Monday, March 4, 2013

Najib Ada Menjanjikan Sesuatu Untuk Sulu?

 MENGGALAH MENTARI                                                                                                                                   
Ada pihak-pihak tertentu tidak menerima tragedi pencerobohan rakyat Filipina yang mendakwa dari kesultanan Sulu di beberapa daerah pinggiran di Sabah - Lahad Datu, Semporna, Kunat dan sebagainya bukan seadanya. Ia tidak dianggap sebagai takdir bencana dan mala petaka kepada negara yang harus dipikul bersama seperti sewajarnya sebagai sebuah warga negara yang setia dan bertanggungjawab.

Petikan portal mb.com.ph yang ada disebut nama Najib.
Ada kecenderongan untuk mengaitkan pencerobohan itu dengan mana-mana pihak didalam negara sendiri. Dalam hal ini individu atau puak politiklah yang cuba disangkutkan atau dinajiskan dengan kejadian menyayat hati itu. Perseteruan politik di antara UBN dengan Pakatan Rakat (PR) tidak terkecuali membawa isu ini sebagai modal menyalahkan di antara satu sama lain.

Ia tidak ketara dimainkan oleh pemuka-pemuka utamanya  seperti Mohd Najib Razak yang memimpin BN dan Anwar Ibrahim yang memimpin Pakatan Rakyat, tetapi pihak lain termasuk organ media cuba saling memburukkan dengan mempersoal kemudian mendakwa mereka berdua terlibat dalam tragedi itu. Manakala pemuka politik Cina dan India menikus seolah sedang berangan-angan untuk mendapatkan pisang lemak manis tersangkut di atas syiling.

Dalam hal ini orang yang paling kuat dipalu ialah Anwar Ibrahim. Akhbar Utusan Malaysia sendiri tidak pernah merasa bersalah atas pembohongan dan pemanipulasi berita mengenai Anwar  yang dilakukan selama ini. Akhbar itu semacam sasan (epilepsy) terus mengheret tragedi yang sudah meragut lebih 20 nyawa itu ke atas belakang Anwar. Cara Utusan melayan Anwar bukan atas sifatnya sebagai media yang perlu profesional tetapi atas dendam kesumat berhati hitam legam.

Saman demi saman demi saman demi saman yang dikemukakan ke atas akhbar berkenaan yang berakhir dengan kekalahan dan kena bayar tidak memberi keinsafan kepada akhbar berkenaan. Seolah-olah keputusan yang memburukkan imej dan wibawanya tidak sedikit pun dikesali bahkan mereka terus mengobarkan hasad dengki dan fitnah untuk Anwar dan juga pimpinan parti PR lain. Utusan adalah sebuah media yang berhati kering.

Dalam laporan semalam syarikat akhbar itu mengheret langsung peristiwa pencerobohan itu dengan Anwar Ibrahim. Walaupun ia tidak disebut direct untuk mengelak implikasi undang-undang tetapi cara laporan itu dibuat jelas ia mensasarkan kepada bakal PM itu.

Hanya dengan memetik laporan dari sebuah portal (Inquier) akhbar berkenaan menubuh Anwar mengundang penceroboh itu dengan memberi tawaran menyelesaikan isu-isu berbangkit oleh bangsa Sulu ke atas Sabah khususnya dalam soal tuntutan tanah yang mereka yakin sebahagiannya hak mereka.

Bagi akhabr berkenaan sumber itu membenar dan menghalalkan ia untuk melakukan tuduahn dan dakwaan ke atas Anwar. Meletakkan Anwar bertanggungjawab atas kejadian malang di Sabah itu. Sebenarnya sumber-sumber digunapakai Utusan dalam memburukkan Anwar dan pemimpin pembangkang lain sangat rapuh dan kurang asas.

Di samping sumber dari Inquirer itu media berkenaan juga memetik laporan perisik pihak tentera negara ini mengenai perjumpaan Anwar dengan pemimpin pemberontakan bersenjata Mindano, Nur Misuari beberapa bulan sebelum berlaku pencerobohan. Dikatakan perjuampaan itu sebagai janji Anwar untuk rakyat Filipina ke atas Sabah. Petikan "persisi?" itu adalah untuk mengukuhkan pembohongan kering mereka?

Tidak sukar untuk memahamai kenapa media berkenaan menyiarkan berita yang tidak disahkan atau dalam erti lain berita yang separuh masak. Tujuannya ialah untuk mempamirkan kepada rakyat Malaysia betapa jahat dan terdesaknya Anwar untuk menang sehingga menggunakan pengaruh atau kuasa luar.

