Tuesday, April 30, 2013

Apa Khabar PAS Terengganu Bolehkah Tumbang Mat Said?

ANALISA TERENGGANU                                                                                            

Sering saya ditanya mengenai peluang dan pencapaian PAS khasnya, dan Pakatan Rakyat amnya di Terengganu Daruliman. Setiap kali berdepan dengan persoalan ini sukar untuk saya menjawabnya. Saya selalu mengelak untuk memberi ulasan. Saya tidak ada petunjuk atau pun firasat mengenai perkembangan Pakatan Rakyat di Terengganu. Terengganu semacam ada formulanya sendiri bagi menghadapi UBN kali ini, jadi sukar untuk diramalkan keadaanya.

Manan: Yakin Terengganu tumbang.
Sekali pandang seolah-olah PAS Terengganu ingin menyembunyikan apa yang mereka sedang dan akan lakukan. Kerana terlalu sembunyi menyebabkan orang di luar Terengganu termasuk saya sendiri menganggap PAS atau Pakatan Rakyat Terengganu senyap sunyi saja atau sudah lemah semangat. Lautan Cina selatan yang membirai negeri Terengganu tenang tiada gelora besar!

Bahkan saya sendiri lebih berprejudis seperti PAS Terengganu mempunyai formula tidak selari dengan Pakatan Rakyat di pantai baray. Semacam PAS Terengganu hendak memerintah seorang diri saja tanpa ada atau perlukan kepada pakatan dengan PKR. Kepada seseorang saya memberi tahu PAS Terengganu terus akan menghidupkan agenda Unity Gorvenment?

Pernah berlaku satu program Anwar Ibrahim di Terengganu tidak mendapat kerjasama sepenuhnya dari PAS. Di sesetengah kawasan ada yang tidak memberi laluan langsung kepada Anwar sehinggakan Anwar terpaksa melencong ke tempat lain. Keadaan itu menyedihkan. Misalnya di Dungun, satu prgoram Anwar anjuran PKR tidak diberi kerjasama sewajarnya. Peralatan atau PA sistem tidak dibenarkan untuk diguna kerana ia milik PAS.  Kenapa sampai begitu sekali?

Bertolak dari situasi dan kondisi itulah menampakkan hubungan PAS dengan PKR tidak begitu intim seperti dinegeri-negeri lain. Semacam PAS Terengganu terpisah dengan Anwar atau PKR. Keserabutan ini membawa kepada saat pemilihan calon. Proses pembahagian kawasan antara PAS dengan Terengganu sungguh gawat. Tidak terlampau kalau dikatakan PKR telah terkorban di Terengganu disebabkan egois PAS.

Keserabutan itu membawa ke hari penamaan calon bila mana berlaku pertindihan di tiga kerusi di Bukit Besi, Seberang Takir dan Kota Putera. Kejadian ini sungguh menyedih dan memalukan. Kejadian ini menampakkan kedua pihak tidak kompak dan bersatu hati. Ianya telah dieksploit oleh UBN.

Perkembangan-perkembangan itu menyebabkan saya tidak begitu berminat untuk membuat tinjauan ke atas negeri Terengganu. Pemerhatian saya tumpul kepada Terengganu. Tidak terfikir macam mana untuk mendapatkan keyakinan PAS dapat menawan Terengganu kalau awal-awal lagi sudah tidak menunjukkan persefahaman dan 'bbolot' istilah orang Terengganu.

Sehinggalah saya berjumpa dengan tokoh veteran Umno Terengganu yang pernah menjadi anggota kabinet, Datuk Manan Osman semasa majlis di rumah Tengku Razaleigh Hamzah tiga minggu lalu. Selepas berintraksi dengan Manan baru saya menjadi terliur untuk menulis dan membuat sedikit research mengenai Terengganu. Saya seolah-olah mendapat semangat baru dari Manan untuk melihat kepada Terengganu keseluruhan tanpa prejudis.

Menurut Manan beliau yakin kerajaan UBN Terengganu akan tumbang kali ini. Alasan yang diberikan ialah kerana Umno tidak ada pemimpin. Ahmad Said yang kini menjadi MB menurutnya bukan seorang pemimpin yang sepatutnya diletak sebagai MB. Kelemahan dan kebolehan Mat Said sudah diketahui rakyat Terengganu. Mat Said tidak mampu menjana kekuatan untuk Umno terus kekal memerintah negeri Penyu itu.

