Friday, April 19, 2013

Senarai Calon PAS Terengganu Tanpa Pemimpin Van C20

BERITA SEMASA                                                                                                               

PAS Terengganu telah membuat satu lonjakan istimewa dalam pilihan raya kali ini apabila tidak menyenaraikan pemimpin Van C20 dan mengemukakan 17 muka baru. Dalam senarai calon yang diumumkan malam tadi nama-nama yang digolongkan sebagai pemimpin Van C20 seperti Abu Bakar Chik, Haron Taib, Mustapa Ali, Wan Mutalib Embong, Awang Hussein dan lain tidak kedapatan.

Azan Ismail: Kesal?
Tanpa para pemimpin Van C20 9pemimpin usang dan lapok) yang kesekian lama menguasai PAS Terengganu dengan dogma dan stail  politik mereka yang sudah out of date PAS Terengganu ini mula menjenguk muka ke realiti politik semasa yang lebih moden. Namun bagaimana pun hubungan PAS Terengganu dengan PKR masih belum berada ditahap memuaskan.

Pengurangan kerusi PKR mungkin dipengaruhi dengan corak pemikiran usang dan tamak pemimpin C20. PKR hanya diberikan 1 kerusi Parlimen dan tiga kerusi state (Permaisuri, Bandar dan Telemong) satu keputusan yang boleh dianggap tidak adil dan mencerminkan kerjasama menerusi Pakatan Rakyat. Menurut persetujuan PKR diperuntukan tiga kerusi state lagi, Kota Putra, Sebarang Takir dan Bukit Besi).

Khabar mulanya PKR diperuntukan dua parlimen dan enam state, tetapi apa diumumkan malam tadi PKR hanuya diberikan satu parlimen (Kemaman) dan tiga state. "Kesilapan" ini dianggap sebagai satu penipuan PAS terhadap PKR.

Berikut adalah senarai penuh calon PAS dan PKR Terengganu;

PARLIMEN:

P033 Besut - Riduan Mohamad Nor (PAS) (muka baharu)
P034 Setiu - Omar Sidek (PAS) (muka baharu)
P035 Kuala Nerus - Dr Mohd Khairuddin Aman Razali At-Takiri   (PAS) (muka baharu)
P036 Kuala Terengganu - Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAS) (muka baharu)
P037 Marang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang)
P038 Hulu Terengganu - Kamaruzaman Abdullah (PAS)
P039 Dungun - Wan Hassan Mohd Ramli (PAS)
P040 Kemaman - Kamaruddin Chik (PKR) (muka baharu)

DUN:

     N1: Kuala Besut - Napisah Ismail (PAS) (muka baharu)
     N2: Kota Putera - Adam Md Said (PAS) (muka baharu)
    N3: Jertih - Wan Azhar Wan Ahmad (PAS) (muka baharu)
    N4: Hulu Besut - Shalahuddin Jaafar (PAS) (muka baharu)
    N5: Jabi - Dr Azman Ibrahim (PAS)
    N6: Permaisuri - Wan Mokhtar Wan Ibrahim (PKR) (muka baharu)
    N7: Langkap - Hassan Karim (PAS) (muka baharu)
    N8: Batu Rakit - Che Ghani Che Ambak (PAS)
    N9: Tepuh - Hishamuddin Abdul Karim (PAS) (muka baharu)
    N10: Teluk Pasu - Ridzuan Hashim (PAS)
    N11: Seberang Takir - Zakaria Dagang (PAS)
    N12: Bukit Tunggal - Dr Alias A Razak (PAS) (penyandang)
    N13: Wakaf Mempelam - Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) (penyandang)
    N14: Bandar - Azan Ismail (PKR) (muka baharu)
    N15: Ladang - Datuk Tengku Hassan Tengku Omar (PAS) (penyandang)
    N16: Batu Buruk - Dr Syed Azman Syed Ahmad (PAS) (penyandang)
    N17: Alur Libat - Ariffin Deraman (PAS) (muka baharu)
    N18: Bukit Payung - Mohd Noor Hamzah (PAS) (penyandang)
    N19: Ru Rendang - Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS) (penyandang)
    N20: Pengkalan Berangan - Sulaiman Sulong (PAS) (muka baharu)
    N21: Telemong - Narawi Embong (PKR) (muka baharu)
    N22: Manir - Hilmi Harun (PAS) (muka baharu)
    N23: Kuala Berang - Muhyiddin A Rashid (PAS)
    N24: Ajil - Mohd Razki Alias (PAS)
    N25: Bukit Besi - Roslan Ismail (PAS)
    N26: Rantau Abang - Alias Harun (PAS) (muka baharu)     N27: Sura - Wan Hapandi Wan Nik (PAS) (muka baharu)
    N28: Paka - Satiful Bahri Mamat (PAS)
    N29: Kemasik - Che Alias Hamid (PAS)
    N30: Kijal - Hazri Jusoh (PAS)
    N31: Cukai - Hanafiah Mat (PAS)
    N32: Air Putih - Ab Razak Ibrahim (PAS) (muka baharu)


[wm.kl.11:59 am 19/04/13]

3 comments:

Anonymous said...

