Tuesday, March 5, 2013

Selepas Serang dan Menang, Tunggu Apa Kata Dunia

ULASAN PERANG                                                                                                          

Peperangan sebenar di Lahad Datu, Sabah sudah bermula secara rasmi jam 7:00 pagi ini apabila ATM dan PDRM telah melancarkan Strategi Nasional Laut Biru (operasi perang) dengan menggempor kampung Tandou yang dijadikan perkampungan oleh para penceroboh sejak lebih dua minggu lalu.

Serangan dimulakan dengan jet penggempur Sukhoi S18 menggugurkan bom di kampung berkenaan kemudian diikuti dengan tembakan mortar dari darat. Dengan terasminya serangan itu ertinya tempoh rundingan dan tawar menawar telah berakhir. Penyelesaian kemelut perang itu secara damai tidak ada hayat lagi.

Apa yang kita dapat lakukan kini tunggu hasil serangan itu. Apakah ia akan lumat hanya sekali serangan sahaja ataupun akan berterusan beberapa hari lagi. Kita mengharapkan kemelut dan perang itu akan berakhir dengan sekali serangan sahaja.

Penceroboh akan lekas menyerah diri dan mengaku kalah. Kita dan sesiapa pun tdak mahu memperpanjangkan keadaan kritikal itu. Kita tidak mahu bunuh membunuh di antara satu sama lain.

Di samping menunggu hasil serangan itu kita juga menunggu satu perkembangan lain di mana perkembangan ini memerlukan kebijaksanaan dan kekuatan mental kita untuk menerima ulasan dan komenter dari negara-negara luar. Komentar ini adalah perang psikologi yang panjang.

Perlu diingat bangsa Sulu tidak bersendirian dalam membuat tindakan itu. Sebagai bangsa yang sudah lama berperang dan menyusun strategi untuk mendapatkan haknya, mereka tentu bersiap sedia bukan saja dari segi logistik peperangan tetapi juga bersedia dalam saraf-saraf atau tektik dan strategi peperangan lain. Sokongan luar sudah pasti dipinta dan ditagih simpati.

Tanpa memberi tahu mereka berlindung dan bakal mendapat simpati dari mana-mana kuasa besar, ia pasti wujud. Inilah satu permulaan baru yang terpaksa negara kita hadapi; ulasan dari komentar dari negara luar.

Situasi sebgini biasa dan berlaku dengan sendirinya. Kita juga akan turut memberi ulasan dan padangan ke atas mana-mana peperangan hatta kita tidak mengetahui kronologinya. Nah begitu juga dengan dunia lain ke atas kita. Sejarah kita perlu cipta tetapi kelurusan sejarah juga penting sebab ia dilihat sepanjang zaman. 

Kalau komenter itu berpihak kepada kita Alhamdulilah, tetapi kalau sebaliknya, di sinilah ia memberi masalah dan perang psikolgi baru kepada kita. Kita harus bersiap sedia dari semua segi. Kita belum pernah menerima kecaman dunia atas apa-apa kehilafan kita. Kita juga belum pernah berjuang dan beperang dengan orang luar. Kita diterima sebagai negara berbilang kaum yang harmonis. Ini adalah pertama kali.

Sebelum ini kita hanya menghadapi ancaman dalaman seperti komunis, samseng ataupun kumpulan-kumpulan pengganas berbentuk puak sahaja. Berbeza kali ini kita berhadapan dengan rakyat asing, rakyat Filipina. Ertinya peperangan kita ini adalah peperangan dengan 'dunia'. Secara umumnya kita berperang dengan Filipina.

Kita tidak boleh menyekat atau menghalang komentar dan kritik negara asing atau badan-badan kemanusiaan lain ke atas apa yang berlaku. Badan pemantau perang sudah pasti tidak mendiamkan diri. Mereka akan membuat siasatan dan analisa kemudian meledakkan kepada dunia.  Mereka semua ada pandangan dan persepktif tersendiri. Tidak semestinya apa yang kita rasa patut dan wajar dilakukan relevan untuk mereka. Tidak mustahil juga peperangan hari ini akan terhimbau hingga ke United Nation (PBB).

Kerana itu mereka akan meluahkan apa saja. Kecaman demi kecaman sudah tidak dapat dielakkan. Yang pastinya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan lain-lain pihak harus bersiap siaga menghadapi kemungkinan serangan psikologis dunia. Semua itu hendak didengar umpama angin masuk telinga kiri dan biarkan ia keluar telinga kanan.Semua kena tebalkan telinga.

