Monday, March 25, 2013

Umno Akan Menang Percuma di 10 Kawasan Keselamatan Khas?

ANALISA                                                                                                                            

Hari ini Najib Razak mengistyharkan 10 daerah di Timur Sabah menjadi kawasan Selamat di Sabah berkuat kuasa hari ini. Sepuluh daerah itu ialah; Kudat, Kota Marudu, Pitas, Baluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.

Pemilihan kawasan itu sebagai kawasan keselamatan khas yang membawa kepada penubuhan satu jawatankuasa menurut Peraturan-Peraturan Pemeliharaan Keselamatan Awam 2013 yang digubal oleh Menteri Dalam Negeri.

Jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan oleh Ketua Menteri manakala Najib selaku perdana menteri akan menjadi pemantau. Jawatankuasa lain akan diumum perlatikannya nanti.

Menurut Najib beliau sendiri telah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong supaya Ordinan Pemeliharaan Keselamatan  Awam 1962 dikuatkuasakan bagi memastikan keselamatan rakyat di Sabah terus terjamin.

Sememang tidak siapa dapat menyangkal hasrat kerajaan untuk mewujudkan keadaan selamat dan damai di Timur Sabah itu waktu ini. Sewajarnya kalau kerajaan mengambil langkah-langkah perlu seperti mengistyharkan atau meletakkan 10 kawasan itu dalam zon yang diberi kawalan keselamatan khas.

Tindakan itu diambil semuanya gara-gara meletusnya tragedi pencerobohan yang menelan lebih 50 korban termasuk sembilan orang anggota keselamatan kita manakala ratusan yang ditangkap. Namun betapa suci usaha kerajaann itu ia tetap akan disuluh dengan berbagai maksud kerana ianya dibuat dalam edah pilihan raya umum akan menjelang tiba bila-bila masa saja.

Mungkin ramai yang tidak sedar didalam 10 daerah itu ia merangkumi tujuh kerusi parlimen dan 15 kerusi DUN Sabah. Kerusi-kerusi parlimen yang termasuk dalam zon keselamatan khas ini ialah, P167 Kudat, P168 Kota Merudu, P183 Baluran, P187 Kinabatangan, P 189 Semporna dan P190 Tawau.

Manakala di dalam kawasan parlimen itu pula merangkumi sebanyak 15 kerusi state iaitu, N1 Baggi, N3 Pitas, N4, Manttagong, N5 Tandek, N39 Sugut, N40 Labuk, N42 Sungai Sebuga, N45,
Elopora, N46 Tanjung Rapat, N47 Kuamut, N52 Sulabayan, N54 Bogaya, N53 Senaling, N55 Balung, N 56 Apas.

Jumlah kerusi parlimen yang terlibat itu kira-kira 40% daripada 25 kerusi parlimen di Sabah dan kira-kira 25% daripada kerusi negeri yang berjumlah 60 kerusi. Kalau diandaikan kesemua kerusi parlimen yang berada didalam kawasan keselamatan khas itu akan ditawan semula oleh UBN ini bermakna UBN memerlukan kira-kira lima kerusi saja lagi untuk mendapat lebih separuh daripada 25 kerusi parlimen.

Manakala kerusi Dewan Undangan Negeri pula, kalau kesemua 15 kerusi di dalam tujuh kawasan parlimen itu dimenangi UBN ini bererti UBN memerlukan 15 atau 20 kerusi sahaja lagi untuk menguasai semula kerajaan Sabah.

Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen.

Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan UBN juga akan tumbang.

Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau sebaliknya? Sukar untuk kita menjawab di sini kerana tragedi yang berlaku di Lahad Datu itu telah memakan banyak korban yang menyebabkan tidak tergamak untuk dikatakan ianya sebagai sandiwara.

Asasnya kejadian itu benar, mati itu benar, bom itu benar walaupun tak mengena sasaran, bagai mana pun mana rententan perkembangan-perkembangan seterusnya dan dapatan dari lapangan boleh dipertikaikan dan inilah menyebabkan ada mengatakan apa yang berlaku di Sabah itu tidak begitu tulen atau pun lebih tepat tragedi yang tidak tersangka itu telah digunapakai untuk kepentingan politik.

UBN terutamanya Najib bernasib baik dengan kejadian itu kerana ia membantu baginya menyelamatkan Sabah.

Apapun sama ada pengistyharan 10 zon keselamatan khas itu memberi laba politik besar atau tidak ianya akan terjawab selepas pilihan raya kelak. Ukuran mudah yang boleh dibuat kalau kedudukan UBN di Sabah tidak berubah, maka jelas ianya adalah plan politik yang sungguh drmatik dan penuh tektikal tetapi kalau Pakatan Rakyat menang pula menunjukkan kehendak rakyat Sabah mengatasi plan politik Umno? [wm.kl.2:31 pm 25/03/13]

5 comments:

Unknown said...

Salam

Saya pengundi P169 dlm DUN usukan. Melalui pemerhatian sy di parlimen kota belud ini PR semakin kuat wpun selepas insiden lhd datu.

Ramai percaya itu adalah 'mainan' di sebalik tabir. Ada yg mrh sbb kawalan sempadan terlalu longgar.

Jika keadaan ni berterusan, umno akan bungkus dari parlimen kota belud kali ni. Ini kali lah!

Norie Publisher and Marketing said...

Satu strategi yg baik oleh UBN dan bekemungkinan mereka dpt mengekalkan kuasa dengan 'simple majority' seperti PRU 12 dahulu.
Ia memberi cabaran dan laluan sukar buat Pakatan Rakyat utk merampas Putrajaya.
Untuk mengimbangi strategi ini Pakatan Rakyat perlu mencari jalan b'mana untuk menggantikan 10 kerusi Parlamen Sabah 'yg bakal hilang ini' di Semenanjung..

Norie Publisher and Marketing said...

Satu strategi bijak dilakukan oleh UBN bagi mengekalkan kuasa mereka. Dengan adanya kawasan S ini- di atas kertas mereka berkemungkinan boleh mengekalkan pemerintahan di Sabah dan Malaysia amnya dengan 'simple majority' spt PRU 12 dahulu..
Laluan bagi Pakatan Rakyat ke Putrajaya menjadi sukar dan jika mereka tetap berkeinginan juga ke sana- mereka perlu bekerja keras utk 'mencuri' sekurang2nya 8 kerusi extra di Semenanjung utk 'cover' 10 kerusi Parlimen Sabah yg 'dijangka hilang' itu,
Tapi sbmpatkah mereka berbuat demikian?

hah! said...

Mungkin PR ambil alih Sabah tapi BN pula makin kuat di semenanjung......Sabah PR. BN k'jaan pusat...............ini adegan yang saya ingin lihat!

Wan Naza said...

salam tuan,
boleh huraikan lagi secara teknikal/perundangan bagaimana Ordinan Pemeliharaan Keselamatan Awam 1962 berfungsi menyelamatkan kerusi2 tersebut?