Pagi ini sukma jiwaku teringin untuk berbicara mengenai Konsensus Nasional yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim dalam untuk digunapakai bagi mewujudkan keadaan negara stabil serta menyelesaikan beberapa isu atau hambatan meruncing kepada negara buat masa ini.
![]() |
| Abdul Hadi gagal realisasikan gagasan UG. |
Ahli parlimen itu seakan mendabit dada bahawa presiden partinya mempunyai pandangan lebih jauh mengenai persepakatan, persefahaman, kerjasama atau apa-apa per demi kebaikan itu. Presiden parti itu berpandangan jauh ke depan lima tahun, tukasnya, daripada apa yang dilontarkan oleh Anwar Ibrahim. Dalam kata lain presiden parti itu mempunyai iltizam lebih awal berbanding dengan pencadang KN.
