Showing posts with label Zainuddin Maidin. Show all posts
Showing posts with label Zainuddin Maidin. Show all posts

Monday, January 12, 2015

Tidak wajar Zainuddin marah marah The Star

SENANDUNG MALAM                                                                                   

Zainuddin marahkan The Star.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Zainuddin Maidin mengecam sebuah akhbar kerabat Umno, The Star kerana dianggap menjalankan kempen secara halus dan jahat untuk melaga-lagakan orang Islam dan menanamkan semangat bencikan Islam dan Melayu di kalangan rakyat berbilang kaum di negara ini.

Menurutnya kempen itu berselindung di sebalik bahasa Inggeris dan keharmonian agama.

Sehubungan itu Zainuddin menggesa orang Melayu sedar peranan akhbar berkenaan. Beliau juga menyamakan akhbar itu seperti sikap parti DAP dan MCA dan orang bernama Wong Chun Wai.

Thursday, October 31, 2013

Zainuddin Maidin jadikan Azizan Razak sebagai bahan kempen

ULAS ISU                                                                                             

Wah.. arwah Azizan Razak benar-benar berharga dan bernilai. Harganya lebih mahal semasa beliau mati berbanding semasa hayatnya. Alangkah baiknya kalau semua orang mengikhtiraf bekas MB Kedah sepenggal itu semasa beliau hidup daripada semasa beliau telah tiada. Manusia ini selalu terlepas bas dan mulai merasai kehebatan seseoarng itu selepas ianya sudah tidak ada?

Zainuddin Maidin
Pas sudah pastilah menjadikan Azizan Razak sebagai ikon mereka kerana Azizan Razak adalah MB pertama kerajaan Pas di Kedah. Walaupun Fadzil Noor (Almarhum) lebih layak menjadi ikon dan pencucuh api perjuangan Pas di Kedah, tetapi Azizan lebih bernasib baik sebab beliau sempat menjadi MB.

Wajar bagi Pas menggunakan (bangkit) jasa dan bakti Azizan sebagai bahan kempen dalam pilihan raya kecil Sungai Limau yang sedang berlangsung kini. Selain dia MB Kedah, dia juga bekas Adun di kawasan yang kini diadakan pilihan raya kecil itu.

Tetapi apa yang aneh Umno juga turut menjadi Azizan sebagai modal kempen. Umno juga mahu 'syufaat' Azizan Razak untuk menang. Umno memuji-muji Azizan Razak sebagai pemimpin terbuka atau membawa stail berlainan dengan pemimpin Pas lain. Mereka (UBN) menghargai Azizan sebagai MB.

Wednesday, April 24, 2013

Kalau PAS Syurga, Umno Nerakalah..

MERENTAS MENTARI                                                                                                       

Selain Hassan Akidah, Zainuddin Maidini yang pernah saya gelar si bapa Lanun juga marah dengan tindakan bekas MB Selangor, Muhamad Mohd Taib menyertai PAS. Zainuddin juga berpendapat pemgerian Mat Taib tidak merugikan Umno. Beliau menyinis pemergiann itu sama dengan kemasukan Mustapa Ali dalam Umno selepas bertaubat.

Zainuddin juga menyinsi lagi, kemasukan Mat Taib itu sama dengan artis yang menyertai PAS untuk membersihkan dosa. Seterusnya Zainuddin Maidin mengucapkan selamat ke syurga kepada Muhammad Taib dengan sindiran di dalamnya ada puteri raja dan wang berjuta-juta ringgit.

Bekas menteri yang bersara politik kerana kalah dalam pilihan raya di kerusi parlimen Sungai Petani Kedah itu, percaya tindakan Mat Taib itu kerana yakin dengan petua atau amanah Haji Hadi; kalau mati dalam Umno menjadi kafir.

