Wednesday, April 3, 2013

Nyawa Najib Sebagai PM Malayisa Berakhir Hari Ini?

BERIUTA DALAM PENANTIAN                                                                                  

Sekiranya Najib Razak menempati janji-janji yang disebarkan oleh kalangan rapat dengannya, di mana hari ini beliau akan membubarkan Parlimen penggal ke 12, jam 11:30 pagi ini... kira-kira setengah jam lagi ini bermakna nyawa dan hayat Najib sebagai perdana menteri akan berakhir hari ini.

Sebaik beliau mengistyharkan pembubaran parlimen kemudian dimaklumkan kepada SPR, bermakna beliau bersama 221 orang ahli parlimen lain tidak lagi merupakan ahli parlimen Malaysia. Secara berperlembagaan juga belau bukan lagi seorang perdana menteri. Najib tidak boleh memanggil apa-apa mesyuarat berhubung apa-apa keputusan mengenai negara dan bangsa.

Apa-apa tugas dan tanggungjawab sebagai perdana menteri yang diperuntukan menerusi perlembagaan tidak dibawa tanggungjawab Najib lagi. Najib juga tidak berhak mendapat panggilan perdana menteri Malaysia.

Di bawah caretaker government Najib hanya perdana menteri pinjaman kepada kerajaan sementara yang terletak langsung di bawah Yang Dipertuan Agong. Di sepanjang kerajaan sementara ini budi bicara untuk melantik perdana menteri sementara terletak kepada Agong. Misalnya Agong boleh melantik sesiapa saja yang disukainya.

Sebagai perdana menteri Najib tidak lagi boleh mengumum apa-apa peruntukan untuk rakyat seperti sebelum ini. Soalnya apakah Najib akan patuh?

Kemungkinan parlimen dibubarkan hari ini semakin kukuh apabila "talibising" Malaysia telah membuat pengumuman yang Najib akan muncul di talibing untuk berucap secara langsung dipercayai berhubung pembubaran parlimen.

Sekiranya parlimen dibubarkan hari ini bermakna pilihan raya akan ditetapkan di antara 1 hingga 5 Mei. Boleh jadi juga disamping Najib mengumumkan pembubaran parlimen beliau juga mengumumkan perlanjutan tempoh untuk mengadakan pilihan raya selama enam bulan lagi. [wm.kl.11:05 am 03/04/13]
Post a Comment