Pemuliharaan dan perlindungan terhadap Najib Razak memang hebat. Pagar atau tembok kekuasaan yang mengelilinginya persis tembok atau pagar duri dibina untuk menjaga keselamatan dan keliaran haiwan ganas seperti singa, harimau dan buaya dalam zoo. Dengan segala pagar dan kekuasaan yang ada tidak mungkin haiwan itu akan terlolos dari zoo.Betapa tidak hampir semua institusi rakyat yang diharap menjadi payung menjaga kepentingan rakyat dan negara telah musnah atau pun dilanggar begitu sahaja semata-mata untuk menyelamatkan Najib. Sebelum ini beberapa institusi rakyat telah diganggu atau pun diarah bertindak mengikut kauasa yang diberikan perlembagaan kepada mereka semata-mata menyelamatkan perdana menteri itu.