Tuesday, April 9, 2013

Dari Bendul Firasat Saya: Tuhan Jangan Kau Zahirkan Kesedihan Ini

SAYANG TOK GURU                                                                                                          

Cuba renungi gambar Tokguruku ini dengan penuh perasaan. Fikir apa yang beliau dengar, pandangan dan harapkan!

Entah mengapa dalam beberapa jam terakhir ini hati saya tidak sedap, dada berdebar-debar dan bergeduk persis ombak yang tidak sudah sampai ke tebing pantai. Ada debar kecil dan debar besar beralun dan 'berungga-rungga' menyinggahi ke segenap pembuluh darah.

Dada menjadi sebak seakan diri tidak keruan. Akan kehilangan sesuatu yang disayangi! Saya cuba menempis agar rawan itu menjauhi saya dan tidak menganggui benak saya. Saya mahu bahagian bersama. Saya tidak mahu dan benci untuk melihat bayangan ini menjelma menjadi realiti. Tolong Tuhanku.

Hati kecil pula berkata-kata yang sukar untuk difahami apa lagi ditafsirkan untuk alam semesta. Keluhan terus bergulung didalam diri kemudian terhempas di pengkalan hati. Rasa bimbang, cemas juga membelenggu seluruh diri. Perasaan ini pelik dan anih buat saya. Ia bergedung gedang...

Meskipun semalam dan  kelmarin sudah saya membayangkan kebimbangan ini, bahkan telah terlafaz kepada seseorang, namun saya harap ia adalah ketersasulan isengan saya saja. Semoga ia tidak menjadi kebenaran dan itu adalah ilusi kebimbangan saya yang sangat menyayanginya dan takut kepada persaraanya.

Saya dengan dia bukan saja murabbi, pemimpin, guru, bahkan dia juga sahabat dan kawan yang boleh ditenking dan memarahi. Dia menerima segala ulah biadab saya dengan penuh kesabaran dan insaf yang dia dengan saya adalah sama nilainya dari sisi Tuhan, yang kami sama-sama makhluk. Dia juga ayah dan tempat saya mengadu dan menghempaskan perasaan. Keribaannya sedia mendengar apa sahaja yang diluahkan ke atasnya termasuk mendengar ucapan dan kata bodekan dan pujian munafik.

Setiap kali saya mendatangi saya tidak datang membawa duri atau datang membawa hipokrasi. Apa lagi datang membawa kata-kata indah aku "sayang kepadamu", "aku kasih kepadamu", "aku taat dan sujud kepadamu". Atau we love Tokguuru. Tidak... saya selalu datang dengan rupa diri dan sikap saya sejati. Sikap dan fiil berterusn terang. Saya menjujung kemuliaannya dengan apa yang ada kepada saya.

Apabila orang yang mulutnya penuh dengan pujian dan pengakuan sayang dan kasih serta kononnya sedia akur atas apa pandangan, telah munafik dengan kata-kata saya kira itu satu pengkhinatan buat dia. Sikap itu menambahkan penderitaan fizikalnya yang kian lanjut usia. Kenapa berlaku demikian? Kita seharusnya bukan menyedihkan dia tetapi mengembirakan dia. Kita bukan menyebalkan wajahnya tetapi berbuat agar wajahnya senyum tulus.

Dalam sehari dua ini dan membawa kepada sejam dua ini, saya dapat merasakan dia serabut. Dadanya tertekan dengan segala macam olah anak buahnya. Sebagai manusia dia juga tidak dapat menahan amarahnya. Ketidaksempuraan itu menyempurnakan dirinya sebagai mahluk Allah. Maka saya sangat bimbang takut dia juga 'merajuk' atas rasa sakit hati ataupun kerana bisikan kecil jiwanya tidak didengari dan keinginan-keinginan beliau yang tidak dapat disebutkan dan dileraikan. Hakikat yang kena terima dia juga masih manusia biasa.

Saya bimbang dan saya cemas. Saya takut kini. Atas itu semua menyebabkan fikiran huduh saya terfikir, macam mana kalau tiba-tiba dia merembaskan segala perkakas dan serahkan kepada sesiapa saja yang berhak dan sanggup memikulnya? Dia mengambil keputusan berundur perlahan-lahan dari kamar tanggungjawabnya sebagai ketua dan pemimpin. Dia akan membuka pintu amanah yang dijaganya dan beranjur-anjur keluar dari bangunan yang membelenggunya sudah 23 tahun itu. Mungkihkan?

