Semalam Speaker Dun Kelantan Abdullah Yakob mengistyharkan kerusi Dun Nenggeri dalam Parlimen Gua Musang menjadi kosong setelah menerima notif dari pejabat Insolvensi mengatakan wakil rakyat kawasan itu, Mat Yusoff Ghani (foto) telah menjadi muflis.Abdullah membuat pengistyharan itu mengikut Perkara 31(1)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kelantan, yang menyebut mana-mana wakil akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat apabila diistyharkan muflis.
Kejadian ini macam kanser sahaja. Tidak pernah timbul sebelum ini wakil Nenggeri itu ada mengidap "penyakit" itu. Perintah muflis ke atas Yusoff dibuat oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam 9 Nomber 2016 atas permohonan sebuah bank kepada jabatan itu.