Sunday, April 7, 2013

Moral Politik Mahathir Dengan Ibrahim Ali 2 x 5

PANDANGAN AHAD                                                                                                        

Kapanlah Mahathir Mohamad akan insaf? Beliau terus merasakan dialah terhebat berbanding dengan orang lain. Perangai dan sifat Yahudi tersemai di dalam diri Mahathir. Satu keburukan dan kemurkaan Tuhan kepada Yahudi ialah apabila kaum itu meletakkan dirinya lebih mulia dari segala makhluk (manusia) lain dan menganggap bangsa lain lebih hina dari haiwan. Nah begitu jugalah pandangan dan sikap Mahathir terhadap orang lain. Dia suka merendah-rendahkan orang lain apa lagi mereka yang difikirkan boleh mengatasi kehebatannya.

Dia juga seorang yang gila kepada pemujaan. Dia mahu dia dikultuskan. Sesiapa yang boleh memuja dan mengagungkannya itulah orang baik dan orang yang patut disokong. Baginya orang baik itu apabila sanggup menjadi penjilat dan penghidu kentutnya. Orang itulah yang perlu diberi kemenangan.


Dia juga seorang yang suka kepada penyanjungan. Dia juga mahu seberapa ramai pentaksub kepada idea dan politiknya. Kalau orang menyanjungnya dia akan membalas dengan memberi kesenangan duniawi seperti projek dan sebagainya sebagai upah. Mahathir juga munafik. Dalam masa dia memperli orang mencium tangan pemimpin kerana bodek, dia juga suka kalau orang mencium tangannya seperti menghirup tea tarik, crupppp...

Dalam pada itu Mahathir juga seorang yang cemburu dan irihati. Sifat buruk ini tidak boleh ditusuk selindungkan. Dia tidak suka kalau ada orang lain mendapat penyanjungan seperti itu. Apa lagi kalau di dalam Umno. Dia tidak mahu ada orang lain melebihinya. Justeru dia akan berusaha untuk menyingkir tokoh-tokoh lain nyang mendapat penyanjungan ahli. Dia hanya dia seorang saja sanjung tanpa dikosngsi dengan orang lain. Inilah jenis manusia tamak. 

Sebenarnya sifat dan sikap ini tidak sulit untuk mengenali Mahathir. Cara dengan membangun negara dengan membuat berbagai projek yang besar dan unik ia ada hubung kait dengan kedirian beliau sebabagai manusia yang suka kepada sesuatu yang hebat dan dominan.

Kenapa dia sangat marah dan benci dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Terbaru dia kata Tokguruku itu sebagai tamak kuasa? Siapa yang tamak kuasa sebenarnya. Apabila terus mencatur politik Umno untuk memastikan anaknya nak, itu bukan tamak? Semua orang tahu apa motif beliau bermati-matian mempertahankan Umno. Bukan kerana agama dan bangsa, tetapi kerana MUKHRIZ.

Dia marah kepada Nik Aziz kerana jelous dengan penghormatan dan penyanjungan rakyat kepada Nik Aziz. Mahathir sangat menyempah gelaran Tokguru diberikan Nik Aziz. Sebab itulah dia melarang orang Umno atau pegawai kerajaan memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru. Dia sendiri tidak pernah mengikhtraf title tokguru yang diberikan kepada Nik Aziz. Baginya gelaran tok guru itu tidak lebih satu tektik hendak mengelirukan rakyat kononnya Nik Aziz sebagai manusia yang baik.

Kebencian dan rasa tidak senang itu bukan saja setakat dirinya anak beranak, tetapi sampai dia pernah mengarah dan melarang orang Umno agar tidak memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru. Mana-mana ahli Umno tersasaul cakap memanggil Nik Aziz dengan panggilan tokguru akan dimarahnya. Kalau tidak percaya cuba sebut perkara itu didepannya, cuba rujuknya Nik Aziz sebagai tokguru dia akan menarik muka 'buah genuak'. Pernah dia membuat arahan jangan panggil Nik Aziz sebagai Tok guru semasa bercakap dalam perhimpunan agung Umno.

