Najib Razak: Tubuh kawasan khas. |
Hari ini Najib telah mengumumkan penbentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas di Sabah? Perwujudan kawasan itu kononnya untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan di kawasan perairan pantai Sabah.
Kawasan yang termasuk didalam kawasan keselamatan khas ini ialah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.
Dengan perwujudan kawasan keselamatan khas ini membolehkan kerajaan menempatkan beberapa 'kabin' sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera.
Perwujudan kawasan seprerti ini katanya pernah diwujudkan pada tahun 1972, menubuhkan Rajang Area Security Commad (RASCOM) iaitu pasukan kawalan keselamatan di Rajang Sarawak dan pasukan ini berjaya menghapuskan ancaman komunis di negeri itu.
Kawasan terlibat dengan zone khas. |
Kalau ia ikhlas untuk tujuan keselamatan dan keamanan kita mengucapkan syabas kepada kerajaan yang mengambil berat kepada keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Namun begitu pengumuman Najib hari ini mengejutkan kerana ia kontras dengan laporan sebelum ini yang membayangkan pihak pasukan keselamatan kita berjaya mengawal keadaan dan menyekat penceroboh.
Menerusi sidang media yang diadakan dari masa ke semasa pasukan keselamatan kita optimis keadaan di Lahad Datu dan sekitar kembali pulih seperti sedia kala. Malahan menteri pertahanan Zahid Hamidi memberi amaran agar tidak membuat spekulasi keadaan di Lahad Datu itu.
Manakala media massa pula sering membuat lintas langsung melaporkan keadaan di kawasan bergolak tenang dan orang ramai menjalani kehidupan seperti biasa. Visual odio yang dihantarkan untuk disaksika oleh orang ramai menyakinkan bahawa keadaan di Lahad Datu dapat dikawal.
Tetapi bila tiba-tiba Najib mengumumkan pembentukan zone keselamatan khas itu ia menjadi tanda tanya dan persoalan.
Yang mana satu kita hendak percaya? Apakah kenyataan oleh pasukan keselamatan kita ataupun Najib Razak?
Disebabkan ramai tidak tahu status dan bagaimana keadaan di Lahad Datu sebenarnya, menyebabkan kita tidak boleh membuat penilaian apakah perwujudan ala-ala RASCOM itu perlu atau pun tidak di Sabah? Sebab itulah rakyat seluruhnya mahu ketelusan dan kejujuran kerajaan dalam memberi maklumat mengenai perkembangan di Lahad Datu itu.
Jadi bila tiba-tiba kerajaan bersetuju menubuhkan kawasan keselamatan istimewa ia menjadi tanda tanda. Apakah perwujudan kawasan keselamatan khas itu bukan bermotifkan politik? Inilah persoalan yang mungkin timbul. Kerajaan dan Najib sendiri perlu menjawab dengan tuntas dan memberi penjelasan berhubung keperluan mewujudkan zone keselamatan khas ini.
Dalam konteks fikiran umum hari ini apa-apa yang dibuat oleh Najib ia tidak dapat lari dari ada hubung kait dengan pilihan raya. Apa lagi kejadian di Lahad Datu itu sudah ditafsirkan sebagai satu stretegi politik?Kerana apa kerana saat ini kita berada di tubir berpilihan raya.
Jangan sesekali mengambil kesempatan atas apa yang berlaku untuk meraih keuntungan politik. Kita semua bersetuju soal keselamatan tidak boleh dijadikan isu politik atau pun pihak kerajaan ingin mengutik hasil politik daripadanya. Ia adalah jijik dan perbuatan itu mengajar rakyat supaya tidak lagi mempercayai parti memerintah (UBN).
Bagi pendapat saya sebelum kerajaan memutuskan untuk mewujudkan kawasan keselamatan demikian elok kalau kerajaan menerima pandangan atau cadangan pihak pembangkang agar memanggil sidang khas parlimen untuk membincang apa yang berlaku di Sabah itu. Dengan ada sidang khas atau pun kertas putih ia memberi pencerahan kepada rakyat, dan rakyat juga tidak kebingungan dengan apa yang berlaku itu seterusnya tidak wujudlah prejudis.