"Saya cukup yakin Umno akan tumbang dalam pilihan raya kali ini," tegas bekas Menteri Pertanian yang suka gelak itu. Saya cuba menekan kepadanya apakah alasan dan hujah lain menyebabkan beliau menyatakan demikian. Dia tidak menjelas lanjut tetapi menyakinkan saya dengan beranologi, "apa yang berlaku di Terengganu kini seperti penyu," ujarnya.

"You tahu penyu dia senyap dan diam sahaja. Masa dia betelor juga senyap tidak ada siapa tahu. Tau tau keluar telor ratusan biji. Begitu jugalah kerja-kerja PAS dan PKR lakukan untuk menumbangkan Umno di Terengganu. Umno sendiri tidak sangka," katanya sambil tersenyum lebar bersemangat.

Anologi itu saya terima dengan baik. Rasanya ada logiknya. Manan seorang berpengalaman pandangannya tidak boleh dikesampingkan. Beliau tidak juga memjelaskan apakah strateginya tetapi terus menekan yang dia yakin Umno akan tumbang. Sikapnya itu membuatkan saya terpaksa mencari dan merenung sendiri akan hujah-hujah dan alasan diyakinkan itu untuk dijustifikasikan.

Bila saya teliti dan menghalusi ada dua perkara yang saya lihat kalau berlaku kejuatan di Terengganu, pertama kerana ada semacam kerjasama baik di antara Pakatan Rakyat khasnya orang-orang PAS dengan pihak kerabat Istana. Ini terbukti bila mana dua orang kerabat di Raja Terengganu telah menyertai PAS. Mereka ialah Raja Kamarul Baharin Shah dan seorang lagi Datuk Seri Paduka Raja, Tengku Ibrahim Ibni Sultan Almaruh Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Raja Baharin malah bertanding di kerusi parlimen Kuala Terengganu.

Kemasukan Raja Baharin dan Datuk Seri Penglima Raja memberi impak besar kepada PAS. Umum akan melihat penyertaan mereka berdua sedikit sebanyak ada restu dari Istana Terengganu. Gambaran ini tidak dapat elak kerana hubungan mereka dengan istana amat intim sekali. Secara tidak langsung rakyat kita mentafsir bahawa orang Istana juga tidak mahukan Umno.

Kesungguhan Tengku Ibrahim tidak syak lagi. Semasa saya berjumpa dengannya di satu majlis di Ampang, beliau menjelaskan akan hasrat dan cita-citanya untuk menumbangkan kerajaan UBN Terengganu. Apabila saya bertanya apakah dia akan bertanding, jawabnya tidak, tetapi dia akan membantu PAS.

"Saya tidak bertanding kerana ingin membantu PAS. Saya akan jelajah dan round seluruh Terengganu bagi memastikan UBN kalah," katanya serius sambil mengundang saya ke Terengganu melihat perkembangan terkini waktu itu sudah sudah ada tanda-tanda rakyat Terengganu akan bangkit.

Apabila saya padankan azam Tengku Seri Paduka itu dengan penegasan dan keyakinan Manan baru saya fahm atau menemui teori macam mana mereka yakin kerajaan UBN Terengganu akan tumbang dalam pilihan raya kali ini. Dan dapatan itu ditambah pula apa yang berlaku selepas hari penamaan calon. Khabarya kehangatan politik Terengganu bermula sebaik selepas proses penamaan calon.

PAS Ternegganu mengemukakan lebih separuh muka baru untuk bertanding dalam pilihan raya kali ini. Yang jelasnya pemimpin Van C20 yang telah menjadi liabiliti kepada PAS semuanya digugurkan kecuali yang tinggal Abdul Hadi Awang. Kebimbangan saya selama ini ialah kalau pemimpin Van C20 ini bertanding ia akan menjadi masalah kepada PAS Terengganu. Tetapi apanbila nama mereka tidak disenaraikan, ia menunjukkan PAS Terengganu membuat perubahan besar ke atas calon-calonnya dan mereka ingin menang kali ini.

