Sikap berhati-hati calon DAP dalam pilihan raua kecil Telok Intan Dyana Sofya untuk tidak menjawab soalan-soalan pelik dari wartawan bagi mengelakkan dirinya terperangkap atau jawabannya dieksploit sebagai bahan kempen, mungkin tidak menjadi isu besar dan perkara sangat ganjil lagi apabila orang bertaraf menteri sendiri juga berbuat demikian.Mernteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Hasan Malek (foto) juga dilaporkan meninggal majlis tergesa-gesa untuk mengelak dari ditanya wartawan berhubung skandal pinjaman Baank Rakyat kepada seorang ahli perniagaan karpet berbangsa India yang diberikan tanpa faedah.
Pegawai akhbar Hasan membantu menyalamatkan tindakan Hasan itu kononnya dia perlu segera kerana ada satu lagi acra yang hendak disertainya. Mengapa nampak culas Hasan kali ini kalau tidak dia sangat mesra dalam hal ehwal memberi tahu harga ayam tidak naik, ataupun kelebihan memakan gula bagi menjustifikasikan kenaikan mendadak harga gula.