Wednesday, March 6, 2013

Mahathir ke Pasir Mas Untuk Rosakkan Umno?

ULASAN                                                                                                                            

Bunyi khabar 9 Mac ini Mahathir Mohamad akan berkunjung ke Kelantan. Daerah yang akan dipijaknya ialah Pasir Mas. Sejak beliau tidak menjadi PM hanya Pasir Mas saja menjadi daeraah kesukaan Mahathir. Seingat saya tidak ada mana-mana daerah yang disinggahnya atau diadakan majlis untuk Mahathir.

Kalau adapun di Kota Bharu, itu pun majlis itu diurusaturkan oleh orang Pasir Mas juga.

Beliau ke Pasir Mas bukan atas kehendak Umno Pasir Mas. Tetapi atas kehendak orang lain atau pun lain. Ada waktu-waktu beliau ke Pasir Mas ketua Umno Pasir Mas sendiri tidak pun berada sama dalam majlis itu.

Khabarnya kedatangan Mahathir ke Pasir Mas nanti sempena majlis dinamakan 'perlepas angin'. Kalau difaham dari sudut permainan tradisional 'peteri', perlepas angin ini ialah oleh orang yang sakit. Di dalam istilah perubatan Melayu Kelantan, orang yang tidak sihat atau sebak ia dianggap sebagai "setuk angin" maksudnya angin atau pun jiwa seseorang itu tidak lawas.


Jadi untuk melepas angin maka 'peteri' dimainkan untuk membolehkan si pesakit itu melepas angin, agar kencing dan beraknya lawas molek. Kurang diketahui pula siapa yang "setuk angin" atau angin jiwanya tidak lawas sehingga ia perlu diadakan majlis berkenaan.

Apakah Mahathir yang 'setuk angin' ataupun orang di Pasir Mas? Atau kedua-dua sekali. Dari sudut perubatan moden pula orang 'setuk angin' tidak berapa sihat dan pemikiran juga tidak waras. Iya boleh bertindak seperti gajah yang turun minyak atau pun beruk yang datang bulan. Iya sama juga dengan keadaan babi hutang yang tak lawas berak ia akan merembas sesiapa sahaja.

Apakah Umno tidak bimbang dengan kedatangan Mahathir itu? Umum tahu Mahathir ialah bekas pemimpin Umno dan masih digunakan Najib Razak untuk membantu beliau memenangi pilihan umum ke-13 kelak. Tetapi dalam konteks Kelantan Mahathir tidak diterima oleh rakyat Kelantan. Lebih parah lagi bila Mahathir datang atas undangan orang Pasir Mas yang sudah tidak ada nilai politik lagi.

Hendaknya Mustapa Mohamed tidak begitu leka dengan kedatangan Mahathir ke Kelantan itu bimbang ia boleh merosakkan persiapan dan program Mustapa dan Umno Kelantan untuk merampas Kelantan. Kalau boleh biarlah setakat Pasir Mas sahaja tidak perlu Mahathir untuk datang mengucar-kacirkan ke kawasan lain.

Kedatangan Mahathir ke Pasir Mas itu tidak lebih daripada satu tektik dan strategi untuk membolehkan orang Pasir Mas dilihat sebagai hebat dan mempunyai pengaruh kemudian dipinang Umno agar diberikan laluan kepadanya bertanding dalam pilihan raya.

Tektik atau muslihat seperti ini seluruh orang sudah tahu, dan pemimpin Umno lain juga sudah cukup mengenali. Selain Mahathir tiada siapa yang sudi ke Pasir Mas atas jemputan orang itu, kecualilah seorang betina miang yang lancang mulutnya.

Mudah-mudahan kedatangan Mahathir ke Pasir Mas nanti adalah kedatangan terakhir beliau dalam berkempen politik dan cuba mengangkat individu di Pasir Mas menjadi calon sekali lagi. Selepas pilihan raya ke 13 nanti semoga bekas dan jejak Mahathir di Pasir Mas akan lenyap tidak akan timbul lagi. [wm.kl.8:38 pm 06/03/13]

1 comment:

Pak Pandir said...

Mungkinkah juga ibrahim katak hendak menyampaikan borang penyertaan umNO kepada Dr Mahathir di majlis tersebut agar dapat bertanding utk tiket umNO di PRU13?