Monday, April 15, 2013

Umno Kelantan Umum Calon Tengahari Esok

BERITA SORE                                                                                                                   

Senarai calon UBN Kelantan kini sudah berada di tangan Pengerusi Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed. Senarai calon itu sudah muktamad dan tidak ada apa-apa pindaan lagi. Senarai penuh itu diserah oleh presiden Najib Razak pagi ini.

Menurut Mustapa nama-nama calon Umno untuk 45 kerusi state dan 14 kerusi parlimen itu akan diumumkan tengahari esok bertempat di Pejabat Umno Kelantan di Kota Bharu jam 12:00 tengah hari.

Sempena pengumuman itu juga bakal-bakal calon akan diserahkan tauliah menjadi calon.

Sehingga kini senarai calon UBN kemas kemeh dalam tangan Mustapa tidak siapa mengetahuinya. Cuma apa yang sudah pasti Tengku Razaleigh Hamzah sekali lagi diberi laluan untuk bertanding di kerusi parlimen Gua Musang, manakala Mustapa di kerusi parlimen Jeli di samping kerusi state Air Lanas.

Pengumuman calon Umno esok ini bermakan UBN mendahului PAS yang sampai kini masih belum dapat mengumumklan calon-calon mereka. PAS dan PKR sepatutnya mengumumkan calon-calon mereka pada 12 April lalu tetapi terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Dari segi moral menampakkan UBN lebih bersedia dan bersemangat kali ini berbanding dengan PAS? [wm.kl.2:41 pm 15/04/13]

No comments: