Showing posts with label Kemerdekaan Negara. Show all posts
Showing posts with label Kemerdekaan Negara. Show all posts

Wednesday, August 28, 2013

Mengapa Sambutan Kemerdekaan Negara Tak Bermaya?

RENCANA KHAS                                                                                 

Kita (baca kerajaan Umno khasnya) mengeluh bila setiap kali tiba 31 Ogos hari keramat untuk rakyat negara ini kerana pada tanggal itu diistyharkan kemerdekaan negara. Apa dikesal dan dikeluhkan kerana semangat untuk sambut hari ulang tahun kemerdekaan itu tidak begitu 'jelingah' dan meriah. Rakyat disemua lapisan seakan tidak berserta (komited) menyambut hari kemerdekaan itu.
Kehadiran wakil British ini nampak sangat kemerdekaan kita dibeli.

Ada yang tidak merasakan apa-apa kesan dengan ketibaan tarikh itu. Tarikh atau peristiwa itu seakan tidak memberi apa-apa signifiken buat mereka. Ianya dibiarkan berlalu begitu saja bagaikan tarikh-tarikh lain yang tidak membawa apa-apa erti dan makna.

Jika dibandingkan dengan rakyat Indonesia dalam menyambut hari kemerdekaan mereka, 17 Ogos, orang kata panggil tidak dengar. Bezanya seperti jarak di antara langit dengan bumi. Sambutan rakyat negara itu kepada sejarah bangsa negara mereka sungguh meriah dan hebat. Rakyat negara itu menanti setiap kali detik itu dengan penuh gembira dan bersemangat.