Wednesday, April 24, 2013

Kalau PAS Syurga, Umno Nerakalah..

MERENTAS MENTARI                                                                                                       

Selain Hassan Akidah, Zainuddin Maidini yang pernah saya gelar si bapa Lanun juga marah dengan tindakan bekas MB Selangor, Muhamad Mohd Taib menyertai PAS. Zainuddin juga berpendapat pemgerian Mat Taib tidak merugikan Umno. Beliau menyinis pemergiann itu sama dengan kemasukan Mustapa Ali dalam Umno selepas bertaubat.

Zainuddin juga menyinsi lagi, kemasukan Mat Taib itu sama dengan artis yang menyertai PAS untuk membersihkan dosa. Seterusnya Zainuddin Maidin mengucapkan selamat ke syurga kepada Muhammad Taib dengan sindiran di dalamnya ada puteri raja dan wang berjuta-juta ringgit.

Bekas menteri yang bersara politik kerana kalah dalam pilihan raya di kerusi parlimen Sungai Petani Kedah itu, percaya tindakan Mat Taib itu kerana yakin dengan petua atau amanah Haji Hadi; kalau mati dalam Umno menjadi kafir.

Jelas sekali Zainuddin marah dengan tindakan Mohad Taib dan merendah-rendahkan keputusan bekas menantu raja itu. Apa yanhg boleh ditafsirkan di sini bahawa kemasukan Mat Taib ke dalam PAS tetap memberi impak besar kepada politik Pakatan Rakyat dan ia merugikan UBN.

Kalau tindakan Mat Taib itu tidak memberi bekas masakan Zainuddin berkokok begitu galak dengan nada sinis dan geram kepada Mat Taib.

Apabila Zainuddin marah dan tidak dapat menerima anjakan politik Mat Taib jelas beliau seorang yang jahil dan tidak mahu menerima hakikat. Dia harus menghoarmati Mat Taib kerana memilih PAS meninggalkan Umno. Ada sebab yang konkrit kenapa beliau tidak bersama Umno dan mula mencintai PAS.

Zainuddin seolah menolak lumrah alam bahawa manusia ini berubah mengikut masa dan keadaan. Seorang pencari kebenaran akan menemui sinar di hujung perjalanannya. Mat Taib kini menemui sinar berkenaan dan biarkan dia. Zainuddin tidak boleh menyindir kerana beliau juga tidak boleh mengelak diri dari dimakan masa dan alam. Sesuatu yang akan berlaku kepada diri kita tidak boleh diramal.

Dalam masa bekas menteri Penerangan yang tidak berapa reti bahasa Inggeris itu  cuba memburukkan PAS sebagai parti Islam. Dia tidak patut menghina PAS sebegitu sekali kalau pun dia tidak sukakan PAS. Kalau Zainuddin senang dan lega dengan Umno, biarlah orang lain aman dan bahagia dengan PAS. Itu hak mutlak masing-masing.

Biarkanlah Zainuddin Maidin dengan kerenah dan dendam kesumatnya. Berdoalah juga untuk beliau. Manalah tahu di hujung usianya kelak dia juga akan berpaling mencari kebenaran dan ketika itu juga dia akan nampak wanita cantik di dalam PAS dan ada wanita yang beliau madahkan kepada Mat Taiob itu.

Yang pastinya kalau PAS itu syurga, Umno itu adalah neraka! Setujukah Zainuddin? [wm.kl. 3.22 pm 24/04/13]

3 comments:

sizzly7761 said...

Salam MSO, Inilah bekas Menteri Penerangan paling 'cikai' dan 'haprak' yang pernah ujud di Malaysia! Pandangan yang dilontarkanya tentang isu-isu penting selalunya dangkal dan 'poyo'! Pandangan tentang agama yang diutarakanya mirip 'guruji' dia iaitu Mahadey. Susah kalau kita berurusan dengan orang jenis depan ramai cakap melayu tapi di rumah cakap tamil. Sebab tulah bila agama maksud lain dia ni akan faham lain! Apapun tak boleh blah dia ni!

razali said...

Tuan MSO, kesian kita pada sang pengampu-pengampu ni. Nak mengampu punya pasal sampai tak dapat membeza hukum ugama Dan politik. Silap-silap dosa kering je. Hukum
ugama spt di lekehkan...aduhai

reggie said...

Betul lah tu Tuan, sesiapa yang mati dalam UMNO akan masuk neraka, hanya yang mati dalam ISLAM saja yang akan masuk syurga!! Ada sesiapa yang tak puas hati????