Hilmi Harun (DUN Manir) adalah anakanda kepada Dato Dr Harun Taib. Bapanya tidak lagi bertanding sebab keuzuran. Ust Hilmi sememangnya muka baharu yang berpotensi, seorang profesional ustaz.

mohamad said...

untuk makluman dan pengetahuan orang luar yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku bagi kerusi kerusi yang diperuntukkan kepada PKR dinegeri terengganu. sebenarnya bukan lah PAS tidak adil atau memungkiri janji. ceritanya begini, dengar dulu lepas tu buat penilaian.

Tidak dinafikan bahawa PKR adalah sebuah Parti yang kuat walaupun baru. sebenarnya di negeri terengganu tidak berapa relevan kalau parti ini hendak sangat-sangat kerusi untuk bertanding. PAS telah berakar umbi disitu, kawasan tersebut adalah kawasan melayu, cina dan india tak berapa orang pun, kenapa hendak ambil kerusi tersebut dari pas sedangkan PAS adalah komponen parti pakatan rakyat. menang pas, menanglah pakatan rakyat. atau masih ada rasa syak wasangka? bukan pas yang merampas kerusi itu sebenarnya, malah pas telah memberi kerusi tersebut kepada pkr, rasa kecewa orang orang pas yang telah lama berjuang yang telah lama diseksa umno yang mempunyai cawangan diseluruh kampong dipendamkan saja atas dasar setiakawan, atas dasar tahalluf siasi dan atas dasar kerjasama. anak anak cucu mereka telah lama diasuh untuk melawan UMNO. mereka telah lama ditindas dan ditipu oleh UMNO. peluang mereka un tuk berjihad besar adalah dalaam pilihan raya. dalam setiap perang mereka mahukan kemenangan. untuk kemenangan mereka hidupkan cawangan. adakan usrah dan program berpanjangan, sekolah PASTI tumbuh dimerata kampung sebagai tapak nurseri kepada benih benih pejuang dan pelapis PAS akan datang.
Nah !! apa yang berlaku sebenarnya 2, 3 hari lagi nak berperang PKR masih tidak kemukakan calon, rakyat yang hendak menentang UMNO tidak tahu siapa panglima mereka, satu kubu PKR pun tidak ada, satu ranting pun tak pernah nampak, apa lagi banner, poster, bendera. rakyat tahu pkr ada di malaysia, tahu ada DSAI, tahu ada Presiden PKR, pernah orang PKR datang ceramah tapi mana ahlinya untuk buat kerja, mana rantingnya untuk mengurus, mana bala tenteranya untuk berperang dalam pilihanraya yang penuh kemungkinan berlaku penipuan? tak kan semua nak guna ahli dan kemudahan PAS. kalau dah belum bersedia, kerusi dah dipersetujui, tak payah lah... maka tinggal beberapa hari lagi masih tak tahu pemimpin, satu orang calon PKR yang layak pun tak ada, nak ada macam mana rakyat kawasan itu dah terbelaah dua sejak berdekad lamanya, UMNO dan PAS, yang atas pagar tak berapa kerat. bila pkr nak masuk jugak mana ada lagi orang nak tubuh ranting? jadi atas dasar inilah pas dikawasan tersebut mengambil keputusan baiklah mereka berlawan supaya ahli ahli mereka tidak kecewa berganda, lepas kwsn kepada PKR, PKR pula tak boleh kemuka calon dan tak ada jentera pun. serupa macam nak serah awal awal kerusi pada PKR. maka daripada serah buta buta kepada UMNO adalah lebih baik PAS bertanding. Orang terengganu kata " mung dok diang (diam/senyap), mung lok kakku (pd aku ) belawang, menang kekgi ( nanti) bukan aku jer menang, mung menang jugok, asal UMNO mapuh doh la" jadi diharapkan PKR fikir-fikirlah sama perasaan ahli ahli PAS, jangan nak petik buah sahaja. kebun dah lama orang lain usahakan. kalau ya pun nak pajak, ingatlah retek ke tuan kebun, jangan nak ambil buah saja, galah nak jolok buah pun harap ke tuan kebun. jangan orang kata nafsu besar tapi tenagaa takdok, nok bini dua tiga, tidur depan tv. dok rok wat cara dok rok, jangan wat gagoh, senang orang tolong.
sekian.

Executive Director said...

Cerita bodoh Dan jahat