Sebenarnya apa yang dilaporkan media itu meragukan sekali dan ia berbentuk berita andaian bukan saja bersifat fitnah yang akan mendepositkan dosa kering ke akaun peribadi pelapornya, tetapi ia juga memberi masalah kepada pihak lain.

Misalnya mengenai kononnya ada laporan dari risik tentera itu, ia menyebabkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perlu memberi penjelasan atas andaian itu. Menjadi tanggungjawab ATM membersihkan namanya yang dipalit oleh Utusan. Kalau apa disebut itu tidak betul ATM akan tercemar dan sejarah akan menuduh ia menjadi alat kepada sebuah media yang tidak bermaruah.

Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi harus segera membuat kenyataan menjelaskan pengkaitan nama ATM itu, sama ada ia benar atau satu pemalsuan oleh Utusan demi menjaga pemberi makan kepada editornya serta anak bini mereka. Sekiranya Zahid menjadi syaitan bisu di dalam hal ini dia juga tertimpa najis busuk ciptaan akhbar berkenaan.

Bagi mereka yang waras sukar untuk mempercayai laporan akhabr berkenaan. Fitnah ataupun pemutar berita mengenai pembangkang yang dilakukan selama ini telah menghilangkan keyakinan umum. Tetapi mereka yang menjadikan ia sebagai 'kopi' pagi dan hadith sandaran berita politik sangat mempercayainya. Ketaksuban mereka kepada Utusan menyebabkan terpancar mashead Utusan di dahi.

Kita haus behati-hati dengan sumber luar berhubung apa saja isu mengenai negara kita apa lagi mengenai soal-soal keselamatan yang tidak boleh dimain-mainkan. Begitu juga isu-isu membabitkan reputasi dan maruah seseorang harus diselidiki sebaik mungkin. Kita harus meletakkan kebimbangan ianya sengaja dibuat bagi mengeruhkan keadaan sesama kita di dalam negara kita. Kalau akhbar dalam negeri sendiri seperti media massa PB tidak boleh dipercayai dan diragui apa lagi media asing yang mungkin ada seribu niat jahat berbanding dengan media dalam negeri?

Kalaulah kita mempercayai laporan Inquier yang dijadikan sanad dan perwari oleh Utusan itu yang meletakkan Anwar terbabit dengan pencerobohan di Lahad Datu, apa pula halnya dengan laporan disiarkan dalam sebuah portal berita mb.com.ph (Manila Bulletin Coprotion) yang di dalam termuat satu laproan dibawah tajuk;  Don't Harm Sultan's Men, Nur Warns Malaysia, melapokran ketua pemberontakan di Mindano, Nur Misuari menyebut beliau ada dengar kedatangan penceroboh di Sabah adalah ekoran jaminan dan janji Perdana Menteri Mohd Najib Razak?

Cuba baca apa dimuat dalam laporan itu yang diterjemahkan secara bebas ini; "Ketika ia berada di Jolo, Sulu, selama seminggu, Misuari mengatakan bahwa apa yang ia dengar adalah bahwa kelompok dari Rajah Mahkota Pangeran Muda Agbimuddin Kiram, adik dari Kiram, menyeberangi laut ke pulau karena mereka diduga dijanjikan akan diselesaikan (isu atau masalah) di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak."

Versi asal di sini bawah ini;
[When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.]

Apakah yang dimaksudkan oleh Nur Misuari itu? Sebenarnya kata-kata Nur Misuari yang dilaporkan itu membawa pengertian dan makna yang besar mungkin soal menyelesaikan tuntutan rakyat Sulu ke atas Sabah? 

Apakah Nur Misuari sengaja berkata demikian? Kita tidak apat mempastikan apakah maksud beliau sebenarnya, dan apakah pula maksud Najib Razak memberi jaminan itu seperti dituturkan. Atau sejauh mana kebenaran laporan itu. Kalau untuk adil sepatutnya Utusan Malaysia tidak menggelapkan laporan ini. Ia patut ditafsir dan diulas sama kemudian disiarkan seperti mana mereka mentafsir dan mememtik laporan 'rabun' yang mengaitkan nama Ketua Pembangkang oleh Inquirer dan 'perisik tentera' itu.

