Sememangnya sebagai bekas perdana menteri Malaysia selama 22 tahun yang tahu serba serbi mengenai perkembangan negara termasuk masalah-malalah keselamatan dan ancaman ke atas negara yang belum diselesaikan, Mahathir Mohamad dapat memberi sesuatu pandangan ke arah menyelesaikan sebarang kemelut yang menimpa negara.
Mahathir: Orang Sulu ganas. |
Mengenai tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mengakui sebagai keturunan Kesultanan Sulu di Lahad Datu, Semporna dan kawasan lain di Sabah waktu ini, negara sangat butuhkan pandangan nasihat daripada beliau. Dengan pengalaman yang ada tentu Mahathir boleh berbuat demikian. Meneteskan apa-apa idea yang bersinar dan konkrit.
Keganasan adalah jenayah. Jenayah dibenci dan dikutuk oleh semua bangsa. Selaku orang yang mempelopori NGO anti jenayah perang tentu beliau ada teori atau petua-petua lunak yang boleh menyejukkan hati dan kepala semua pihak dan akhirnya menghentikan tragedi pencerobohan yang sudah meragut 28 jiwa di kedua belah pihak itu.
Tetapi malang dan sedihnya kenyataan Mahathir tidak seperti diharapkan. Pandangan yang keluar dari kerongkongnya merupakan bom yang akan memburukkan lagi keadaan. Puisi Mahathir bukan bercerita fasal elemen alam tetapi merencit darah sengekata.
Ulasan beliau mengenai kejadian itu yang menyifatkan sebagai tindakan orang Sulu bertentangan dengan ajaran agama dan mengelarkan orang Sulu itu ganas tidak patut keluar dari halkum beliau. Kenyataan itu bukan bersifat pendamai, tetapi pemanas marah dan kebencian.
Kata Mahathir; "Kita cuba nak selesaikan perkara ini tanpa pertumpahan darah, tetapi kita dapati orang Sulu ini ganas, mereka bukan sahaja membunuh askar kita tetapi cederakan orang yang sudah mati.
"Kononnya mereka orang Islam tetapi perbuatan mereka tidak mengikut kehendak agama Islam," demikian sabda Mahathir kepada pemberita selepas merasmikan 'Global Muslim Conference on Unity and Economy' anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (MCCM) di Kuala Lumpur hari ini.
Sememang apa yang berlaku itu ganas dan dilarang oleh agama Islam. Namun di dalam hal ini Mahathir jangan saja melihat keganasan itu sebagai satu perbuatan yang bertentangan dengan agama Islam. Peperangan-peperangan yang dikepalai Rasulullah s.a.w. di zaman dulu juga adalah ganas dan bertentangan dengan sifat kemanusiaan normal. Apa dilakukan Rasulullah s.a.w tidak termasuk perbuatan lunak dalam manusia yang hanya bermunajak kepada kepala otak sendiri seperti dipraktiskan Mahathir.
Tetapi keganasan sebgitu bukan boleh dielakkan sekiranya ia memaksa. Bahkan keganasan seperti itu dituntut dalam agama. Mungkin bagi orang Sulu mereka melakukan itu kerana terpaksa, dan sebagai orang Islam mereka juga bertindak dari sisi agama Islam. Cuma di sebelah kita yang merasakan mereka penceroboh hak kita, maka ia dianggap sebagai jahat. Tetapi apa kita menyelami hati dan apa yang bergelegak di dalam sanubarinya? Kalaulah ada penaburan janji-janji manis buat mereka seperti dilaporkan tetapi tidak ditunai sudah tentu mereka menjadikan asas untuk bertindak ganas.
Mahathir atau sesiapa jangan mudah menuduh bahawa mereka bertindak seelum ada wenang-wenangnya. Sebagai sebuah bangsa mereka akan berjuang untuk bangsanya bagi mendapatkan bumi berdaulat seperti juga orang Melayu. Atas kepercayaan bahawa sebahagian bumi di perairan Sabah adalah hak warisan mereka, mereka berhak berbuat begitu. Tiada dosa kepada mereka.
Di sini tuduhan ganas atau bertentangan dengan ajaran agama ada subjektif. Di pihaknya mereka juga boleh beranggapan seperti mana kita anggapkan, adalah hak kita mempertahankan hak kita di Sabah itu. Maka itu baginya bukan menceroboh tetapi menebus hak. Jika berpandukan kepada sejarah dan susur galur, dalam hal ini tidak siapa boleh menuntut dia dipihak yang benar? Masalah tuntutan ke atas Sabah oleh orang Sulu itu bukan baru ia berlaku sejak beradab lalu dan tidak ada penyelesaian tuntas bersurat.