Walaupun berlaku pertidihan kerusi di antara PAS dengan PKR tetapi penyelesaian cara baik telah dicapai. Di mana ketiga-tiga kerusi itu diserahkan kepada PAS. Kesediaan PKR bertolak ansur ini memberi keyakinan dan semangat baru yang PAS dan PKR sama-sama nekad untuk menumbangkan Terengganu. Tampaknya PKR telah melakukan pengorbanan besar untuk mengapai kerajaan di Terengganu hanya bertanding di dua kerusi saja satu parlimen satu Negeri.

Harapan untuk tumbangkan Terengganu memang ada. Jika diteliti kepada fakta dan statisik pada pilihan raya lalu, terdapat tujuh kerusi yang PAS kalah dibawah 1,000 undi. Kerusi-kerusi itu;  Jabi (804), Tepoh (430), Telok Pasu (462), Pengkalan Berangan (930), Rantau Abang (790), Paka (344), Chukai (769).

Manakala yang kalah bawah 2,000 dua kerusi. Kerusi-kerusi itu ialah Bandar (1,142) dan Kuala Nerang (1,592). Manakala lapan kerusi yang dimenangi PAS dalam pilihan lalu ialah; Bukit Tunggal (336), Wakaf Mempelam (2,193), Ladang, (31), Batu Buruk (1161), Bukit Payung,(115) Rhu Rendang,(2,686) Manir (432) dan Sura (1,000).

Sekiranya PAS dapat merampas sembilan kerusi yang kalah bawah 1,000 dan 2,000 undi itu dicampur dengan lapan kerusi yang sedia ada ini menjadikan PAS berjaya membentuk kerajaan dengan majoriti mudah di Terengganu apabila mendapat 17 kerusi iaini dengan kelebihan satu kerusi. Kalaupun hari ini belum dapat diyakini PAS akan menang tetapi pilihan raya kali ini di Terengganu adalah sengit.

Mungkin Umno dapat merasai keadaan ini dan dalam kecemasa. Disebabkan itu video sex yang kononnya melibatkan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali disebar meluas di Terengganu dengan harapan ia akan mempengaruhi rakyat dan menolak PAS. Keadaan berlaku sebaliknya. Video rekaan dan fitnah itu telah menimbulkan simpati rakyat kepada PAS. Video Mustapa itu tidak memberi apa-apa bekas kepada PAS. Penyebaran video berkenaan juga tersalah jangka kerana Mustapa sudah dibawa keluar dari gelanggang - tidak bertanding.

Satu faktor lagi boleh meranapkan harapan Umno dan Mat Said untuk memerintah Terengganu ialah berlakunya perpecahan kepimpinan didalam Umno Terengganu. Umno Terengganu kini wujud tiga kumpulan. Kumpulan Mat Said, kumpulan Idris Jusoh dan kumpulan Tengku Putera Tengku Awang yang dilihat berkecuali. Tengku Putera dilihat orang yang akan merampas jawatan MB dari Mat Said kalau Umno menang. Tengku Putera bertanding di DUN Kuala Berang.

Ramai mereka yang duduk dalam kumpulan Idris Jusoh yang memprotes perlantikan Mat Said menjadi MB dulu tidak dicalonkan semula. Antara mereka ialah Wahid Rosol, Din Adam dan lain-lain. Sudah pasti mereka akan membuat kacau atau 'peteh betis' sebagai membalas dendam. Mat Said gagal untuk menenangkan orang-orang Idris Jusoh. Khabranya secara senyap orang-orang Idris Jusoh akan 'mengajar' Mat Said secukupnya.

Kesimpulan yang dapat dibuat hari ini mengenai PR di Terengganu, mereka juga sedang bergerak dan mengalami gelombang sama seperti negeri-negeri lain. Wave atau pun gelombang untuk menuju ke Putrajaya juga sudah sampai ke Kuala Terengganu. Cuma bezanya gelombang di Terengganu bergerak dari bawah bukan dari atas. Kebangkitan di Terengganu agak 'anjur' sedikit. [wm.kl.8:05 am 30/04/13]

No comments: