Showing posts with label Tahaluf Syiasi. Show all posts
Showing posts with label Tahaluf Syiasi. Show all posts

Thursday, May 11, 2017

Usul tahaluf syiasi menjerat Azmin Ali?

ULASAN AWAL

Majlis Syura Ulama (MSU) parti agama (Pas) petang ini telah mengumumkan hasil sidang mereka bahawa usul memutuskan tahaluf syiasi dengan PKR diterima. Ertinya MSU telah mengerjakan tugasan mereka. Institusi itu membuat keputusan dari konteks keselarasannya dengan perlembagaan parti agama itu yang berlandaskan al Quran dan al Hadith.

Nampak berhati-hati benar Pas untuk memutuskan hubungan dengan PKR.

Walhal kalau hendak diikutkan semangat perlembagaan dan organisasi, (cara berorganisasi) usul itu sepatut tamat apabila muktamar ke 63 di Kompleks Pas Kota Sarang Semut, Kedah baru lalu menerima sebulat suara usul agar hubungan politik Pas dengan PKR diputuskan. Tetapi ia dibawa kepada MSU untuk membuat perincian dari sudut hukum hakam. 

Yang sedikit memelikkan MSU mengembalikan pula usul berkenaan kepada Jawatankuasa kerja Pas. Ertinya jawatan kuasa eksekutif Pas akan mengambil tindakan susulan. Memahami apa dijelaskan oleh Setiausaha MSU, Nik Muhammad Zawawi Salleh ketika mengumumkan perkara itu hari ini, eksekutif Pas akan membuat keputusan dengan mengambil kira "maslahat" rakyat dan kerajaan.