Showing posts with label Waris. Show all posts
Showing posts with label Waris. Show all posts

Tuesday, September 29, 2015

Dr Mohd Zain Yang Dipertua Waris yang pertama

KENYATAAN

Yang Dipertua penaja Warga Alumni Republik Indonesia Sumatera (Waris), Dr Mohd Zain Yusoff telah sah dilantik menjadi Ydp Waris yang pertama. Pemilihan Mohd Zain seorang ahli korporat dan doktor pergigian dibuat dalam mesyuarat agung pertama Waris yang diadakan tanggal 26 September lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Barisan pimpinan Waris yang terpilih.
Manakala pegawai tinggi Kementerian Pendidikan Dr Suhami Kadir pula dipilih sebagai Timbalan Yang Dipertua.

Naib Yang dipertua pula disandang oleh Kamaruddin Daud (Dino), ahli perniagaan. Mesyuarat itu juga turut memilih Setiausaha dan penolong Setiausaha. Abdul Patah Ghazali dipilih sebagai Setiausaha manakala penolong Che Yahya Che Soh, seorang Pengetua Sekolah Menengah di Kuala Lumpur.

Tuesday, July 15, 2014

WARIS menggabungkan bekas penuntut Malaysia di Sumatera

PERNYATAAN                                                                                    

Benarlah sesuatu itu terdakap kemas dalam tangan Tuhan. Semuanya atas kehendak dan keizinan-Nya belaka. Selagi Dia tidak membuka kepalan-Nya kita tidak akan mendapati apa yang dihajati. Dan setelah Dia mengizinkan sesuatu itu akan terjadi dengan mudahnya. Kun fayakun.

Logo Waris keratan yang padu.
Demikianlah yang boleh disimpulkan dengan kewujudan WARIS, Warga Almuni Repbulik Indonesia Sumatera yang mengumpulkan bekas-bekas penuntut Malaysia di Sumtera khasnya periode akhir 70-an hingga 80-an. Tanggal 12 Julai lalu secara rasmi WARIS terlembaga apabila mesyuarat pertama penajanya berjaya diadakan di Kota Bharu Kelantan dan nama WARIS dimasyhurkan.

Sehubungan itu WARIS telah didaftarkan dengan ROS dan kini menanti kelulusan rasminya sebagai sebuah Ngo sosial yang sah mengikut Perlembagaan. Kewujudan WARIS ini mungkin sejarah kerdil dalam senarai Ngo negara ini, tetapi ia membawa besar pengertian dan natijahnya kepada para penuntut Malaysia di Sumatera. WARIS juga akan menjadi wadah bukan sahaja untuk menghimbau zaman-zaman perih, mengheret dada bagi sesetengah penuntut, tetapi wadah masa depan.