MARAH SORE
Kalut di Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor mengenai cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu. Apakah keperluan dan kelebihannya jika DUN Selangor dibubarkan esok atau lusa, sedangkan tarikh validnya masih lama lagi iaitu 22 April?
Apakah kerajaan Selangor hendak tunjuk mereka gentlemen berbanding dengan kerajaan-kerajaan UBN yang masih belum membubarkan kerajaan Persekutuan walaupun penggal parlimen ke-12 sudah habis? Saya rasa tidak bijak kalau itulah tujuannya. Tidak ada guna kerajaan Selangor khasnya Khalid Ibrahim hendak tunjuk dia jantan dari jantan, dengan mendahului membubarkan DUN Selangor.
Khalid boleh tunggu sampai tarikh itu lupas atau pun sesudah kerajaan Persekutuan dibubar? Tarikh lupus kerajaan persekutuan ialah 20 April selepas Negeri Sembilan, (27 Mac), Pahang (7 April).
Kekelam-kabutan itu apakah Khalid sudah tidak sabar lagi untuk berihat daripada menjadi MB maka beliau cepat-cepat mahu bubar DUN Selangor? Dalam beberapa hal Khalid kelihatan cerdik dan kancil tetapi didalam soal membubarkan DUN Selangor tidak berapa cerdik dan kelihatan macam gajah pula.
Saya kata tidak ada guna bubar awal sebab pilihan raya akan diadakan serentak juga? SPR tidak akan sedia mengikut kehendak Khalid atau Pakatan Rakyat agar adakan pilihan raya awal untuk Selangor? Hendak tidak hendak, suka tidak suka SPR yang senantiasa belenja di bawah dagu UBN akan ikut telunjuk UBN?
Atau pun tektik hendak bubar awal itu kerana hendak menarik Najib cepat-cepat agar bubar parlimen? Begitukah? Kalau begitu pun ia kurang bijak? Najib tidak mudah terheret dengan percaturan ini. Najib sebagai PM ada seribu helah sedang Khalid dan Pakatan hanya ada 100 helah saja.
Daripada kelam kabut atau susah payah hendak buabr DUN elok kalau Khalid kena pastikan dulu Pakatan Rakyat di Selangor sudah benar-benar bersedia untuk menghadapi pilihan raya? Apakah Selangor sudah sedia sampai ke peringkat 90%?
Hendaknya perbincangan hari ini di kalangan pimpinan PR untuk menentukan apakah DUN Selangor akan dibubarkan esok atau lusa tidak menjadi kenyataan. Heretlah kerajaan Selangor hingga rapat ke umbi seperti kerajaan lain. Ia bukan sesuatu yang mengaibkan. Orang tidak akan memperolok-olokkan kerajaan Selangor kerana kerajaan lebih besar dari itu tidak berani mengambil risiko.
Ingat, untuk membubarkan DUN - sebuah kerajaan lebih mudah dan ringkas daripada hendak membentuknya? [wm.kl.6:27 pm 26/03/13]
No comments:
Post a Comment