Showing posts with label Kitab Bible. Show all posts
Showing posts with label Kitab Bible. Show all posts

Friday, November 14, 2014

Akhirnya Bible dipulangkan, dimana NGO kodok?

ULASAN MALAM                                                                                           

Sebanyak 351 buah kitab Injil (Bible) berbahasa Melayu dan Iban yang mengandungi kalimah Allah yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) daripada Persatuan Bible Malaysia (BSM) pada 2 Januari lalu, akhirnya diserah kembali kepada penganut Kristian hari ini.

Upacara serah balik Bible yang dirampas.
Penyerahan itu dibuat di Istana Shah Alam dan dihadapan Sultan Selangor dan disaksikan Menteri Besar Mohamed Azmin Ali dan beberapa pegawai tinggi agama dan kerajaan lain.

Kitab itu diserahkan kepada Persatuan Gereja-Gereja Sarawak (ACS) dimana ia diwakili oleh ketuanya Bolly Lapok ketika beliau mengunjungi hormat Sultan Selangor, Sultan Shafaruddin Idris Shah.

Thursday, June 19, 2014

Jais dan Mais jangan perpanjangkan isu Bible

ULASAN                                                                                            

Naifnya penguatkuasa undang-undang yang dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan induknya Majlis Agama Islam Selangor (Mais), sehinggakan terpaksa "berdindong dingdong" mengenai kitab Bible yang dirampas dikatakan tidak mengikut peruntukan undang-undang.

Di mana silapnya entahlah. Walhal Peguam Negara Abdul Ghani Petail sudah pun memutuskan tidak ada pendakwaan berhubung rampasan kitab berkenaan dan kes ditutup. Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim juga telah membuat arahan sesuai dengan keputusan peguam negara agar ia dikembalikan.

Kedua-dua keputusan dan arahan itu tampaknya tidak dihormati langsung oleh institusi agama itu menyebabkan mereka menanti pandangan Sultan Selangor sebagai institusi yang berkuasa ke atas hal ehwal agama Islam.

Monday, June 16, 2014

Profesionallah dalam menangani maruah agama

SUSUPAN MALAM                                                                           

Pihak yang mahukan 321 naskah kitab Bible yang dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dari Persatuan Bible Malaysia (PBM) atas alasan di dalam kitab itu ada beberapa kalimah special untuk Islam seperti "Allah" dan sebagainya tidak berfikir secara rasional dan bertindak atas fakta undang-undang sebenarnya yang diterima pakai.

Tindakan mereka itu seakan-akan lebih mempertahankan kulit dari isi. Ia juga dibuat semata-mata untuk meraih sokongan politik dan bukan melambangkan sifat "fatanah" yang dianjurkan oleh Islam. Serentak itu juga bagi menunjukkan extremisme mereka terhadap agama. Dalam erti kata lain tindakan itu mempunyai serampang banyak mata.

100 buah NGO Islam yang menamakan diri mereka sebagai Pembela mendesak kerajaan Selangor agar tidak menyerahkan kitab Bible itu kepada PBM. Turut sama sependapat dengan NGO itu ialah ketua pembangkang di DUN Selangor yang tidak mahu kitab itu diserahkan kepada PBM.