Saturday, March 30, 2013

Chua Jui Meng Perlu Berjiwa Besar

ULASAN                                                                                                                                  

Sesuatu yang sering berlaku dan menimpa oposisi menjelang pilihan raya ialah adanya orang berkecil hati, merajuk, tidak berpuas hari ataupun lari membawa diri kerana kecewa dengan sesuatu perkara yang kecil dan bukan soal pokok dalam perjuangan.

Chua Jui Meng: Merajuk.
Selalunya kekuatan, semangat atau kemantapan pembangkang di peringkat suku awal pertama atau pada suku kedua atau ketiga, tampak begitu menyakinkan. Semua pihak dalam pembangkang dapat bekerjasama dan bantu membantu di antara satu sama lain. Mereka juga menzahirkan kesungguhan dan keikhlasan dengan memasang satu niat dan azam untuk menukar kerajaan yang telah memerintah lebhi 50 tahun.

Tetapi apabila saat akhir, menjelang suku terakhir pembangkang akan menampakkan akan 'jongkang jongkit'nya. Mereka akan menzahirkan perangai dan sifat buruk semula jadi pembangkang yang 'berkedut' di akhir jalan. Ada-ada saja perkara titik bengkit yang berlaku dan akhirnya boleh membawa kecelaruan dalam oposisi. Dukacita lagi perkara yang boleh diselesaikan itu beterusan sehinggalah ke hari mengundi. Malang lagi ia memusnahkan jalan yang dirintis kesekian lama disebabkan sengeketa kecil yang berlangusng hanya satu hari sahaja.

Situasi dan keadaan ini sungguh mengecewakan. Sebenarnya sikap atau perangai dan kejadian-kejadian diluar jangka inilah yang melemah atau membunuh semangat rakyat untuk bersama pembangkang sehingga ke hari akhir proses pilihan raya. Sikap atau perangai tidak matang inilah menjadikan phobia kepada rakyat untuk menyokong pembangkang.

Misalnya apa yang terjadi di Johor, sikap yang ditunjukkan oleh Pengerusi PKR Johor, Chua Jui Meng yang dilaporkan tidak berpuas hati dengan pembahagian kerusi melibatkan beliau di Johor, sesuatu yang tidak baik. Tidak seharusnya Jui Meng mengambil sikap seperti budak-budak merajuk atau menyembunyikan diri apabila sesuatu yang diingini tidak tercapai.

Khabarnya Jui Meng yang sebelum ini dilihat rajin, penuh beriltizam sedia berada di mana-mana dan kerap menghadiri program PKR, tetapi tidak lagi kekal dengan sikap itu sejak sehari dua ini. Beliau dikatakan mendiamkan diri dan tidak tampil di tengah orang ramai. Setengah pihak mengatakan beliau bercuti. Puncanya kecil saja iaitu apabila apabila PKR dan DAP yang enggan melepaskan kerusi Gelang Patah untuknya.

Ekoran sikap membisu dan rajuk Jui Meng itu PKR Johor kini dipangku oleh timbalannya, Dr Ahamd Faidhi Saidi. Perkara itu tidak sepatutnya berlaku. Jui Meng sepatutnya tidak mengambil sikap negatif begitu serta harus tawaduk kerana soal calon dan kerusi masih lagi di peringkat rundingan. Masih terlalu panjang waktunya untuk menentukan siapa bertanding di situ dan di sini. Sebagai seorang politik veteran yang sudah matang beliau tidak lekas merajuk atau terkilan. Orang sepertinya bukan bertindak begitu tetapi memberi nasihat dan teladan kepada orang lain. Beliau bukan berbuat salah disaat akhir tetapi membetulkan salah orang salah di saat begini.

Jui Meng harus malu dengan Pengerusi SAMM Badrul Hisham Shahrin atau che'GuBard yang sedia menerima apa-apa keputusan parti terhadap. Beliau tidak peduli apakah beliau dicalon atau tidak. Kepadanya matlamat untuk menumbangkan UBN itu lebih 'auliya' daripada memikirkan kedudukan diri sendiri. che'GuBarad sudah pun membuat penjelasan beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya dan sedia menginfakan dirinya untuk perjuangan.

Nah... semangat seperti itu yang perlu diikuti oleh Jui Meng dan sesiapa sahaja yang menghadapi sutuasi demikian. Jangan mudah kecewa dan melepas tali sauh yang mengikat kapal yang sedang belajar di tengah laut.

Tidak bermakna apabiala kerusi Gelang Patah disepakati di antara DAP dengan PKR untuk menyerahkan kerusi itu kepada Lim Kit Siang bermakna PKR tidak menimbangkan kedudukan Jui Meng. Beliau harus bersabar. Sebagai pengerusi perhubungan PKR Johor beliau tentu akan disediakan tempat yang sepantasnya. Kehadiran Lim Kit Siang itu bukan bermaksud menafikan pengorbanan Jui Meng memang tetapi ia adalah strategi untuk kemenangan Pakatan Rakyat.

Chua Jui Meng atau sesiapa yang tidak mendapat apa yang diingini jangan muda membuat keputusan yang boleh memberi implikasi buruk atau memeningkan kepala pucuk pimpinan. Soal menjadi calon dan juga kerusi mana dipertandingkan serahlah kepada budi bicara presiden parti. Jangan banyak kerenah di dalam perkara ini. Kalau kita sedia menerima seseorang itu menjadi pemimpin, kenapa apabila dia memutuskan sesuatu yang bersangkutan dengan kita, kita tidak sedia menerimanya? Itu bermakna kita munafik kepada diri sendiri.