Anihnya kenapa kerajaan enggan menerima cadangan pembangkang itu? Apakah semua cadangan dari pembangkang berbau tahi? Sekali lagi dinyatakan apa-apa saja perkembangan atau yang berhubung dengan negara tidak boleh dipendamkan atau pun diselesaikan dalam gelap.
Menyelesaikan masalah yang ada kaitan dengan rakyat, kepentingan awam samalah tindakan cuba merelaikan jala atau pukat yang kusut di dalam gelap. Makin direlaikan ia menjadi makin kusuk dan busuk. Najib harus berani dan gentlemen? [wm.kl.7:24 pm 07/03/13]
19 comments:
Semua pun nak dipolitikkan mentang2 la penulis politik. Saya sendiri penyokong tegar PR tapi sbg rakyat sabah sy sokong langkah ni.
Apa masalahnya jika buat langkah ni untuk perkuatkan kawalan di situ pada masa hadapan? Kita tak tau bila-bila masa mereka akan masuk untuk membalas dendam. Nanti kalau tak ada buat apa-apa tindakan bila jadi masalah dipersoalkan lagi.
Maafkan saya.
Bagi saya, tiada apa andaian, hypothesis atau kemungkinan yg hendak dikatakan ttg pencerobohan keatas kedaulatan malaysia. Dlm keadaan skrg mustahil utk krajaan berkongsi segala maklumat atas dasar keselamatan. Berkongsi segala info spt memberi maklumat mudah kpd musuh negara.
Saya yakin apa sj keputusan yg dibuat kerajaan keatas apa yg berlaku di sabah, malaysia adalah yg terbaik dan sy sbg rakyat malaysia menyokong sepenuhnya.
Semoga allah membantu kita dlm mencapai penyelesaian dlm isu pencorobohan kedaulatan malaysia di sabah ini.
Amin
Apabila politikus tanpa maruah berkuasa, apa yang dikira ialah kesinambungan kuasa yang ada. Bermaruah atau tidak apa yang dilakukan, tidak perlu dipersoalkan. Alasan boleh dicari, rakyat setuju ataupun tidak, apa peduli!!!
Mari sama-sam kita doakan moga politikus rakus tanpa maruah ini dijahanamkan Allah!!!
saya tunggu dan lihat perkembangan seterusnya.
saya setuju sidang khas parlimen diadakan secepat mungkin untuk rakyat tahu perkara sebenar, sebab pola maklumat yg ada sekarang lebih kepada perang saraf(percanggahan maklumat daripada kerajaan) dan mengolah persetujuan umum. harap isu ini tidak berlarutan dan disudahi dengan peletakan senjata.
tukang benar, kerana saya diberikan sedikit ilmu mengenai politik maka saya menulis politik. kalau saya ada ilmu sukan ataupun ilmu pertanian saya akan menulis mengenai bola sepak atau penanaman padi atau getah. nasib.
sokong apa saja tindakan asalkan keamanan dan keselamatan rakyat diutamakan..kurangkan prasangka demi kedaulatan negara
Apabila menghadapi ancaman, kita semestinya berdiri teguh untuk mempertahankan negara tanpa memikirkan agenda poitik. Sindiran drp. Pembangkang amat dikesalkan sekiranya mempersoalkan langkah kerajaan memperkuatkan kawlan ke atas wilayah di sabah. Ancaman drp. Orang sulu di sabah akan berterusan terutamanya pendatang haram yang bebas keluar masuk. Kerjasama rakyat di sempadan perlu untuk menanganinya.
KAMI PENDUDUK TAWAU GEMBIRA KERANA SECARA TAK LANGSUNG KESELAMATAN KAMI LEBIH TERJAMIN..
DAN SECARA TAK LANGSUNG JUGA EKONOMI PENDUDUK DISINI DAPAT DITINGKATKAN..
HARAP TUAN DAPAT PERGI KE KUDAT DAN BERLAYAR SEHINGGA KE TAWAU KEMUDIAN TUAN AKAN DAPAT MENGANALISA KEPERLUAN TAMBAHAN KHUSUS ANGGOTA KESELAMATAN UNTUK NEGERI SABAH INI DENGAN LEBIH TEPAT..
satu lagi segala yang berlaku ada hikmahnya...
