Thursday, April 18, 2013

Masyarakat Tionghua Sedih Wan Suhaimi Tidak Jadi Calon

LAPORAN LEWAT                                                                                                          

Wan Suhaimi bersama masyarakat Tionghua di Chetok.
Pagi tadi saya sempat ke kawasan Dewan Undangan Negeri Chetok dalam parlimen Pasir Mas diajak oleh Ketua Cabang PKR Pasir Mas, Dr Wan Suhaimi Wan Daud. Tujuannya berjumpa dengan para penyokong Pakatan Rakyat dari kalangan masyarakat Tionghua disana yang dikatakan bersedih apabila mendapat tahu PKR tidak bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas.

Katanya masyarakat Tionghua di sini yang rata-rata merupakan penyokong UBN sebelum ini berharap sangat Dr Wan Suhaimi diberi laluan untuk bertanding di kerusi parlimen Pasir Mas.

Tetapi kerana kerusi Pasir Mas menjadi milik PAS menyebabkan harapan untuk mereka melihat Dr Wan Suhaimi bertanding tidak kesampaian.


Kerana terlalu berkenan dengan Dr Wan Suhaimi sebagai calon mereka seakan tidak dapat menerima apa yang berlaku. Gara-gara kekecewaan itu menyebabkan ada yang merajuk untuk berpaling memberi sokongan kepada calon UBN.

"Sebaik Datuk (Dr Wan Suhaimi) tidak bertanding sudah ada orang datang untuk pujuk kami agar berpaling sokongan.." cerita salah seorang mereka. Justeru itu katanya beliau meminta Dr Wan Suhaimi datang menemui mereka dan menjelaskan kedudukan sebenar kenapa PKR tidak diberi peluang bertanding.

Jadi kehadiran Wan Suhaimi pagi tadi berjaya menenangkan keadaan. Kumpulan masyarakat Tionghua itu dapat menerima penjelasan Wan Suhaimi dan memohon mereka menerima sesiapa sahaja Pakatan Rakyat walaupun dari PAS.

"Kalau saya tidak bertanding, saya harap masyarakat Tionghua di sini akan memberi sokongan kepada calon PAS, kerana kita berada dalam Pakatan Rakyat," rayu Wan Suhaimi.

Dalam pada itu Wan Suhaimi berjanji akan membawa Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz yang diumumkan sebagai calon di Pasir Mas mengunjungi masyarakat Tionghua berkenaan. Terdapat kira-kira 180 orang pengundi Cina di situ.  

Sementara itu dalam perkembangan lain Dr Wan Suhaimi menjelaskan khabar angin beliau akan bertanding bebas kerana kecewa tidak dicalonkan adalah tidak benar. "Tidak saya tetap bersama Pakatan Rakyat dan sudah bersedia untuk membantu calon PAS, Nik Mohamad Abduh, Hanifa Ahmad, Ustaz Abdul Halim dan Rozi Mohamad, " jelasnya dalam satu sms kepada saya.

Dengan penjelasan itu berita yang tersebar di dalam Facebook mengatakan bekas Pegawai Menteri itu akan bertanding sebagai calon bebas hanya khabar angin semata-mata.
[wm.kl.11:17 pm 18/04/13]

No comments: