabur oleh pihak tertentu  baik didalam internet dan juga disebar menerusi sursat-surat layang. Saiful Bahrin sendiri seolah-olah tidak terjawab dengan fitnah itu melainkan berdia dan menyerahkan diri kepada Allah s.w.t.

Lebih menyedihkan khabarnya ada orang tertentu berjumpa dengan Tokguru memberi tahu akan kejadian yang merupakan fitnah itu. Sungguh pun begitu kerana datang tanpa mengemukakan bukti, Tokguru menolak begitu saja. Seperti mana ditegaskan semasa mengumumkan nama Saiful Bahrin itu, kalau benar tuduhan ke atas itu kenapa suami perempuan tidak datang menemuinya menjelaskan perkara yang berlaku.

Demi bepergang atas prinsip keadilan dan kebenaran di mana sesuatu tuduhan itu tidak boleh diterima jika tidak ada empat orang saksi maka fitnah ke atas Saiful Bahrin itu tidak membekas apa-apa bagi Tokguru Nik Aziz.

Sepertilah beliau menolak fitnah ke atas Anwar Ibrahim kerana tidak disertakan bukti dan saksai mungkin begitulah juga MB itu menolak fitnah terhadap anak buahgnya itu.

Apabila Nik Aziz membuat pengumuman mengejutkan itu mengenai Saiful Bahrin sudah pasti ianya ada alasan tersendiri. Khabarnya semasa membuat pengumuman itu Tokguru dalam keadaan mood murih dan tidak senang dengan berbagai tohmahan dan tuduhan dilontarkan kepada Saiful. Sudah pastilah pengumuman itu menempelak mereka yang memfitnah dan mahukan memburuk-buruk Saifu Baharin dengan harapan beliau tidak dicalonkan dalam pilihan raya akan datang.
Apakah Nik Aziz mahu menjadikan pengumuman itu sebagai senjata untuk menghentikan fitnah yang dilempatkan kepada orang-orang politik? Sudah tentu mereka yang galak memainkan fitnah itu akan terperagah dan tertempelak dengan pengumuman Nik Aziz itu. Kalau hanjat penabur fitnah itu untuk menghalang Saiful Bahrin dari dijadikan calon, pengumuman itu membunuh harapan mereka.

Boleh jadi juga cara Nik Aziz berbuat begitu memberi amaran agar jangan ada lobi melobi atau pun unsur fitnah digunakan di kalangan ahli PAS untuk menjadi calon dalam pilihan raya akan datang. Pengumuman itu merupakan syarat tegas daripadanya bahawa untuk naik dalam politik tidak boleh dilakukan menerusi jalan yang tidak halal.

Dalam pada itu seperti saya katakan diawal tadi, pengumuman nama Saiful Baharin sebagai calon itu ia mungkin bersifat sementara sahaja? Saya percaya kalau ada bukti-bukti yang boleh menyakinkan Tokguru Nik Aziz terhadap tuduhan ke atas Saiful Baharin itu menyebabkan pengumuman itu boleh ditarik balik, Saiful Bahrin akan digugurkan sebagai calon kerana ia menjadi libialiti kepada PAS. [wm.kl.8:29 pm 31/03/13]

No comments: