Showing posts with label Wan Nik Wan Yusuf. Show all posts
Showing posts with label Wan Nik Wan Yusuf. Show all posts

Monday, January 6, 2014

Setiausaha Politik MB Kelantan berjumpa saya

MENABIR RASA                                                                                  

Akhirnya beberapa perkara yang saya ungkitkan berhubung sikap Menteri Besar Kelantan, Datuk Ustaz Ahmad Yaakub seperti mana dakwaan seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di dalam blog ini seminggu lalu, terjawab hari ini apabila Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan, Sdr Wan Nik Wan Yusuf berkesempatan berjumpa dengan saya. Sebelum ini saya menganggap Ahmad membisu dengan apa yang dibangkitkan itu, atau sengaja menyembunyikan isu kerana tidak ada mana-mana pihak termasuk pegawainya tampil membuat jawaban dan penjelasan.

Mendengar penjelasan Wan Nik.
Wan Nik datang khusus mencari saya untuk memberi penjelasan berhubung beberapa perkara yang saya ungkitkan mengenai sikap MB itu, katanya selepas berbincang dengan bosnya, Ahmad Yaakub. Lebih dua jam saya bersama Wan Nik. Banyaklah perkara diceritakan dan pertukaran maklumat berlaku terutamanya berkaitan apa yang saya timbulkan dalam blog khasnya mengenai MB itu.