Sudah hampir pasti Naib Presiden PAS Husam Musa, 54 akan bertanding di kerusi Putrajaya Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur disamping mengekalkan kerusi DUN Salor yang dijabati sekarang ini. Kalau semuanya berjalan lancar Husam bakal melakar sejarah buat PAS Kelantan dan Malaysia amnya dan buat dirinya sendiri.
Tiga Naib Presiden menanti untuk terima derma. |
Penghijrahan atau lebih tepat perlarian Asri ketika itu merupakan satu tektik dan strategi untuk mengelakkan Kelantan yang sedang bergolak di mana beliau sebagai salah seorang menjadi punca meletusnya isu hingga mengelodakkan PAS Kelantan; makanya beliau menjadi tumpuan dan perhatian Umno. Jadi perlarian itu bagi memberi keselesaan dan ketenangan kepada PAS Kelantan dan mengalihkan tumpuan musuh dari menyerang PAS.
Sallahuddin dan Mahfuz dtang memberi semangat. |
Dalam hal ini ternyata Husam mengatasi Asri dalam percaturan strategi politik. Kehadiran Husam ke Putrajaya memang menjadi perhatian baik dari UBN dan juga Pakatan Rakyat. UBN tampak kurang senang dengan langkah panjang Husam itu. Keselesaan dinikmati UBN menang mudah di Putrajaya dalam tahun 2008 dulu sedikit terganggu dengan ura-ura Husam akan berhijrah ke kawasan elits itu. Sekiranya penghijrahan itu tektik untuk menganggu minda UBN ia sudah mencapai maksudnya.
Sesiapa saja dari kalangan UBN yang akan diletakkan bertanding di Putrajaya tidak boleh goyang kaki dan harus berkerja kuat. Khabarnya Teuku Adnan Teuku Mansor sudah memohon dari Najib Razak untuk direhatkan. Apakah Adnan takut kepada Tengku Husam? Adnan masih ada hutang yang belum dibayar kepada Husam terhadap apa-apa persoalan mengenai penglibatan Adnan dalam beberapa skandal seperti didedahkan di parlimen sekitar tahun 1995 - 2004.
Sedikit agak malang kalau Adnan 'melarikan' diri nampaknya hutang lapok itu tidak terlunas juga maka sesiapa yang mengganti Adnan perlu melunasi hutang Adnan kepada Husam dan rakyat Malaysia. Kita berharap lawan Husam nanti sedia untuk menjawabnya. Dan kita harap juga Husam akan menangihnya.
Belum apa-apa UBN sudah pun memberi isyarat mengunci pintu Putrajaya dengan memasang bendera di seluruh kawasan pusat pentadbiran Persekutuan itu. Hari ini kalau anda ke Putrajaya, seluruh pusat pentadbiran itu yang sebelum hijau damai kini menjadi biru mengharukan pemandangan, dipenuhi dengan bendera dacing.
Kepadatan bendera dacing menyebabkan seakan tiada celah dan ruang lagi untuk bendera PAS menyelit di situ. Tetapi nasib baiklah PAS memakai bulan sebagai lambangnya, soal bendera tidak menjadi masalah kerana bulan berada di atas langit. Walaupun bendera bulan tidak dapat dipacak di bumi tetapi bulan pasti akan menawan angkasaraya Putrajaya.
Pun begitu tindakan siasah Husam itu menimbulkan berbagai tafsiran positif dan negatif. Sesetengah orang PAS Kelantan yang tidak mahu melihat Husam terus mendominasikan diri dengan pelbagai idea dan wawasannya dalam Kerajaan, suka dengan tindakan Husam itu. Mereka menyifatkan langkah itu adalah jalan untuk mengharmonikan PAS Kelantan yang mana diganggu oleh idea-idea canggih Husam. Mereka yang tidak dapat menerima cara Husam berpolitik yang berfikir jauh ke depan, gembira kerana mereka tidak akan lelah mengejar Husam yang muncul dengan pelbagai idea pembangunan rakyat selepas ini.
Mereka mendoakan biarlah jadi. Sebenarnya mereka yang pesimis dengan Husam tidak perlu risau sebab dia sudah hampir jadi bertanding di Putrajaya hanya tunggu pengumuman saja. Husam juga sudah melangkah sebalah kaki ke kawasan Putrajaya yang tidak mungkin ditarik lagi. Tokguru Nik Aziz sendiri merestui Husam ke Putrajaya dan mendoakan agar menang. "Saya menyokong Husam ke Putrajaya dan kalau Pakatan Rakyat menang, dia akan jadi menteri," begitu kata Tokguru berseloroh apabila saya bertanya beliau apakah beliau sedia melepaskan Husam.