Seperti saya ungkap sebelum ini di zaman Mahathir menjadi PM, Mahathir tidak berusaha untuk menuntaskan perkara ini. Dalam kata lain Mahathir tidak pernah menandakan sempadan tanah air negara ini sebagai hak kita mutlak yang tidak boleh dikecau oleh mana-mana pihak? Apakah Mahathir sudah mengira peta negara kita ini sudah sempurna? Tidak. Apa yang Mahathir lakukan menggunakan tenaga mereka untuk menawan Sabah dengan memberi kad pengenalan.
Perkara paling penting ialah menyelesaikan tuntutan bertindih itu secara realistik. Saya tidak fikir mereka enggan berunding untuk menyelesaikan secara baik. Yang penting kita lakukan. Sekiranya setelah berunding atau ada keputusan bahawa bumi kita adalah hak kita, saat itu kita harus memerangi sampai ke titisan darah terakhir perlu mempertahankanya. Dan kita juga kena yakin dengan menyertakan hujah dan fakta bahawa ia memang hak kita.
Penyelesaian secara ralistik dan sistemetik, (undang-undang dan perundingan) bukan perang berhubung soal hak - tanah dan kepentingan bangsa adalah mustahak dan satu tindakan paling bijaksana. Peperangan tidak akan mencapai keputusan dan tidak akan ada kesudahan. Apabila ia sudah selesai secara realistik, (undang-undang) mana-mana pencerobohan seperti dilakukan puak kesultan Sulu itu akan dikecam oleh dunia.
Hari ini, mungkin saya terlepas pandang, tragedi pencerobohan itu belum ada dunia luar yang mengecamnya. Apakah mereka - orang Sulu sudah bijak mempengaruhi media dunia lebih awal agar berpihak kepada mereka? itu soal lain dan ia menandakan orang Sulu yang Mahathir kata ganas itu lebih bijak dari bangsa kita yang bertatasusila. Tetapi realitinya tiada negara asing bersimpati dengan kita dan menganggap ia masalah dalaman.
Berbalik kepada celaan Mahathir tadi, ia tidak membantu untuk menamatkan sengekta di Sabah itu. Bahkan orang Sulu akan jadi semakin panas kepala dan berdendam kesumat. Mungkin pencerobohan itu akan berakhir dengan kesemua kira-kira 200 orang tentera kesulltanan Sulu itu maut dan berkecai, tetapi apakah kita boleh jamin semangat dan azam mereka menuntut bumi yang mereka dakwa hak waris mereka itu akan berakhir?
Perlu diingat, mereka ada zuriat dan generasi. Tentera yang bakal mati kelak ada keluarga dan anak-anak dan isteri. Anak-anak itu akan membesar sambil mengenang apa yang berlaku dan menggalas wasiat dan amanat. Darah yang mengalir dalam tubuh mereka akan mewarisi keberanian bapak mereka. Sebagai generasi yang sudah membenih dalam keadaan tertekan, diskriminasi dan minat berperang, mereka akan akan membesar dengan membidik senjata di tangan ke mana dan bila-bila masa saja.
Tertakdirlah mereka juga akan mati dan berkecai, generasi mereka juga akan mengikut langkah yang sama. Tuntuan, dendam peperangan tidak akan berhenti. Apa yang berlaku kelamrin, hari ini dan esok mereka akan ingat dan kenang. Seperti mana kita mengenang kematian prajurit kita yang syahid mereka juga akan mengenang pahlawan laut mereka yang tewas. Fenoeman dan perkembangan zuriat perang ini patut kita mempelajari apa yang berlaku di Palestin atau pun di kawasan-kawasan bergolak lain.
Jalan terbaik ialah perundingan. Selesai secara perundingan. Kalau pun ia sementara tetapi sifatnya kersenggangan kemelut itu kerana peperangan bukan kerana kalah dalam peperangan. Dendam kerana kalah dalam peperangan lebih dahsyat dari dendam meletak senjata kerana perundingan mencari damai.
Antara Malaysia dan Sulu ada persamaan saraf; darah dan KULIT sama, iaitu Islam dan rumpun Melayu. Kita sama-sama memegang al-Quran yang sama menghadap ke Kiblat yang sama. Orang Malaysia boleh mencari alim ulamaknya, Sulu juga boleh mencari alim ulmaknya. Serahkan kepada alim ulamak untuk memulakan perundingan. Baik juga kalau perundingan ini libatkan sama Filipina sebagai negara yang berhak ke orang Sulu.