Tuesday, December 11, 2012

Kenyataan Zainuddin Gambarkan Kedangkalan Akalnya

KRITIK MALAM                                                                                                                                

 

Luahan rasa marah dan kebencian bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin kepada Anwar Ibrahim dengan menyamakan Anwar sama dengan BJ Habibie sebagai pengkhianat adalah melampau dan bersifat kebencian yang tidak boleh diterima langsung.

 

Zainuddin, selalu perasaan.

Kalau pun Zainuddin benci kepada Anwar kerana tidak bersetuju dengan gaya politik Anwar yang mengambil berat kepada rakyat marhaen, dan anti korupsi sehinggakan sedia menentang Mahathir Mohamad, tidak sepatutnya beliau menghumbankan kata-kata demikian yang dilihat sangat tidak profesional dan boleh memberi implikasi negatif kepada negara bangsa.

 

Zainuddin mungkin ada bukti-bukti jelas menunjukkan Habibie sebagai 'pengkhianat' semasa beliau menjadi wartawan, tetapi beliau harus menyimpan rahsia itu untuk dirinya sendiri kerana cara beliau melemparkan tuduhan itu secara terbuka adalah bahaya. Beliau boleh mendedahkan, tetapi dalam ruang lingkup tertutup secara berhemah.

 

Dalam satu laporan di akhbar tempat beliau mencari makan dan menjadi bos di situ dulu, Zainuddin melahirkan rasa kesal dan mempertikaikan kenapa BJ Habibie dipanggil untuk memberi syarahan di negera ini kerana beliau adalah pengkhianat kepada politik Indonesia termasuk kepada bekas presiden Suharto.

 

Kata Zainuddin, Habibie adalah orang yang menjadi gunting di dalam lipatan terhadap Suharto. Beliau juga mengatakan kependekan tempoh Habibie menjadi presiden Indonesia selama 1 tahun setengah disebabkan rakyat Indonesia menolak Habibie. 

 

Input atau analisa dibuat Zainuddin itu sekali lagi menunjukkan kebenciannya dan satu analisa yang dangkal, tohor maklumat dan berunsur jahat. Zainuddin tidak berlaku jujur di dalam hal ini apabila tanpa menyebut bentuk konspirasi menjatuh dan menekan Habibie, tetapi disebut secara general. Kalau beliau jujur Zainuddin kena sebut juga beberapa kepala halian yang menjadi konspiratornya.

 

Sebaliknya sedikit sebanyak nasib malang diterima Habibie sama dengan apa yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Malaysia apabila beliau dijatuhkan menerusi satu konspirasi memburuk dan mengaibkan seperti dialami bekas timbalan perdana menteri itu. 

 

Bagi saya kenyataan Zainuddin itu juga tidak profesional dan tidak melambangkan dia seorang tokoh wartawan Melayu sejati. Kalau beliau tidak menerima politik Habibie sekalipun kerana sebab-sebab personal tetapi beliau tidak boleh cuba mempengaruhi orang ramai untuk memberi persepsi buruk kepada Habibie mengikut apa yang nafsunya ingini.

 

Sebagai tetamu kepada sebuah negara Habibie harus dilayan dengan baik dan sewajarnya. Zainuddin dan kita semua perlu mempamirkan sikap tahu menghormati tetamu selagi ia dibenarkan masuk ke negara ini secara legal. Sekiranya Habibie seorang pengkhinat dan dianggap datang untuk menghansut rakyat negara ini agar menjatuhkan kerajaan BN, Zainuddin tidak boleh membuat kenyataan umum sebaliknya dia harus mengemukakan bukti-buktinya kepada pihak keselamatan negara.

 

Biarlah pihak keselamatan negara akan menentukan apakah kedatangannya merbabahaya kepada negara atau tidak. Sudah tentu kalau dalam penelitian pihak keselamatan negara, kedatangan itu tidak merbahayakan kepada negara sebaliknya boleh mengancam Najib ia bukan asas untuk dihalang. Mesti kena ada perbezaan di antara Najib dengan negara.

