Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts
Showing posts with label PRK Teluk Intan. Show all posts

Sunday, June 1, 2014

Teluk Intan menaranya tiba-tiba menjadi tegak?

ULASAN PAGI                                                                                      

Lenguh dan peluh pilihan raya Teluk Intan masih belengas dan terasa di tubuh para peminat dan pencandu politik semua. Lebih-lebih lagi pada tubuh pemain langsungnya DAP dan BN. Calon BN, Mah Siew Keong, 53 sudah tentu dalam emosi lebih baik berbanding dengan Dyana Sofya Mohd Daud, 27 calon DAP. Kemenangan mengnyahkan kesakitan dan kepenatan.

Bagaimana pun Dyana mungkin boleh berkeadaan biasa kerana itu pengalaman pertama buatnya, dengan usianya dia boleh pergi jauh dengan keriernya itu. Sebagai orang muda harus menerima kekalahan sebagai cabaran.

Dia baru gagal sekali, berbanding dengan Mah Siew Keong yang sudah dua kali kalah. Mah lebih berpengalaman merasa keperitan dan kehinaan lantaran kalah berbanding Dyana.

Tetapi tidak kepada Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guang Eng. Bagi mereka kekalahan itu satu pukulan takdir yang memedihkan. Teluk Intan adalah kerusi milik DAP. Kekalahan menyebabkan satu kerusi dan satu puncak ketinggian DAP turun setingkat. Walaupun pilihan raya itu praktikal, diterima oleh DAP, hakikatnya ia menyenakkan dan memalukan. Eksperimen DAP dalam usaha memperkasakan partinya gagal.