Showing posts with label Merenung Mesir. Show all posts
Showing posts with label Merenung Mesir. Show all posts

Friday, August 16, 2013

Mengutik Iktibar Tragedi Di Mesir

RENUNGAN JUMAAT                                                                          

Kabur berapa ramai lagi rakyat Mesir yang tidak berdosa akan ditembak, dibakar atau dibunuh hidup-hidup kerana berjihad untuk menurunkan seorang lagi anak Firaun di Mesir, Abdul Fatah As Sisi yang kini sedang kemabukan darah agar turun dari kerusi kekuasaanya yang dicuri secara buruk dari Presiden Mohamad Morsi yang dilantik secara sah oleh rakyat menerusi pilihan raya.

Mangsa kekejaman tentera Mesir.
Pembunuhan dan angka kematian di negara benua Afrika itu kian bertambah bukan dari dari hari ke hari tetapi dari jam ke jam malahan minit ke minit. Asap dan api terus mengepul dan menyala di sana. Langit Kaherah sudag gelap pekat dengan asap kezaliman. Lubang kubur tentunya bertambah lebar, darah dan air mata juga kian membanjiri kota Kaherah itu.

Dari sini kita tidak dapat menggambarkan apa yang berlaku sebenarnya. Hanya dengan melihat kiriman gambar yang dimuatkan dalam media sosial ataupun laporan rasmi agensi-agensi berita ia sudah menakutkan kita. Menggerikan. Menyaksikan mayat bergelampangan ada yang hangus dibakar penaka ikan kering, ditembak, kepala pecah bersembur otak atau tali perut terburai menyebabkan kita jadi tidak terkutik dan air mata mengalir tanpa disedari.