Dan kalaulah laporan portal mb.com.ph itu tidak boleh dipercayai kenapa pula laporan Inquire mudah diyakini? [wm.kl. 10:35 am 04/03/13]

Laporan dalam mb.com ph itu boleh dibaca di sini:http://mb.com.ph/articles/394999/don-t-harm-sultan-s-men-nur-warns-malaysia#.UTP5dldGyzo

11 comments:

otakkotak said...

tuan...
kita ada 6 agensi risikan yg gagal mengesan mslh ini dari awal.

lebih lucu bila najib arahkan risik malaysia utk mulakan siasatan.

ayor tawor. said...

Bulan des 2012 ..saya buat lawatan ke lahad datu ..sahabt dan pekampongan tanjung labian..dah ada maklumat lanun akan naik..kes penculikan penternak sarang burong pun belum selesai masa tu..tak kan pihak keselamatan tak alert perkara ini..hingga kan kini serangan penjajah asing dah bertapak pun masih terkial kial untuk bertindak...makin pelikk..kawasan sahabat bukan nya kaw selamat ..kawalan perlu di maksimakan .

Unknown said...

Tuan MSO, tekesima sebentar sejak pagi tadi hingga lah sampai sekarang. apa tidaknya.. seorang daripada kenalan rapat satu masa dulu antara yang gugur dalam kejadian di SEMPORNA sabah. walaupun berita itu saya terima awal pagi tadi melalui sms perasaan hiba dan sedih masih lagi menyelubungi hati sampai sekarang, bila mengenangkan mendiang. Harapan saya krisis ini cepat-cepat berakhir agar tidak ada lagi titisan darah atau nyawa jatuh menimpa bumi bertuah ini. Namun jika apa yang berlaku ini adalah kerana mainan orang-orang tertentu maka adalah tidak berbaloi orang yang tidak bersalah menjadi korban. RestInPeace my friend ASP Mick 1977-2013

yusofali said...

org2 cerdik x mahu najib sebagai pm..cara dia uruskan negara hanya menjadikan maharaja lawak..PM dan beberapa MB/KM dan Menteri tidak layak sebagai jawatan tersebut hanya kedudukan dia org dlm umno aje.

PokAmid said...

Assalam.
Yang saya nak termuntah ialah apabila tuan menyebut : ...".Kalau untuk adil sepatutnya Utusan Malaysia.."
Sejak bila UM ini faham akan istilah adil? Jangan harap!! Otak mereka dah disumbat dengan segala najis yang ada di atas dunia ini, lebih jijik daripada jenis "MUGHALLAZAH".

bat8 said...

Tuan MSO,

Saya ingin memeberi pendapat tentang mengapa Polis ditugaskan untuk menangani pencerobohan ini tidak tentera.

Saya berpendapat keputusan untuk mengarahkan polis bukan tentera adalah keputusan kerajaan yang lebih memikirkan kepentingan undi PRU 13 dan kegagalan untuk memahami bahawa pencerobohan itu adalah satu perkara serius.

Saya mengatakan keputusan ini lebih kepada keputusan politik adalah kerana untuk menjaga agar undi-undi pendatang Filipina yang diberi kerakyatan dibawah projek IC akan tetap bersama UMNO/BN.

Najib dan UMNO mungkin beranggapan bahawa dengan menggunakan Polis, pihak penceroboh ini tidak akan merasa terancam berbanding dengan kehadiran tentera. Najib dan UMNO konfiden bahawa penceroboh ini boleh dipujuk untuk kembali ke Filipina dan mungkin diberi sejumlah wang yang banyak sebagai ganjaran jika mereka bersetuju meninggalkan lahad Datu. Jika ini berjaya, tentunya UMNO/BN akan menang besar dalam PRU 13.

Tetapi, walaupun manusia merancang, Allahlah Perancang Yang Maha Hebat. Perancangan Allah tidak sebagaimana dirancang dan sekarang keadaan menjadi satu masaalah besar kepada negara dan juga UMNO/BN dalam PRU 13 yang terpaksa diadakan juga nanti.

Jika kita lihat bagaimana Najib dan Kerajaan nenangani isu ini setakat ini, saya tidak mempunyai konfiden Najib dapat menyelesaikan isu ini. yang nampak Najib dan kerajaan masih ghairah untuk memastikan survival Politik mereka dalam PRU 13 dari menyelesai isu keselamatan dan kedaulatan negara.

bat8

Unknown said...

