Thursday, March 14, 2013

Tian Chua Akan Didakwa Pagi Ini?

MAKLUMAT SUBUH                                                                                             

Pagi ini Naib Presiden PKR Tian Chua akan didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948 di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur ekoran kenyataan (spekulasinya) dibuatnya berhubung tragedi pencerobohan di Lahad Datu Sabah.

Satu e-mail yang dihantar oleh SAAM kepada saya sekejap tadi menjelaskan perkara tersebut. Dalam pada itu e-mail menyatakan sokongan kepada Tian Chua dan yakin ahli parlimen Batu itu tidak bersalah berdasarkan kenyataan langsungnya yang dimanipulasikan oleh media PB dan blog Umno.

Sebelum ini polis telah mengambil kenyataan dari Tian Chua berhubung perkara itu apabila ada beberapa laporan polis dibuat ke atasnya.

Menurut SAAM ada kemungkinan Tian Chua ditahan dan tidak dibenarkan jamin. Tunggu berita lanjut. [wm.kl.7:22 am 14/03/13]

1 comment:

Unknown said...

Bukan taknak percaya dengan jawapan Tian Chua. Tapi sepatutnya dalam hal-hal sensitif macam ni setiap anggota pimpinan biar bersidang dulu, lepas tu buat kenyataan rasmi bersama. Bukannya tak tahu isu macam ni mudah dimanipulasi pihak lawan. Tapi dah jenis sesetengah pemimpin kita nak menonjolkan diri. Statement pun main guna twitter & FB ja.