Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Pilihanraya kecil Dun Kajang 23 Mac

TERKINI                                                                                                 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 23 Mac 2014 sebagai hari mengundi pilihan raya kecil DUN 25 Kajang, manakala 11 Mac hari menamakan calon. Selama 12 hari tempoh kempen diberikan, satu jangka masa agak panjang memandangkan ia pilihan raya kecil.

Pilihan raya di kerusi berkenaan diadakan ekoran pengosongan dilakukan Lee Chee Cheh wakil PKR bagi membolehkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertanding di kerusi Dun berkenaan. Dalam pilihan raya umum lalu Chee Cheh menang dengan majoriti besar lebih 6,824.

Seperti mana telah maklum keperluan Anwar bertanding di situ ialah antaranya sebagai jalan penyelesaian pertikaikan di antara MB Selangor, Abdul Khalid Ibrahim dengan Mohamed Azmin Ali. Ekoran tiada kata putus dan persefahaman di antara kedua pemimpin itu mengatasi krisis dalam PKR, maka Anwar menjadi penyelesaiannya dengan mengambil jalan tengah.

Wednesday, January 19, 2011

Berita Ringkas

Calon BN di Tenang, Azahar

BAGAIKAN yang telah diramalkan Umno tidak berani untuk menurunkan ketua wanitanya, untuk berdepan dengan Normala Sudirman pada pilihan raya kecil Dun Tenang 30 Januari.

Beberap jam lalu UBN telah mengumumkan bekas Pegawai Daerah Rengit, Mohd Azahar Ibrahim sebagai calonnya. Pemilihan Azahar yang juga bekas Bendahari Pemuda katanya tidak disenangi oleh Pemuda.

Berita lanjut mengenai penolakan Azahar ini akan dilaporkan dalam Siasah keluar Khamis ini. [ttdi.kl. *** 19/01/11]