Sebab itu orang Umno janggal hendak memanggil Nik Aziz sebagai Tokguru. Di mana-mana dan dalam situasi apa mereka memanggil Nik Aziz sebagai Nik Aziz tanpa ada gelaran mulia itu, Tokguru. Sebab itu kalau berbual dengan orang Umno mereka tidak menyebut perkataan Tokguru. Kecualilah orang Umno yang menyertai PAS baru mereka mengguna istilah berkenaan. Itu pun masih kekok dan telor kerana mulut mereka sudah tertelan air liur kebencian Mahathir kepada Nik Aziz.

Sebagai seorang yang cemburu dan irihati, dia suka kepada orang memujanya. Dia mahu dipuja seperti orang memuja dan memuliakan Nik Aziz atau Abdul Hadi Awang atau Allayarham Fadzil Mohd Nor. Mahathir mahu rakyat berbilang kaum melakukan ke atasnya seperti mana diterima oleh Nik Aziz. Mahathir tahu yang menghormati, mencium tangan atau menanda doa Nik Aziz bukan saja orang PAS, tetapi orang luar dan beragama lain juga menghormati Nik Aziz. Inilah menyebabkan dia sangat kecewa.

Makanya bila ada sesiapa yang 'sesat' dan jahil membuat pemujaan kepadanya, dia sangat suka dan menghargainya. Akan dibalas atau diberikana apa saja kepada orang yang memujanya. Semasa dia menjadi PM dan berkuasa, Mahathir tidak segan silu akan memberi projek yang nilai jutaan ringgit kepada pemujanya. Dalam kata lain Mahathir sanggup membayar upah orang yang memujanya dan mengatakan dialah orang tercerdik.

Tenguk apa berlaku kepada Inchek Ibrahim Ali. Mahathir memuji Ibrahim dan mengangkatnya ke tempat paling tinggi. Kalau di Kelantan kedudukan dan martabat Ibrahim dalam kaca mata Mahathir jauh lebih tinggi dari Mustapa Mohamad atau Annuar Musa. Tidak mungkin Mahathir tidak mengenal peribadi Ibrahim Ali dan moral politiknya. Tetapi kenapa dia boleh iktiraf Ibrahim kerana Ibrahim sanggup melakukan apa saja untuk Mahathir. Apa yang berlaku ke atas Ibrahim ini satu bukti jelas mengenai sikap dan sifat manusia bernama Mahathir Mohamad.

Manakala Mustapa baik Annuar baik, mereka tahu kalau dia hendak dilayani seperti Mahathir layan Ibrahim itu dia kena jadi seperti Ibrahim. Tetapi orang macam Mustapa dan Annuar yang ada moral dan integriti tidak akan meletakkan dirinya serendah itu. Mereka tidak akan tidur dalam kandang lembu walaupun mereka suka makan daging lembu.

Ibrahim pula serorang manusia tidak pernah menghitung soal moral politik akan melakukan apa saja asal ianya dibalas dengan material. Seorang pengamal politik material seperti Ibrahim tidak akan pernah mengira soal moral dan nilai-nilai agama dalam setiap perbuatannya. Baginya soal moral, maruah dan juga hukum hakam tidak perlu ada ada dalam kamus siasahnya. Sifat politik Ibrahim macam budaya buaya. Buaya akan memakan apa saja termasuk bangkai agar boleh mengenyangkan perutnya.

Kemuncak kesanggupan paling tidak bermaruah ialah sehinggakan sedia menghina diri sendiri apabila beliau (Ibrahim) sanggup mencium punggung Mahathir. Mahathir pula sebagai seorang gila kepada publitisi, gila kepada pemujaan ke atasnya, sangat suka dengan apa yang Ibrahim lakukan. Betullah orang gila hanya memahami jiwa orang gila?

Dari segi moral politik, pengkhianatan Ibrahim demi kepentingan tembolok politiknya sanggup melakukan apakah saja untuk memuaskan hati Mahathir hatta memakan daging kawan sendiri. Pertama ialah Ibrahim sanggupenghina Anwar untuk membela Mahathir. Kedua ialah dia sanggup memperolok-olokkan Tewngku Razalegih Hamzah yang boleh dikatakan sebagai bapak angkatnya demi kepentingan politiknya. Dan dia juga sanggup menghina dan mengei tokguru Nik Aziz demi survival politiknya.

