Wednesday, March 6, 2013

Lagi Pegawai Tinggi Sokong Pakatan Rakyat

TERKINI                                                                                                                                        

Seorang lagi pegawai tinggi Tentera Di Raja Malaysia (ATM) telah meneyertai PKR, beliau ialah Md Hashim Hussein bekas Penglima Turut Tentera Darat.

Pengistyharan itu di buat di hadapan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dalam satu sidang media khas.

Maklumat ini diperolehi dari  facebook Setiausaha Politik Anwar, Abd Rahman Yusuf yang mengumumkan perkara ini setengah jam lalu.

Dengan penyertaan ini menjadi sekurang-kurang enam pegawai tinggi tentera telah mengambil keputusan menerjunkan diri dalam politik dan membantu Pakatan Rakyat. Adalah dipercayai seorang lagi pegawai tinggi yang akan berbuat demikian.

Sebelum ini saya sudah melaporkan dua orang pegawai tinggi ATM akan mengikut jejek lima bekas pegawai tinggi yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat. [wm.kl.12:58 pm 06/03/13]

1 comment:

Delima said...

Dipanjatkan kesyukuran yang amat sangat kepada Allah s.w.t. Tentu ada sebab mereka berbuat demikian.