Allah nak tunjuk kepada kerajaan bahawa keselamatan rakyat di sabah perlu di perketatkan...
dan saya rasa kerajaan patut pagar sempadan antara malaysia dan thailand supaya perkara yang sama tidak berlaku
saya amat yakin semua ini adalah satu strategi terbaik mahathir
- utk selamatkan putrajaya
- utk selamatkan umno
- utk selamatkan usd40b
- utk selamatkan anak2
- utk selamatkan kroni
sabah
- sudah confirm jatuh
- kk jatuh
- bersama2 putrajaya
pokok nya skrg ni
- PR - PKR , PAS , DAP & rakan sekutu di sabah perlu pergiatkan aktiviti di 5 kawasan ni
- hantar seramai mungkin aktivis parti
Tuan mso,
Benar tuan menulis soal politik kerana diberikan ilmu politik.saya mmg mengikuti penulisan tuan dan bukan itu yg menjadi persoalan. Saya cuma mahu tuan lbh melihat isu ini dari kaca mata org sabah yg mahukan jaminan keselamatan pada masa hadapan berbanding kaca mata politik semata. Ada idea lain ttg cara meningkatkan keselamatan kwsn2 ini pada masa hdpn? Mohon kongsikan.
Salam
mcm boleh di duga tmpt2 itu, sementara ingin menjaga keselamatan negara.. tmpt2 tersebut BN boleh kawal utk tidak Sabah jatuh ketgn pembangkang pd PRU13 ini...
Tuan Haji,
Satu-satu kawasan berisiko, bergantung pada darjat risikonya, perlu memiliki kawasan simpanan/kelegaan yang lazimnya dipanggil 'buffer zone'.
Dalam ilmu pengurusan risiko untuk kes di Sabah ini di mana sempadan lautnya mudah dibolosi,'security buffer zone' ini adalah satu keperluan tanpa kompromi. Bagi saya keputusan kerajaan ini adalah keputusan keselamatan negara dan bukannya keputusan politik.
Pendapat saya: Mungkinkah zon keselamatan khas yg nak diwujudkan itu sebenarnya adalah penempatan yang dijanjikan oleh najib kpd orang Sulu? Siapa sangka kan?
Pada pendapat saya, apa saja tindakan Najib bermula hari ini tiada yang tidak melainkan semuanya terarah kepada POLITIK...
Tunggu dan lihat saja lah perkembangannya...Andaian masing2 dah ada dalam kepala...Tunggu wisel ditiup sahaja...bubar parlimen saja kita "GOMO" sepenuhh hati...dok gitu tuan MSO? kunfayakuun...menang kalah kita serah pada Allahh...
As Salam..Tn. MSO. Saya setuju..kalau penulis politik, ianya akan tulis berdasarkan ilmu politik. Dalam politik, kita kena fikirkan dari semua aspek...sbb politik hari ini, banyak bermain secara kotor. Setiap langkah diambil..keutamaan politik diri akan didahulukan.... hanya penulis politik yg berfikiran kritis dpt membuat andaian dan telahan yg memberi kesedaran kpd pembaca spt kami.
Tukang Benar. Saya setuju. Dalam keadaan yang memerlukan penyatuan, bersatulah; tak kira aliran politik mana. Kenapa kita perlu persoalkan langkah untuk menyelamatkan masa depan rakyat Sabah terutamanya kawasan-kawasan yang senang di bocori penceroboh. Masa untuk berpolitik ada masanya. Takkan semua yang di buat kerajaan busuk berlaka.
ada pengomen yang suruh saya be;ajar dari Sandakan kie Lahad Datu dan melihat suasana di persisir pantai, isnyaAllah saya sudah pun pun berbuat demikian dan dapat melihat apa yang berlaku.
Sekali lagi saya katakan saya ada pandangan tersendiri dalam setiap apa yang berlaku termasuk di Lahad Datu. Saya sama sekali tidak mengatakan lain dari saya tengok dan saya rasa. Naiflah saya kalau mengikut apa saja yang orang ceritakan. Ada akal gunalah akal.
Post a Comment