Tiada alasan lagi untuk tidak boleh mengatakan politik Ibrahim adalah politik binatang.

Mahahatir tidak puas dan dia sedang memburu kemewahan demi kemewahan. Hari ini Mahathir sedang berkempen dan memujuk Najib agar memberi laluan kepada Ibrahim di Pasir Mas. Mahathir mahukan Najib beri peluang Ibrahim bertanding dan meminta Umno menyokongnya. Kalau BN tidak boleh bagi lambang dacing cukuplah Umno menyokong Ibrahim tanpa meletakkan calon.

Sampai ke tahap begitu sekali tindakan Mahathir. Apakah dengan bersekongkol dengan orang yang tidak ada nilai dan moral politik kita tidak boleh mengatakan Mahathir juga 2 x 5 saja dengan Ibrahim.

Persoalan kini apakah Najib Razak boleh mengikut kehendak dan dengar nasihat Mahathir? Apakah Najib akan memberi laluan kepada Ibrahim? Sekiranya Najib juga bersedia memberi laluan jelaslah moral dan nilai politik Najib lebih kurang nilai dan moral politik Mahathir dan Ibrahim Ali saja.

Bagi Najib tidak ada masalah. Pengamal politik Machiavelli akan melakukan apa saja asal ia menjamin kemenangan. Dalam politik demokrasi yang tidak beteras dan bersempadankan Quran hadith akan berkubang dengan apa saja berbejatan. Tetapi bagaimana dengan ahli Umno bawah sana? Apakah mereka juga akan ikut sama merendahkan diri mereka ke tahap sehina itu?

Berapa kali lagi mereka (rakyat Pasir Mas) harus dipermai-main dan diperolok-olokkan oleh Ibrahim. Tahun 1990, rakyat diuar-uarkan politik Perpaduan oleh Ibrahim. Tahun 1995 beliau kembali bersama Umno semula meninggalkan politik perpaduan. Tahun 2004 beliau menentang Umno atas rasa ketidakpuashatian. Tahun 2008 beliau 'menganut' Islam sekejap bersama PAS. Dan kini ingin kembali (murtad) kepada tapak asal yang pernah diberak dikancingnya.

Apakah orang seperti ini tokoh sanjungan pengundi di Pasir Mas. Kalau Mahathir bersedia memikul Ibrahim tidak mengapa, ia munasabah kerana Mahathir lebih kurang Ibrhaim saja. Tetapi kalau Najib juga ikut sama terpesona dengan Ibrahim maka kelas politik Najib lebih kurang saja dengan politik Ibrahim dan Mahathir.

Membenarkan Ibrahim mendapat laluan di Umno di Pasir Mas yang akan mendatangkan bala besar kepada Najib. Mungkin bagi Najib ia tidak merupakan kesalahan malahan itulah pelampung penyelamat bagi Umno yang terbaik walaupun ia sudah bocor. Rasanya ahli Umno di Pasir Mas bukan pelahap kepada duit dan kuasa. Bagi mereka yang ada integriti lebih baik kalah dari menang menerusi orang seperti Ibrahim Ali.

Tindakan Najib memberi laluan itu juga satu penghinaan kepada kepimpinan dan ahli Umno Pasir Mas. Dan mereka yang ada moral rela kalah atas kebenaran dari menang atas kebatilan. Itulah dinamakan manusia sebagai makhluk yang mulia di sisi Allah. [wm.kl.11:39 am 07/04/13]

2 comments:

Unknown said...

PRU 13 adalah pusingan akhir Madiir dan Breeeh

hah! said...

Apa la duk kutuk orang yang dah pencen ni....? Wbgmanapun, menarik juga kerusi Pasir Mas ni.....bolehkah UMNO bersikap terbuka seperti yang PAS tunjukkan pd tahun 2008? Kita tunggu dan lihat!!