RESPONS
Seorang penjengok blog saya telah mengirim satu ulasan sebagai respons kepada catatan saya mengenai banjir yang kini hebat melanda Kelantan. Ulasan penjengok ini menarik dimana dia mengaitkan dengan bencana alam yang berlaku sekarang ini sebagai satu teguran daripada Allah s.w.t dimana ia ada kena mengena dengan situasi politik di Kelantan.
Penjengok ini membuat konotasi bajir itu sebagai teguran Allah kerana di Kelantan ketika ini riuh didebatkan fasal kerajaan Pas Kelantan hendak laksanakan hudud. Dari perspektif penjengok ini pelaksanaan hudud tergesa-gesa dan tidak perlu disegerakan. Katanya cadangan pelaksanaan perlu ditangguhkan dahulu.
Tangguh hudud bukan bermakna tolak hudud, katanya. Saya turunkan sepenuhnya ulasan berkenaan tanpa membaiki, melainkan membetulkan ejaan. Atas ulasan ini diucapkan terima kasih. Wassalam Mso.