Cadangan Mahathir agar diambil tindakan segera berasakan kepada spritual katanya-katanya itu 'orang Sulu ganas' dan mereka menyimpang dari agama bukan satu semangat untuk menamatkan pencerobohan itu secara baik. Dalam nafas Mahthir ada bau untuk membusukan orang Islam lain. Mahathir terkenal sebagai anti Islam tradisional, kebencian itu sudah bersarang dalam kepalanya.
Yang mati memang perlu dikenang dan ditangisi tetapi nyawa yang akan menuruti selepas itu juga harus diingat dan cuba dibayangi. Hari ini kita hilang 12 nyawa, tetapi kalau ia berterusan mungkin kita akan kehilangan ribuan nyawa. Perang sepertilah kita menetaskan batas empangan yang airnya banyak. Walaupun ia bermula dengan lubang sebesar keliling ia boleh membesar menjadi lubang sebesar kawah gunung berapi.
Saya berharap Najib Razak yang kini bertanggungjawab sepenuhnya ke atas negara tidak begitu akur kepada pandangan Mahathir Mohamad. Untuk memenangkan Umno Najib boleh mengikut formula Mahathir tetapi bukan untuk menghadapi Sulu dan menyelesaakan kemelut (perang) di Sabah yang sudah menjadi masalah nasional. Dan saya bersetuju kalau isu di Sabah tidak diambil sebagai isu pilihan raya ke-13 tetapi hendaklah melihatnya sebagai satu cabaran baru buat Malaysia oleh semua fraksi parti politik. [wm.kl.6:50 pm 04/03/13]
7 comments:
Manusia yang paling lemah lembut dalam 2-3 dekat ini ialah manusia yang digelar MAHASHIT @ MAHATAIK. Dia ialah bapak pembangunan kecelakaan bagi rakyat Malaysia.
Masa beliau jadi PM..ngan PATANI asyik bg duit buat masjid sedangkan Patani tu tempat ulamak Berkumpul. Kat kesultanan SULU asyik gunakan mereka untuk stok deposit undi kalahkan PBS.Kat SINGAPURA pulak...gunakan sebagai wayang ancaman Melayu Malaysia.Ngan Suharto pulak sama2 rosakan sistem ekonomi INDONESIA melalui dasar2 RASUAH....JADI Tun mungkin adalah perosak Kepulauan Melayu...fikir2kan
Sulu tetap berkeras jga nak ambil sabah. So, ada cadangan?
Sejak beberapa pilihan raya yang lalu, UBN sentiasa mencanang keamanan dan kemakmuran negara ini diperoleh daripada mereka. Mereka boleh menjadikan negara ini aman dan sejahtera. Pendek kata yang muluk-muluk, semua kehendak mereka tanpa mengajar rakyat bersyukur kepada Allah. Mereka meminta rakyat bersyukur kepada mereka. Peristiwa yang terjadi pada hari ini seharusnya membuka mata penyokong UBN, keamanan dan kemakmuran yang dikecapi adalah daripada Allah. Mahukah mereka mengaku tragedi Lahad Datu adalah hasil ciptaan mereka.
Teringat saya doa Allahyarham Ustaz Fadzil Nor terhadap Mahathir. Mungkin ini merupakan salah satu akibat penipuan (Projek IC) Mahathir yang dia sendiri dapat lihat sebelum jasadnya disemadikan.
Tuan Haji,
The people of Sabah and us all are harvesting the fruits that Mahathir and his cahoots labored in 'Projek IC'.
Kerakusan politikus korup demi pengekalan kuasa telah meletakan Sabah, khasnya, di ambang darurat. Dan rentetan dan rantaian kemelut dan perseteruan tidak akan berkesudahan, hanya Allah Maha Mengetahui sampai bila akan berterusan.
UBN perlu malu selepas ini untuk menggunakan gula-gula kempen 'negara kita yang aman dan makmur' kerana politikus merekalah yang mewujudkan suasana dan apa yang berlaku sekarang ini.
Anda macam menyokong pengganas sulu. Kita berlembut lama dan bertindak keras cuma selepas tindakan mereka memenggal kepala dan menyiksa mayat polis. Pengganas takkan faham cara lembut. Kiita terpaksa guna cara mereka. Jangan nak pertikai tindakan pasukan keselamatn kita pula.
Pandangan mahathir adalah daripada seorang yang berpengalaman dan bijak dari segi strategik. masa untuk serang balas... Tindakan yang menyejukkan hati rakyat yang marah oleh pencerobohan tersebut. Mungkin mso saja yang tak setuju.
Post a Comment