Thursday, March 21, 2013

Anwar Tidak Perlu Layan Nyamuk Fitnah

ULASAN SORE                                                                                                                

Hak mendapat keadilan undang-undang adalah hak semua warganegara di sesebuah negara merdeka yang termaktub dalam di dalam Perlemnbagaan negara. Dalam negara sekular seperti Malaysia mahkamah sivil merupakan tempat paling tinggi untuk mendapat keadilan bagi seseorang. Apabila Anwar Ibrahim membawa beberapa kes untuk mendapat keadilan dan pembelaan itu adalah prosuder biasa baginya yang masih belum terlucut kerakyatan negara ini. Beliau boleh lakukan.

Tetapi apabila pihak yang mengeji dan memfitnahnya tidak pernah berhenti dari melakukan fitnah demi fitnah walaupun mahkamah telah memutuskan pihak penabur fitnah itu bersalah (dalam kes-kes tertentu berkaitan dengannya), namun mereka masih ligat memburuk dan memfitnahkan Anwar. Seolah-olah keputusan mahkamah yang mengenakan denda atau hukuman ke atas mereka tidak memberi bekas sedikit pun.

Jadi tindakan Anwar itu hanya sia-sia sahaja. Kemenangan dari segi undang-undang dan moral tiak pernah mengajar mereka insaf dan berhenti dari membuat kesalahan seterusnya. Penerusan fitnah ke atas Anwar dan juga fitnah-fitnah lain seperti melanggar keputusan mahkamah berterusan tanpa ada sempadan kesedaran.


Denda atau perintah bayaran bernilai jutaan ringgit dikenakan tidak juga memberi kesan. Bahkan hukuman tertinggi dalam kes-kes melibatkan defamation begitu hanya seseorang pemfitnah itu boleh diistyharkan muflis sekiranya mereka tidak membayar perintah mahkmah. Dan kalau pun mereka tidak membayar mereka sedia menjadi muflis yang mana muflis tidak memberi apa-apa kesan kepada mereka. Dalam kata mudah menjadi muflis atau dijatuhi hukuman bankrup tidak memalu dan menghinakan mereka.

Mereka hanya tidak boleh mengambil bahagian dalam sesuatu perkara sebebas orang tidak muflis. Namun kalau mereka memohon pengecualian dari kerajaan, mereka juga melakukan apa-apa atau memiliki apa-apa seprerti orang bukan muflis juga. Muflis di zaman ini tidak seteruk dan sebusuk muflis di zaman Jepun.

Terbaru Anwar Ibrahim hendak mengambil tindakan ke atas bloger yang pro Umno bernama Papagomo, yang dikatakan telah menyiarkan gambar lucah yang memfitnahnya. Khabarnya bloger ini sudah banyak kali melakukan perbuatan keji dan fitnah. Bukan saja Anwar tetapi politician lain juga berdepan dengan masalah sama dengan si bloger ini.

Kepada saya berasaskan senario yang saya jelaskan di atas tadi, tidak perlu Anwar mengambil tindakan ke atas bloger atau orang-orang seperti itu. Ia tidak akan membawa apa-apa kesan kepada orangnya dan apa-apa tindakan undang-undang hanya membuat masa dan menganggu agenda perjuangan. Itu pun yang mereka hajati. Ia akan menjadi seperti akhbar Utusan Malaysia, yang tidak tahu rasa malu dan rasa berslaah di atas apa-apa kesalahan yang dialaminya. Bagi akhbar itu fitnah seperti air minum dan nasi makannya saja.

Utusan Malaysia telah dihukum beberapa kali oleh mahkamah kerana melakukan fitnah dan kerja keji. Adakah akhbar berkenaan insaf dan sedar? Tidak. Bertaubat jauh sekali. Apabila akhbar berkenaan dikendalikan oleh mereka yang tidak ada iman, tidak ada air muka, mereka yang tidak tahu dosa dan pahala lakukan apa saja ke atas mereka ia tidak memberi apa-apa bekas. Seperti kita membaca Hadith dan Quran di hadapan orang yang tidak yakin dengan Quran, ayat-ayat dan firman itu sedikitpun tidak menggetarkan jiwa dan sukmanya.

Nah begitu juga dengan bloger pro Umno berkenaan. Ia malahan suka, gembira dan bahagia kerana diberi saman oleh orang-orang sehebat Anwar. Baginya sudah tidak ada cara lain untuk megah dan bangga melainkan mendapat saman dari tokoh-tokoh hebat seperti Anwar.

Sebaiknya Anwar tidak mempedulikan orang seperti itu. Mengenai fitnah yang dilemparkan, kalaupun Anwar tidak menafikan rakyat semua sudah menafikannya. Bukan setelah melihat gambar atau video lucah itu tetapi sebelum ianya dipamirkan rakyat sudah menolaknnya. Bahkan rakyat sudah menyusunkan pemikiran (mindset) di dalam kepala mengenai apa-apa keburukan yang akan dilempar dan dicampakkan ke atas Anwar si "Ulul Azmin".

Waktu terbaik bagi Anwar kini ialah menghadapi pilihan raya. Tumpukan sepenuh tenaga dan usaha anda untuk memacak panji-panji rakyat. Perkara-perkara kelucahan dan kejijikan begitu biarlah ianya ditelan angin lalu saja dan menjadi pemainan orang-orang seperti bloger berkenaan dan Utusan Malaysia. Jangan pedulikan kepada nyamuk-nyamuk fitnah yang beterbangan untuk menghisap darah sesiapa saja.

Seperkara lagi saya hendak sebut, kalau pun ia diambil tindakan misalnya laproan polis, polis tidak akan cergas untuk membuat siasatan sebaliknya kalau menimpa Anwar barulah polis rajin. [wm.kl.4:25 pm 21/03/13]

 
Post a Comment