Pergilah Husam jangan bimbang. Dan apabila Tokguru masih merestui beliau tetap kekal di Salor, ini bermakna kerelaan Tokguru menyerahkan Husam menjadi milik Malaysia itu menunjukkan orang tua itu masih berbelah bahagi. Masih ada rezab untuk Husam sekiranya berlalu apa-apa di Putrajaya. Mungkin dijantung Tokguru sudah tiada Husam, tetapi dihati Tokguru masih 'tertepek' nama dan wajah Husam yang sukar ditanggalkan. Justeru mereka yang mengenali kebolehan Husam dan sayang kepadanya tidak perlu menangisi kepergiannya ke Putrajaya sebaliknya perlu diiringi dengan doa dan semangat.
Husam sendiri tidak perlu rungsing dan bimbang. Apabila kita sudah menjadi sebahagian kaca dan sebahagian intan kita tetap ada ruang dan bahagian di dalam hidup ini. Ada yang menyayangi kita dan ada yang membenci kita. Kalau kita terus mengilap diri menjadi bersinar, yang tidak sayang dan benci akhirnya akan turut menyayangi kerana kilau itu juga akan menarik pandangan sesiapa saja.
Dari kalangan masyarakat di Putrajaya khasnya anak-anak Kelantan kedatangan Husam seperti kembalinya seorang ayah yang kesekian lama terbiar. Mereka merasa bersemangat dan mempunyai kekuatan. Khususnya bagi PAS Putrajaya sendiri, dengan menjadikan Husam sebagai seorang ayah PAS kawasan Putrajaya kini tidak dagang lagi dan UBN tidak boleh perkecil-kecilkan PAS.
Sambutan terhadap nawaitu Husam itu hangat dan memberangsangkan. Ini dapat dilihat kepada sokongan yang diberikan. Sokongan dan semangat ini terserlah pada majlis makan malam anjuran PAS Bangi malam tadi yang turut sama dihadiri Husam dan dua naib presiden Sallahuddin Ayub dan Mahfuz Omar. Kehadiran secara kebetulan itu semacam satu acara untuk memulakan sambutan meraikan kehadiran Husam secara rasmi untuk bertanding di Putrajaya.
Yang jelasnya malam tadi kehadiran anak-anak Kelantan yang tinggal di sekitar Bangi dan Selangor datang menyatakan sokong dan kesanggup untuk membantu Husam menggambarkan langkah Husam ke Putrajaya adalah tepat. Seperti mana kata Husam dia bersedia bertanding di Putrajaya untuk memberi mesej dan isyarat bahawa PAS bakal menjadi parti utama di masa depan tampaknya difahami. Yang datang malam tadi mMasing-masing memberi perakuan untuk menjadi sukarelawan membantu Husam dan PAS.
"Saya tahu Putrajaya adalah kawasan yang didesign untuk kemenangan UBN, tetapi kita tidak perlu takut. UBN ada segala kekuatan termasuk samseng, tetapi kita tidak boleh mengalah dan perlu lawan dengan ikhtiar dan doa. InysaAllah kita akan berjaya.. senjata utama kita ialah takwa kepada Allah dan doa." Ujar Husam.
Memahami kata-kata Husam itu semua pihak jangan perkecilkan PAS. PAS bukan lagi parti kampung dan PAS bukan selesa untuk menjadi pembangkang selama-lamanya, tetapi PAS juga ada cita-cita dan harapan untuk menjadi parti memerintah. "Langkah ana bertanding di Putrajaya ini adalah iktihar kita, keberanian kita untuk merombak atau memecahkan kunci pintu Putrajaya," katanya disambut takbir.
Jadi Husam hari ini adalah bukan saja harapan dan wira PAS, tetapi beliau juga harapan dan wira Pakatan Rakyat untuk memecah pintu ke Putrajaya dengan menjadi pemberani untuk nombor satu. Sekali lagi langkah Husam sedia bertanding di dalam kota pertahanan UBN itu adalah tindakan terpuji yang perlu disokong. Semangat Sallahuddin al-Ayubi sang penakluk licit dan lincan dan berani itu tampaknya susah merasuk ke dalam jiwa Husam bin Musa. [wm.kl.12:50 pm 09/04/13]
4 comments:
Sebak membaca post ini. Betapa hebatnya pejuang Islam sepanjang zaman.... Takbir!
MP sekarang ni tidak mesra rakyat, hanys tabur wang melalui wakil saja. Sy csdang Dato' HM datang ke pasar malam Putrajaya, jumpa penduduk secara santai kerana cara lain payah nak lepas.
MP sekarang ni tidak mesra rakyat, hanys tabur wang melalui wakil saja. Sy csdang Dato' HM datang ke pasar malam Putrajaya, jumpa penduduk secara santai kerana cara lain payah nak lepas.
Insya Allah beliau akan menjadi pembuka kpd pr ke putrajaya....husam musa al fateh....amiin,,,
Post a Comment