 

Dan selagi tidak ada sekatan untuk kemasukan Habibie ke negara ini Zainuddin tidak boleh mengecapkan Habibie sebagai pengkhainat dan kita semua perlu menerima Habibie sebagai seorang tetamu atau pelancong membawa ilmu ke negara ini.Apakah Zainuddin memahami tatacara sesebuah negara berdaulat di dunia ini?

 

Sedih dan memalukan kenyataan Zainuddin itu, apa lagi dari seorang bernama bekas wartawan dan dinobatkan sebagai tokoh wartawan. Sebagai seorang wartawan kenyataan yang tidak berhati-hati itu juga memalukan profesyen kewartawanan di negara ini. Kalau kenyataan itu dikeluarkan oleh budak-budak Umno Gombak ia tidak menjadi masalah kerana kita tahu sepanjang mana kail mereka.

 

Dari sisi lain kenyataan Zainuddin itu boleh menimbulkan ketegangan dan rasa kurang baik di antara kedua rakyat Malaysia dan Indonesia. Mungkin ada rakyat Indonesia yang tidak suka dan bencikan Habibie tetapi masih ada yang mengkaguminya.  Mereka pasti akan marah seperti mana marahkna Zainuddin kalau ada rakyat Indonesia mengatakan Mahathir juga makan khinzir.

 

Atas dosa itu, elok kalau pihak yang menganugerahkan gelaran tokoh wartawan kepada Zainuddin dinilai semula akan kelayakannya. Kita tidak mahu anugerah yang berprestaj bertujuan untuk mengangkat martabat wartawan itu diberikan kepada wartawan haprak seperti Zainuddin Maidin. Rasa moleknya juga pertubuhan wartawan dan penerbitan akhbar memprotes kenyataan Zainuddin Maidin itu sebagai satu peringatan.

 

Hakikatnya baik Zainuddin dan dunia, tidak dapat menolak kehebatan dan pengikhtirafan ke atas Habibie sebagai tokoh dan pembangunan teknologi kejuteraan di Indonesia. Bahawa Hahibie telah dinobat oleh seluruh dunia sebagai orang bertanggungjawab membangunkan industeri pesawat di negara itu sehingga mendapat pengikhtirafan dunia. Apakah Zainuddin tidak terbaca kehebatan ini atau pun setiap kali menemui akhbar yang menyiarkan berita mengenai Habibie beliau terus mengumpal dan masukkan ke dalam poketnya seluar sapaknya.

 

Mengenai kebimbangan Zainuddin terhadap mereka yang hadir pada acara pidato Habibie di Universiti Perindusterian Selangor (Unisel) baru-baru ini, beliau tidak perlu sangsi, sambutan hangat sekali dan ia tidak kecukupan masa. Lebih sejam Habibie berucap seperti hanya 10 minit saja.

 

Begitulah kalau seseorang tokoh berhemah ada wawasan akan berucap dengan fakta, gaya dan fikiran terbuka dengan hujan memecah sempadan minda. Ia berbeza dengan tokoh yang bercakap dengan muka persis beruk 'datang bulan' ataupun yang suka menunjukkan wajah cengeng dan sesekali menyengihkan gigi putih macam beruk mat yeh. 

 

Untuk pengetahuan Zainuddin, yang mendengar pidato Habibie di Unisel tempoh hari bukan orang-orang sejenis dengan Mahathir dan beliau atau seperti Ibrahim Ali yang merasakan hanya merasa diri mereka cerdik manakala orang lain low class. 

