ULASAN
Langkah PAS dan PKR yang akan meletakkan calon masing-masing di kerusi parlimen Kangar sesuatu kejadian yang pahit bagi rakyat yang menyokong Pakatan Rakyat dan mahu melihat kerajaan UBN tumbang.
PKR menerusi mufti Perlis Dr Juanda Jaya dikatakan akan bertanding di kerusi Kangar manakala PAS pula akan menurunkan bekas pengurus besar Pos Baharudin Ahamad untuk merebut kerusi berkenaan. PAS lebih dahulu mengumumkan akan meletakkan Baharuddin walaupun 'konsesus' sebelumnya antara PAS dan PKR menguar-uarkan Dr Juanda diletakkan di di situ.
Sekiranya tidak ada persefahaman di antara kedua-dua parti berkenaan sudah tentu kerusi Kangar akan menyaksikan pertandingan tiga penjuru. UBN sudah pasti akan mempertahankan kerusi berkenaan yang sebelum ini dipegang oleh Radzi Sheikh Ahmad sebelum ini.
Adalah diharap kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru ini dapat dielakkan. Masa masih ada untuk mencari jalan penyelesaian. Baik PAS atau PKR perlu meletakkan kepentingan perjuangan untuk menumbangkan UBN daripada kepentingan diri atau pasukan.
Sekiranya insiden ini tidak dapat dielakkan bimbang ia akan menjadi panduan atau ikutan di kawasan-kawasan lain yang menghadapi perkara sama. Tidak dapat tidak kalau ia gagal diselesaikan ia menjadi perbandingan.
Manakala UBN pula akan menggunakan insiden ini sebagai menunjukkan kelemahan atau kurang mantapnya hubungan atau pakatan parti dalam PR. [wm.kl.7:13 pm 15/04/13]
3 comments:
Apa kebenda nk jd ni...pas satu satu nk wat ptandingan 3 penjuru..yg dok ats tu jgn dok syok sgt nk letak calon..anda bjuangutk diri sndr ke utk rakyat..kalo utk rakyat, fokus rakyat nk tumbangkn umno..ugn wat bnda bodoh bleh x walaupun dr PAS...
sinar harian lapor :
"Ini berita syaitan." Demikian mesej Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya mengulas mengenai laporan media bahawa beliau akan bertanding di kerusi Parlimen Kangar.
kena sepakat la sek-sek PR ni.. napok sepakat molek doh, tapi masih ada lagi 10% tok sepakat..berebut-berebut jgk, jange sapa bbaloh sudahhh...
Fenomena dan mentaliti 'aku lebih layak, lebih berpotensi untuk menang' ini menggambarkan ranjau-ranjau yang menghalang pembentukan kerajaan PR yang lebih adil dan berintegriti kemudian. Ketidaksepakatan ini merupakan halangan, dan kemudian akan dimomokan sebagai 'tiadaPakatan Rakyat'
Post a Comment