Dalam apa juga perjuangan kena ikhlas dan redha dengan apa yang berlaku. Paling penting ialah menghormati keputusan pemimpin. Kalau apa diputuskan pemimpin diprotes dan dipertikaikan, ia tidak membawa apa-apa makna kita berada dalam satu jemaah atau organisasi. Sikap dan fiil begitu menyebabkan tidak salah kalau orang anggap kita sebagai pencipta masalah.

Berkenaan dengan kes Chua Jui Meng ini harapnya ia akan dapat dipulihkan kembali. Selepas beliau berihat dan bercuti Jui Meng akan sejuk dan mengingati apakah tujuan asalnya dia mulai joint PKR dahulu. Bukankan dia menyertai Pakatan Rakyat kerana mahu menumbangkan UBN? Kalau benar begitu beliau harus melupai elemen-elemen lain yang boleh menganggui beliau dan juga orang lain mencapai hasrat itu.

Pastilah kalau Jui Meng terus dengan tindakannya ia akan dikesali dan tidak mustahil ia juga akan disumpah ataupun disama tarafkan dengan pemimpin-pemimpin lain yang merajuk, kecil hati dan mengencing parti sebelum ini kerana harapan peribadi mereka tidak tercapai. Dan tentu juga orang kata merungut dan berdeham sendiri dengan berkata ...oh patutlah dia kalah dan meninggalkan MCA kerana dia memang bermasalah. [wm.kl.8:23 pm 30/03/13]

9 comments:

azman aziz said...

MEMANG MASALAH LA KALAU PERANGAI MACAM NI...KITA NAK MENANG TP PEMIMPIN ATASAN DOK BUAT PERANGAI.....JGN LA DOK BUAT HAL SAAT SAAT MACAM NI. ORANG DAN MUSUH DOK TGK...TOLONGGGGG. JADILAH MACAM DSAI..KALAU X BOLEH IKUT 100% MACAM DSAI...IKUTLAH SIKIT SIKIT. NI TAK... DOK BAWA PERANGAI BN LG...FIKIR LAAHHHH

alwalet said...

Mengapakah Lim Kit Siang perlu diletakkan di Gelang Patah? Adakah disebabkan Gelang Patah ini majoriti China? Yang sepatutnya elok Chua diletakkan di GP kerana ini akan menguji sokongan orang China kepada Pakatan Rakyat, terutamanya PKR. Lim Kit Siang boleh diletakkan di kawasan lamanya atau di mana-mana kawasan parlimen yang dipegang oleh MCA kerana Lim ialah tokoh PR yang pasti mendapat sokongan orang China. Jadi PR patutlah mempertimbangkan Chua Jui Meng untuk bertanding di Gelang Patah!

XTN said...

tarbiyah BN selama 50 thn msh menebal dlm diri org ini.. haruskah lg ditarbiyyah atau di nyah?

Nur Ryssa said...

Dulu ambo oyak kata terdapat pe'el mazmumah segelintir pemimpin PAS menyamai UMNO. Nampaknya bekas pemimpin MCA yg merupakan kepala PKR di Johor masa bermentaliti BN.

Jika kalian tidak membezakan pe'el perangai, tindakan dan sahsiah diri dari MCA/BN, maka rosaklah PKR/PR dan hancurlah harapan negara untuk melihat perubahan dan bersama menikmati Malaysia yang lebih baik.

ulitmayang said...

awal2 lagi bilamana CJM ni 'menyertai' PKR ,,,suatu yg burok dah dihidu

1. bgm & mengapa CJM diberikan jawatan sbg Pengerusi PKR Johor ?
2. firasat yg tersirat dpd tersurat , mungkin jadi realiti kini
3. bukan soal siapa sangka cempedak dah jadi nangka
4. tapi begitu lah cekap nya Bahagian Perangsaraf & Perisikan UMNO 'meletakkan' agen2 nya dalam PKR , PAS [ nasha & hasan ] , DAP [tengku aziz]
5. adakah mungkin terdapat lagi agen2 umno dlm PKR , PAS & DAP ?

6. ya !!!!!!!!!
7. masih ada ????????
8. cuma tunggu masa SAHAJA
9. mereka2 ini akan timbul bermula dari hari ini sehingga ke hari mengundi

NOTA
1. walau apa pun , tahniah kpd DSAI & kepimpinan PKR
2. kerana berjaya menghidu sblm terlambat
3. ianya sudah barang tentu , ada kecederaan kpd PKR
4. tapi , belum lah terlalu lewat

imlan adabi said...

semangat jui meng tak kuat. jiwa MCA masih tebal.

joy iman said...

Sokong ulasan ulitmayang,sememangnya banyak org2 seperti ini dlm PKR

Juraimi Zainal said...

CJM masih bermentaliti BN.. Secara peribadi strategi meletakkan LKS di GP adalah strategi yg bagus..begitu juga mewarwarkan DS Anwar bertanding di Perak @ Sgor.. Calun2 heavyweights ditempat2 tertentu adalah perlu..

atan said...

Umno dan BN telah mensasarkan berbagai2 cara kotor di Pmtg Pauh dan Ipoh Timur untuk mengalahkan DSAI dan LKS. Kalau kedua duanya stay tpt lama ada risiko. Bila diumumkan mereka bertukar kerusi Umno & Bn terkedu sebab tk sempat plan baru.