 

Yang hadir itu juga merupakan tokoh politik yang bukan mudah boleh diperbodoh dan mudah tunduk bersujud sawi seperti mana Zainuddin terhadap Mahathir apabila Mahathir membenarkan dia menulis buku "Mahathir Di Sebalik Tabir" sebagai satu apologetik kepada bekas PM itu atas kesalahannya sehingga dipecat dari menjadi Ketua Pengarang Utusan. [wm.kl.8:37 pm 11/12/12]

Monday, April 4, 2011

Ulasan Isu

Zainuddin Maidin Bermimpi Tanpa Tidur

Wah... sok alim (tunjuk baik) Zainuddin Maidin menasihat supaya Pas mengambil langkah drastik menyelamatkan parti berkenaan. Bila masa pula Zainuddin dilantik oleh Pas menjadi tukang penasihat parti berkenaan? Kenapa pula tiba-tiba saja, Zainuddin baru kabar diri melihat Pas selamat dan terus berfungsi dalam negara ini. Apakah jadahnya tiba-tiba Zainuddin mengatakan Pas diperlukan?

Bukan sejarah negara ini sudah mengenali seorang wartawan asal kampung yang menjadi penentang Pas nombor satu. Beliau juga seorang penentang gerakan Islam dan dakwah negara ini. Bukankah orang masih ingat betapa benci beliau kepada Pas. Semasa beliau memimpin Utusan, bukankah beliau yuang membuat arahan agar akhbar itu tidak memakai atau menonjolkan wanita pakai tudung.

Masa beliaulah juga Utusan akan menonjolkan orang yang berimej (berkopiah) berperangai jahat. Kalau ada banduan atau orang salah pakai kopiah akhbar itu akan meletakkan dimuka utama atau muka depan. Apa tujuannya ia nak dikaitkan bahawa orang beridentiti Islam itu jahat dan hipokrit.

Zainuddin membuat seruan itu - supaya Pas menyelamatkan diri, kerana pada kaca matanya pemimpin Pas membisu dalam isu video lucah. Beliau cuba membentangkan kepada umum yang pemimpin Pas berbelah bahagi dalam soal isu video lucah membabitkan Anwar. Dalam masa sama beliau meneji pemimpin Pas yang bersama Anwar.

Saya tidak tahu apakah beliau masih hanya membaca Utusan Malaysia saja dan meninggalkan media baru blog, website dan segala macamnya.

Kalau beliau masih berwala kepada Utusan saja benarlah apa yang dirasakan itu. Sebenarnya Zainuddin tertinggal jauh ke belakangan dan masih berfahaman konservetif dalam dunia maklumat dan IT dewasa ini. Tetapi kalau beliau sesekali menjenguk blog dan membaca Siasah atau akhbar alternatif lain beliau akan tahu apa yang berlaku dalam Pas dan juga akan tahu tentang kudis buta yang berada di bawah pelipatan betis dan ketiaknya.

Dipihak Pas tidak ada sikap membisu dalam isu video lucah. Kalau ada pun pemimpin Pas di hujung kampung yang tidak sampai akhbar atau ada kemudahan internet. Kalau mereka hanya dengar radio Rais Yatim saja, memang bersetuju dengan Zainuddin Maidin itu, bahawa Pas berpecah dalam isu video lucah.

Rasa saya semua pemimpin Pas sudah menyatakan sikap terhadap video lucah dan isu moral lainnya. Semua sudah mengulas. Mengenai serangan peribadi ke atas Anwar Ibrahim baik sejak zaman liwat pertama membawa ke liwat kedua dan terbaru video lucah, pemimpin parti Islam itu sudah pun menyatakan sikap dan pendirian. Sikap mereka jelas dan bukan kabur lain. Mereka mengambil pendiriannya ia adalah fitnah selagi segala bukti yang didedahkan itu tidak dikemukakan secara syari'. (Tahukah Zainuddin Maidin erti syari' itu?)

Presiden Pas, Abdul Hadi Awang sudah menyatakan, serangan ke atas Anwar itu adalah sekongkolan fitnah. Beliau mencabar kerajaan agar menyiasat bagaimana video berkenaan dan pendedahannya boleh dibuat. Kata Abdul Hadi perkara pokok yang perlu disahkan bukan siapa dalam video berkenaan tetapi pembikinan dan pendedahannya sudah bersalah dan perlu diambil tindakan. Anihnya kenapa mereka yang mendedahkan video berkenaan tidak dikenakan apa-apa tindakan baik menerusi undang-undang sekluar atau Islam?