Pada saya ada pihak yg "Mempergunakan" dan "Dipergunakan".

Dalam isu ni hati saya berat mengatakan isu pencerobohan ini ada berkaitan dgan politik dan perkembangan semasa gerakan Islam dimalaysia, sekarang melalui PR, benih gerakan islam(kesedaran) sedang bangkit dimalaysia. ini tidak berapa disenangai oleh negara jiran terutama yng PRO Israel(Zionis) dan negara ini dengan mudah menghulurkan bantuan atau sokongan untuk pro sekular(pemuka Islam) bagi menyekat kebangkitan Islam dimalaysia (sekarang melalui PR).

Dibawah satu petikan dari berita untuk menunjukkan sifat "pemuka Islam" yg kononya pro Palestin

“Saya penulis blog berkaitan isu Israel dan anti-semitisme. Kemudian Joshua hampiri saya dan memperkatakan tentang Anwar yang membuat komen anti-semitik dan bergabung dengan organisasi anti-Israel. Saya tidak mengetahui ia ada kaitan dengan kerajaan Malaysia dan saya hanya tahu, saya dibayar oleh Joshua,“

sumber
http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2013/03/memalukan-media-antarabangsa-dedah.html
http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/08/kantoi-guardian-pecat-kolumnis-pro.html

dan isu2 lain yg berkaitan dengan israel seperti syarikat Apco dan pelobi yahudi.

dan juga saya rasa dasar luar filipina terhadap malaysia juga dipengaruhi oleh identiti tertentu dalam pentadbiran Filipina ynag pro israel untuk memastikan gerakan islam tidak subur dimalaysia.

http://detikislam.blogspot.com/2012/12/filipina-negara-yahudi-berikutnya-di.html

Hipotesis saya, Dalam isu pencerobohan sabah, penceroboboh "dipergunakan" dengan umpan kuasa(kerajaan sulu) dan harta(tanah) untuk memperlahankan atau menggagalkan perkembangan kebangkitan(melalui kuasa pemerintahan) Islam dimalaysia melalui mencipta ketidakstabilan dalam negara.

Jika dunia diambang akhir zaman, fitnah dan perancangan "dajal" sentiasa berlaku, biasanya diiringi dengan tawaran kuasa dan harta

Oleh itu saya harap agar Parti dalam PR sentiasa bersatu untuk melawan segala percubaab untuk memecahkan belahkan kemaufakatan PR.

Cukup saya katakan, lebih baik orang bukan islam yg percaya syurga&neraka(megikut agamanya) daripada orang islam munafik yang bertuhankan kuasa dan harta. Golongan orang yang cintakan "kebenaran" akan berada jauh daripada "fitnah dan perancangan Dajal" tetapi golongan munafik(matlamat menghalalkan cara) walau apapun agama akan sentiasa dihampiri "fitnah dan perancangan Dajal" dengan tawaran kuasa dan harta. sebab "fitnah dan perancangan Dajal" akan sentiasa kelihatan "natural" dengan keadaan semasa tetapi mempuyai satu tujuan iaitu menghalang kebangkitan Islam.

Unknown said...

Sulu mempunyai lebih dari 100 org yg menggangkat diri mereka sbg sultan. Ini termsk seorg cina di Hong Kong. Cuba mso baca di asreemoro.blogspot. Sungguh menarik.

angtuah said...

Adakah satu kospirasi untuk menuduh pakatan rakyat saperti menuduh memali dan sauk dengan PAS.

Unknown said...

Saya setuju

Nanu said...

Tempoh BN sudah tamat Pada 9 Mac, 2013. Bila bertanding Belum Tentu Menang. Kalau Kalah Sudah Tentu Kerusi PM TerBang, Yang Pasti Pintu Penjara akan Terbuka untuk sesiapa yang memecah Amanah semasa Pemerintahan BN. Jadi Inilah Masanya untuk melewat-lewatkan Pembubaran Parlimen. Kemasukan Lanun dan Orang sulu telah diketahui ramai dan lama dah berlaku. Menteri-menteri terlibat mengapa duduk dikerusi empuk di pejabat saja.Ketua-ketua pejabat/Jabatan memngapa memerap kat bilik? Bila Berlaku pencerobohan/peristiwa yang memalukan Pentadbiran Negara, Tiada Kerja lain,menuduh orang itu dan Orang ini untuk menutup kelemahan. Apa kerja ni? sampai bila nak berhenti kerja macam ni?