Atas kertas kerusi parlimen Teluk Intan akan menjadi milik Dyana Sofya Mohd Daud mulai esok dan sekaligus satu sejarah baru politik akan tercatat. Kalau populariti menjadi ukuran, Dyana sudah tentu akan dinobatkan sebagai ahli Parlimen Melayu termuda, (27 tahun) yang mewakili Teluk Intan. Gema dan laungan Dyana jauh meninggalkan talun lawannya Mah Siew Keong agak jauh.Dikatakan sejarah, kerana sejak kerusi itu wujud ia tidak pernah diwakili orang Melayu, melainkan silih berganti antara Cina dengan India. Jadi kalau Dyana menang esok, Dyana akan menjadi Melayu pertama mewakili Telok Intan. Kemenangan Dyana itu adalah kemenangan yang dibayar mahal oleh pengundi, khasnya pengundi Melayu.