SESUDAH SUBUH
Apa sudah jadi dengan Pakatan Rakyat Perlis? Apakah PAS dengan PKR tidak sebulu atau satu strategi atau pun gimik PR untuk meletakkan Perlis sama hebat dengan negeri lain? Pengumuman calon dibuat oleh PAS semalam sedikit cacat dan seolah-olah PAS tidak 'belaga angin' dengan PKR.
Semalam Pesuruhjaya PAS Perlis, Hashim Jasin telah mengumumkan calon-calon PAS untuk ketiga-tiga kerusi parlimen di Perlis dan lapan kerusi Dewan Undangan Negeri. Pengumuman itu menunjukkan PR Perlis tidak status quo dalam pembahagian kerusi.
Kalau mengikut semangat kerjasama menerusi Pakatan Rakyat sepatutnya semua parti yang bergabung dalam pakatan itu mendapat satu seorang kerusi parlimen. Di Perlis hanya ada tiga kerusi parlimen.
Kalau pun taburan pengundi mengikut kaum dan bangsa tidak sekata, tetapi seharusnya ada pertimbangan lain agar semua parti mendapat satu kerusi parlimen bagi dilihat adil dan saksama.
Pakatan Rakyat selalu melaungkan kepada rakyat yang mereka adil, bertimbang rasa dan satu pakatan yang kemas dan berjiwa rakyat. Godaan UBN ke atas PR kononnya satu ingatan longgar dan kahwin mutaah, ditepis oleh Pakatan Rakyat. Namun apa yang berlaku semalam ia menunjukkan apa didakwa UBN itu sebagai benar.
Kecacatan dalam pembahagian kerusi itu ia akan mengelirukan rakyat. Kalau pun pembolotan kerusi parlimen oleh PAS itu adalah persetujuan semua pihak namun caranya tidak mencerminkan ianya satu kematangan dan muslihat politik matang Pakatan Rakyat Perlis.
Sebelum ini khabarnya PKR akan diperuntukkan satu kerusi parlimen di mana Mufti Perlis Dr Juanda Jaya telah disebut-sebut akan diletak bertanding di parlimen berkenaan. Ura-ura itu sesuatu yang menarik dikira dapat memberi rangsang besar kepada rakyat untuk menyokong Pakatan Rakyat. Khabarnya Anwar Ibrahim dijangka akan mengumumkan nama Juanda 7 April sempena kunjungannya ke negeri Indra Kayangan itu.
Kerusi yang dijangka akan ditandingi Juanda ialah Kangar di mana kerusi itu PAS mengumumkan Baharuddin Ahmad sebagai calonnya. Untuk kerusi Padang Besar diumumkan Azamhari Mahmood dan kerusi Arau Dr Haron Din.
Pembolotan ketiga-tiga kerusi parlimen oleh PAS ini dirasakan kurang bijak. Walaupun PKR ditambah dengan kerusi DUN daripada tiga kepada lima tetapi perubahan itu bukan sesuatu yang dilihat mengemaskan pandangan umum kepada Pakatan Rakyat.
Masa masih ada untuk dilakukan pengubahan semula ke atas senarai calon parlimen itu. Keperluan Juanda sebagai Mufti bertanding di Kangar itu boleh memberi impak besar kepada politik bukan saja di Perlis tetapi di luar negeri berkenaan juga. Jangan hendaknya disebabkan pembolotan itu PAS akan dianggap tamak yang akhirnya menjadikan PAS khasnya dan PR Perlis menjadi seperti dog dengan bayang-bayang. [kb.kel 6:53 am 04/04/13]
1 comment:
Tuan MSO. Minta ulas skit ttg Kedah. Saya tak brapa sedap perut kalau lihat perkembangan dan prestasi kerajaan PAS khususnya.
Post a Comment