Thursday, April 11, 2013

Annuar Musa Disingkir Menjadi Calon?

RISIK MAKLUMAT                                                                                                               

Di antara tokoh-tokoh veteran Umno yang digugurkan sebagai calon dalam pilihan raya ke-13 ini khabarnya termasuklah bekas Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Annuar Musa. Dari maklumat dalaman Annuar tidak dicalonkan bertanding di mana-mana kerusi, sama ada DUN atau parlimen.

Alwi: Hanya berdoa.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) itu sebelum ini bertungkus lumus untuk memastikan dirinya akan dicalonkan. Beliau dikatakan menggunakan berbagai kaedah untuk menawan hati pucuk pimpinan Umno terutamanya Najib Razak agar memberinya sekali peluang sebagai calon.

Kejayaan pasukan bolasepak Kelantan, The Red Warriors telah diguanakan untuk menaikan darjatnya dalam politik. Annuar sangat berharap kejayaan triple pasukan boleh sepak itu akan membantu memulihkan imejnya dalam politik.

Annuar juga selalu menyebut kira-kira 200,000 penyokong bola sepak Kelantan itu sebagai penyokong tegarnya. Selain itu Annuar juga mendapat dokongan padu dari isterinya, Rosniah menemui dan mendekati rakyat bagi mengharap simpati dan sokongan. Kerajinan Rosniah ini dikatakan luar biasa sekali seolah-olah Rusiah yang ingin menjadi calon.

Nanun semua itu tampaknya tidak berhasil untuk menawan dan menakluki hati Najib Razak. Najib tidak mudah tersihir dengan umpan atau 'keladi colek' dilakukan Annuar itu. Satu masa katanya Annuar pernah memaklumkan kepada Najib yang isterinya melawat rumah orang kampung dalam kawasan Ketereh sebanyak 20 buah sehari. Sedihnya laporan itu ditempelak oleh Najib dengan bertanya Annuar; you ada berapa isteri? Jawab Annuar satu; lantas Najib menyimpulkan kalau you ada empat isteri bermakna sebanyak 80 buah rumah sehari yang dilawati.

Annuar terkucil-kucil mendengar tempelak Najib dan menyimpan malu dalam poket seluar.

Kemungkinan Annuar tidak dicalonkan bukan saja disebabkan beliau telah memberi imej buruk kepada Umno Kelantan semasa menjadi Pengerusi Perhubungan Umno dan menteri dahulu tetapi katanya ada permintaan dari pihak tertentu agar Annuar Musa tidak dicalonkan oleh Umno. Permintaan inilah katanya menyebabkan, waima Mustapa Mohamed dan Najib berfikir panjang mengenai nasib Annuar. Khabranya Umno Kelantan tidak mahu implikasi buruk berlaku dengan mencalonkan Annuar Musa.

Mengenai kedudukan dan masalah Annuar ini kebanyakan rakyat Ketereh sudah mengetahui. Kandati dalam senarai nama parlimen yang dihantarkan Annuar ke Ibu pejabat meletakkan namanya sebagai calon nombor satu, tetapi nama Md Alwi Che Amat sudah dipindah berada di bawah namanya. Dan Alwi pula sebagai sahabat Annuar menyerahkan seratus peratus nasibnya kepada ketentuan pucuk pimpinan tanpa melaukan apa-apa pelobian seperti mana dilakukan Annuar Musa. Alwi hanya mampu berdoa saja. 

Maklumat terbaru diterima bagi memastikan Annuar diletakkan bertanding katanya pihak tertentu akan menghantar memorandum kepada Pengerusi Perhubungan Mustapa Mohamed agar mempertimbangkan kedudukan Annuar. Tandatangtan 3,000 ahli (mungkin direkaan) akan dihantar kepada Mustapa dalam masa terdekat. Elok kalau Mustapa menghantar kesemua tanda tangan itu ke pihak jabatan kimia untuk disahkan agar sebarang penipuan tidak berlaku   [wmk.kl. 8:01 am 11/04/12] 

1 comment:

Unknown said...

Saya rasa Annuar Musa sesuai bertanding jadi Presiden FAM...