Namun yang mungkin rumit ialah untuk menjawab dan menjustifikasikan kepada mereka yang memahami sejarah dan susur galur kenapa bangsa Sulu menjadi 'histeria' untuk menceroboh Lahad Datu atau Sabah. Kita perlu menjelas persoalan mereka juga bukan saja dari sudut hak asasi kita tetapi dari sudut-sudut lain kemanusiaan dan sejarah.

Justeru jawaban dan penjelasan biarlah tepat dan meyakinkan. Kita tidak mahu kerana kesilapan kita dalam memberi justifikasi terhadap serangan balas ini akan mengundangkan masalah baru kepada kita, iaitu cemuhan dunia luar. Sesebuah negara sangat mengelakkan daripada mendapat kecaman dunia luar kerana ia memberi implikasi buruk.

Paling malang kalau peperangan ini berpanjangan ia boleh membuka ruang kepada kuasa asing yang kesekian lama terliur dengan persekitaran di lautan Sulu yang kaya dengan khazanah alam, menyebabkan mereka akan campur tangan. Mungkin campur tangan itu tidak wajar, dan tidak patut, tetapi kita kena faham dalam era peperangan yang tidak wajar pun akan jadi wajar. Peperangan berlaku kerana tekanan, penindasan atau kerana untuk mempertahankan hak, dan di sekitar peperangan sering ada oportunis yang zalim.

Penjelasan nanti hendaknya dibuat dengan telus dan menyakinkan dan ia tidak akan membuka ruang untuk kuasa besar turut campur tangan. [wm.kl.11:45 am 05/03/13]

4 comments:

karami said...

Kita tidak tahu banyak dengan 'history' kerajaan sulu.. Kerana sejarah ditulis oleh pihak yang menang.

Anonymous said...

bukankah ini tindakkan serangan ini juga yang dipinta oleh rakyat negara ni baik pro BN dan pro PR?

Hakikatnya,ini bukanlah suatu pengakhiran sebaliknya adalah suatu permulaan.

serangan rasmi pihak Malaysia sebenarnya adalah "KEMENANGAN" buat pihak sulu kerana ia sudah menjadi "Trigger" yang bernilai dan senjata yang ampuh buat mereka.

Ingatlah,KEY UTAMA peristiwa ini berkait rapat dengan kepulauan spratly..cuba saudara membuat kajian kepulauan spartly..saudara akan memahami segala sepak terjang yang berlaku.

Saya sejak dari mula tidak bersetuju dengan segala tindakkan kekerasan kerana akan menyebabkan pelbagai efek rantain yang akan membinasakan negara ini.

percayalah,negara ini sejak dahulu sampai sekarang..ramai yang dengki.

dexidle said...

Sangat bersetuju dengan Zack, apa yg berlaku di lahad datu hanyalah muqaddimah kepada agenda lain yg lebih besar, harap malaysia bersedia, dan tidak putih mata di kemudian hari

Unknown said...

Jika tiada sokongan pihak ketiga, pencerobohan dilahad datu tidak akan berlarutan dan juga tiada pihak dibelakang tabir(main wayang) juga isu ini tidak berlarutan kerana, jika dilihat dari jumlah penceroboh anggota Askar Kesultanan Sulu(AKS) dan kelengkapan senjata yang dimiliki berbanding dengan jumlah anggota keselamatan kita. yang parahnya menggunakan dan menyelesaikan isu ini atas pertimbagan politik(dekat PRU 13). Isu ini perlu diselesaikan secepat mungkin untuk mengelak lebih banyak kesan, korban dan juga persepsi negetif kepada Malaysia.

Mengenai komen atau perspektif negetif dari pihak luar atas tindakan ketenteraan yang dilakukan adalah lumrah. tetapi dipihak kita perlu diingat pihak AKS telah menyebabkan sudah 8 polis kita mati ketika kerajaan cuba bersikap lembut dan diplomasi. angka kematian dipihak kita yang perlu "dikira" untuk mewajarkan tindakan seterusnya berbanding dengan AKS yang datang dari luar untuk memporak perandakan keselamatan dalam negeri sabah.

saya lebih suka isu ini diserahkan pada pihak ATM dan mengempur secara meyeluruh. gempur dan bergerak dengan mesej agar AKS menyerah diri dan menembak untuk mempertahankan diri.

Itu hanya pandangan saya. harap jeneral/perancang dalam ATM dapat melakukan yang tebaik