Beliau juga menyarankan siasatan berhubung perkara itu dilakukan berdasarakan prinsip undang-undang sebenarnya.

Begitu juga kalau kerajaan (UBN) benar-benar ingin tegakkan keadilan kenapa tidak disiasat mengikut kehendak syariah Islam? Apakah Zainuddin tidak faham mengenai komen Hadi ini dan ini bukan sikap Pas? Untuk pengetahuan Zainuddi di dalam Islam sebarangan tuduhan dakwaan berkaitan zina harus ada empat orang saksi.

Kalaupun ketiga mereka yang mendedah video berkenaan boleh diterima sebagai saksi, tetapi ia masih belum mencukupi kerana perlu ada seorang lagi saksi. Korum persaksiakn dalam Islam ialah empat. (Arba'a). Manakala sekiranya si pendakwa itu gagal mengemukakan saksi maka mereka perlu disebat sebanyak 80 kali. Apakah tatacara hukum Islam ini diketahui oleh Zainuddin Maidin?

Manakala Nik Aziz pula telah berdoa untuk menghindarkan fitnah dan meminta Allah memusnahkan si pefitnah. Ada orang mempertikaikan kenapa dalam himpunan solat hajat dan pidato, di stadium Melawati Shah Alam, Nik Aziz tidak berpidato dan hanya berdoa. Bagi mereka yang arif aulia dan afdal mengenai doa tidak akan tergamak untuk mempersoalkan tindakan Nik Aziz itu. Doa adalah menunajat dan permohonan direct kepada Tuhan bukan seperti pidato yang penuh retorik.

Bila Zainuddin tiba-tiba macam tersedar dari kejahatan yang panjuang terhadap Pas mungkin ada sesuatu yang tidak kena kepadanya. Mungkin dia dapat mimpi bahawa Umno akan musanah kali ini. Kenyataan itu mungkin dibuat dalam keadaan mata tertutup, mumai. Kalau dia sedar kejahatannya kepada Pas selama ini dia tidak akan membuat kenyataan konstruktif begitu. Untuk apa dia mahu Pas diselamatkan? Sepatutnya dia membiarkan saja Pas berpecah seperti mana tanggapan itu kerana cara itu cepat memusnahkan Pas.

Tetapi bila dia membuat saranan itu dia tahu bahawa Pas kini makin kuat. Pas semakin mantap sebagai parti alternatif terbesar di negara ini. Slogan Pas Ganti Umno nampaknya telah menggangu minda Zainuddin Maidin. Orang Pas patut berterima kasih atas nasihat Zainuddin itu tetapi tidak perlu mempercayainya. Dari sudut mana sekalipun tidak ada secawan keikhlasan di hati bekas Menteri Penerangan ini yang pernah melancarkan serangan media ke atas Pas menjelang piliihan raya 2004 lalu.

Kejahatan Zainuddin ini sebenarnya tidak terbatas kepada Pas saja tetapi kepada Umno juga. Pertemuan saya dengan bekas timbalan menteri penerangan Mahadzi Khir menyebabkan saya tahu sedikit sebanyak temberang beliau dalam Umno dan juga sebab-sebab kenapa beliau boleh ditendang pengundi di Sungai Pettani. Satu masa mungkin ia boleh dibukakan.

Tentang isu video lucah, apa yang pentingnya Pas telah mengambil sikap yang jelas terhadap apa juga isu. Dalam konteks Anwar Pas berpegang kepada tali persahabatan tanpa mengira peribadi Anwar. Saya rasa Pas tidak akan mengkhianati kawan dan juga lawan secara melampau seperti mana parti Zainuddin Maidin akan menyembelih kawan apabila mereka ketiadaan haiwan korban. Jadi apa nak dinamakan parti Zainuddi ini? [ttdi.kl 11:40 am 04/04/11]