Sunday, March 10, 2013

Musafir Kemanusiaan - Jenguk Perang di Sabah

SALAM SUBUH                                                                                                         

Seperti saya khabarkan tengah malam semalam, saya kini berada di Tawau, Sabah dalam rangka atau pun perjalanan untu menjenguk Lahad Datu bumi yang disiram darah beberapa hari lepas yang kini menjadi topik hangat di mana-mana saja.

Bersama Drs Zainuddin, siap menggerakkan misi.
Kehangatan tragedi itu yang meragut lebih 60 ( lapan pasukan keselamatan dan 53 penceroboh) nyawa menyebabkan tenggelam isu pilihan raya umum ke-13. Mungkin kerana obses kepada apa yang berlaku di Lahad Datu itu menyebabkan ada antara kita tanpa menyedari bahawa tempoh parlimen penggal ke-12 sudah pun berakhir dan kerajaan Najib Razak kini merupakan kerajaan habis tempoh.

Hakikatnya UBN tidak lagi boleh mendakwa kerajaan hari ini kerana mereka kerana mandat rakyat selama lima tahun yang diberikan menerusi PRU-12 sudah berakhir.

Inilah pertama kali dalam sejarah penggal parlimen Malaysia terlajak dan tidak dibubar sebelum cukup tempohnya. Sebelum ini penggal parlimen dibubarkan dalam tempoh empat tahun saja tepatnya kurang lima tahun.

Menjadi kebiasaan saya kalau ada apa-apa peristiwa atau tragedi yang membabitkan kemusanahan alam dan kehilangan jiwa tidak kira di mana-mana saja, jiwa saya tidak akan tenang dan gelisah. Naluri dan rasa ingin tahu akan membuak-buak dalam diri tidak dapat ditahan. Menjadi amalan saya sesuatu itu  harus ditenguk dengan mata kepala sendiri.

Pendeknya selagi kaki saya boleh pergi dan melangkah, saya pergi. Soal kesihatan, tenaga dan wang tidak menjadi masalah. Keraja Allah, Dia akan membantunya tanpa pengetahuan kita dan tanpa diharap-harapkan.

Laporan atau gambar mengenai kejadian seperti itu tidak sah dan memuaskan hati kalau setakat membaca catatan di media massa atau pun menatap gambar persekitraan yang disiarkan laan blog dan ruang siber lain. Apa lagi banya misteri dan kepelikan mengenai kejadian itu. Ledakkan maklumat menerusi media baru kini pula meragukan dan boleh menimbulkan fitnah yang mana ia menuntut untuk kita mencari jawaban sendiri.

Justeru untuk mendapat gambaran di lapangan saya memberanikan diri dan nekadkan semangat untuk datang sendiri. Setidak-tidanya maklumat atau cakap-cakap mengenai kejadian itu saya perolehi dari jarak dekat - di bumi Sabah bukannya menadah telinga di Semenanjung.

Saya hanya bersedirian saja. Bermusafir dengan harapan Allah menjaga dan melindungi saya. Insuren untuk keselamatan diri saya, saya serahkan kepada-Nya. Untuk mencari dan mengajak kawan ke lokasi sebegini bukan mudah. Siapa ingin menempah susah. Sebab itu saya tidak memberi tahu sesiapa mengenai kedatangan saya ke Sabah sejak 8 Mac lepas. Dan kini Allahdulilah sudah berada dalam separuh perjalanan menuju destinasi diidamkan, Lahad Datu.

Atas tanda tanya anda kenapa blog ini tidak ada kemasukan bahan baru, maaf di pinta.

Inysa-Allah saya akan membuat catatan khas didalam blog ini sesudah pulang nanti. Sukar untuk saya menyiapkan catatan semasa perjalanan ini. Alasannya, biasalah kemudahan internet tidak begitu  memuaskan.

Mungkin catatan ini agak istimewa kerana pemusifiran ini tidak bersendirian lagi. Seperti saya yakin dan menjadi pegangan hidup saya kerja baik itu akan dibantu. Allah akan menghantarkan bantuan tanpa disedari. Dia telah menjanjikan kalau kita bekerja (jihad) untuk-Nya maka Dia akan membantu.

Seperti kebetulan pula kerajaan negeri Kelantan, khasnya Tokguru Nik Aziz Nik Mat mempunyai naluri dan perasaan ingin tahu seperti saya juga tentang tragedi itu. Beliau juga memandang berat kepada ragedi di Lahad Datu itu dan bersimpati dengan apa yang berlaku. Selalunya apabila berlaku sesuatu ke batas umat manusia apa lagi seagama dengannya dia tidak dapat lena dan sering tersebut-sebut mengenai kejadian itu. Inilah fiil atau sifat Tokguru yang jarang diketahui ramai.

Dalam senyap rupanya beliau telah menghantar satu utusan (misi) khas ke Lahad Datu khasnya dan Sabah amnya untuk menijau perkembangan itu. Pembawa utusan Tokguru itu ialah Adun Limbongan Drs Zainuddin Awang Hamad, kebetulan rakan debat dan rakan sepemikiran dengan saya. Pemilihan Adun ini tepat kerana pengalamannya dan komitmen yang tinggi dalam hal-hal sebegitu.

Tanpa diduga dan dirancang saya menggabungkan diri dengan utusan ini, menyebabkan misi pemausafiran kemanusiaan dan keamanan ke Lahad Datu ini menjadi satu ekspedisini yang bererti buat saya dan juga untuk utusan Tokguru.

InsyaAllah saya akan cuba memberi gambaran dari perspektif saya sendiri mengenai apa yang berlaku dan juga kisah-kisah di sebaliknya yang masih belum teruangkap sepenuhnya. Doakan semoga perjalanan saya ke Lahad Datu memasuk ke zone perang itu selamat dan dipermudahankan segala urusan saya.

Untuk mendapat maklumat terkini dan peta pergerakan saya dan Drs Zainuddin sila jenguk facebook saya dan juga facebook YB Drs Zainuddin Awang Hamat.  Insya-Allah kami akan update dari semasa ke dii sepanjang perjalanan.

Salam MSO
Dari Tawau, Sabah. [tawau sb.6:05 am 10/03/13]
Post a Comment