Saya bimbang. Dan saat saya mencatat epilog ini air mata saya berjujuran dan sukma saya amat dukacita. Hati saya sebak dan sebal membelit keterkilanan yang panjang. Doa saya meminta agar apa yang saya firasatkan ini tidak terjadi. Biarlah dia berundur dan beranjur keluar selepas segala-galanya selesai. Namun siapalah kita boleh menahan kemahuan. Kalau dia juga ingin berbuat begitu, maka saya dan kita semua pasrah dan berdosa panjang atas apa yang bakal berlaku. Iya kita semua adalah pendosa... pendosa.

Cuma sekali lagi saya nak bisikkan di sini, semua antara kita carilah sebab musabab kalau tindakan itu berlaku kelak. Tanya dan soalkan diri kita siapakah yang bertanggungjawab. Siapakah yang membuatkan dia akur dengan keadaan dan tiba-tiba merasa lelah amat sangat. Nah, orang yang membikinkan itu kena bertanggungjawab. Mereka yang menjadi puncanya kena 'bertaubat'. Yang wajibnya harus melunasi segala hutang perasaan itu dengan kemenangan yang besar.

Tuhan itu selalu adil dan tidak pernah menyimpang dari janji-janjiNya. Pagi tadi kita gembira, petang ini kita sedih, dan malamnya tidak mustahil kita akan pengsan dengan kedukaan yang menimpa-nimpa dan kesalahan yang tidak akan ada penghujung yang kita sendiri menciptanya.

Cuba renung gambar dan wajahnya di atas. Tilik senyuman manisnya. Hayati renungan jauh matanya yang teduh mengharap. Hantar perasaan kita ke dalam kalbunnya dan hayatilah didih panas jiwanya kerana menanahan sabar atas kerenah anak-anaknya yang jarang atau terlupa berterima kasih sesudah mendapat semangkuk madu hasil cakiran. Tokguru aku tidak bisa menanahan kemahuanmu yang ini. Bantulah aku...  [wm.kl.6:09 pm 09/04/13]

7 comments:

zamane awara said...

Sedih dan kesal pada 'mangkuk2' mulut manis tapi jubo masam yang membuatkan Tok Guru ku bersedih hati.

Unknown said...

sayang tok guru

Unknown said...

salam tuan MSO...pada artikel yg sblm ni sy ada komen tentang tok guru,sy pergi smbhyg berimamkn dia di pulau melaka,bila tuan MSO keluarkn artikel ni,rasa rindu sy pd tok guru makin menebal...insyaAllah sy akan balik bercuti di kelantan sebelum pilihanraya,sy nk jumpa tok guru yg amat sy sayangi...sy bknnye fanatik parti,tp sy sygkn dia kerana dialh..agama islam masih subur & teguh lg dikelantan berbanding negeri2 lain,terasa damainya bila sesekali balik ke kelantan..lebih lg bila pergi ke pondok2 pengajian agama sekitar kelantan..

Unknown said...

salam tuan...sy cuma ahli biasa PAS dan tidak memahami gelodak politik dalaman seperti yg tuan nukilkan...semacam terlalu berat...adakah dalang itu datang dari Kelantan atau luar Kelantan?saya akui dan menerima ahli dan wakil rakyat kita bukannya perfect dan maksum dan banyak kerenah yg hendak diselesai oleh tok guru kita...tetapi sy berdoa agar ahli dan yb kita janganlah ikut perangai umno...jgn minta dan lobi jawatan dan bila diamanahkan jwatan buat dgn jujur...kita berjuang untuk Islam bkn untuk ringgit malaysia...mohon tuan dedahkan jika ada maklumat...harap tok guru terus memimpin kami...

Unknown said...

Saya jgak dua tahun terakhir ni hampir x pnh Miss unt subuh d pulau mlka setiap kali Blik ke Tualang salak...sebenarnya melayan kehendak my beloved mek...pd masa sama saya jgak dh jatuh rindu dan syg kpd semua yg ada d pulau Melaka lot tanah bertuah tu...bila Blik ke n9, rasa rindu dan sayu sering menghantui perasaan...ingat lynan baik datin, ustazah aminah n pn kamaliah jgak...,rindu pd tazkirah tok guru yg sgt relevan dgn kehidupan seharian kita...dan mengharapkan semoga Allah lorong kan keinginan unt singgah d pondok sebelah rumah tok guru tu terlaksana....

Unknown said...

Sebagai tempat rujuk dan penasihat, ana amat mengkagumi TG. Sebagai pentadbir dan CEO Negeri, ana prefer orang yg ada ilmu langsung mengenai hal ehwal mentadbir serta kewibawaan kepimpinan. Datuk Husam adalah antara contohnya.

ammaramsyar said...

ambo raso x mustahil tok guru berundur sbb 23 tahun tu sama dgn perjuangan Rasulullah dimakah dan madinah..