MENJOLOK MENTARI
Hari ini surat khabar Utusan menyiarkan pendedahan Inchek Ibrahim Ali kononnya Nik Abdul Aziz Nik Mat memiliki 20 lot tanah di kawasan Tunjung bernilai RM10 juta. Berita itu bolehlah untuk menutup ruang surat khabar berkenaan. Dalam dunia surat khabar, bila masa sudah terdesak dateline sudah habis, maka apa-apa berita pun akan dimuat, kalau tidak ia tidak dapat dicetak. Lambat nanti operator mesen akan marah.
Jadi pendedahan dibuat Brahim itu hanya cerita buruk untuk memenuhui kolom-kolom kosong akhbar itu saja selepas sudah habis tektik untuk mempedaya pembaca dan memfitnah. Dalam berita itu Berahim suruh Nik Aziz jawab mengenai apa didedahkan itu. Tidak perlu jawab Tokguru, biarlah berita itu dibaca dan dikunyah oleh rakyat dalam warga negara bernama Utusan. Utusan apa-apa berita yang disiarkan bukan boleh dipakai. Membaca Utusan menjadikan kita bersubahat dengan kejahatan. Utusan sudah menjadi najis mughallazah.
Integriti Utusan sebagai sebuah surat khabar sudah lama mati dan berkubur. Perhatikan saja sudah beribu kes saman ke atas surat khabar berkenaan, kebanyakan semuanya kalah. Juallah segala aset Utusan Melayu untuk bayar saman tidak cukup. Maruah dan integriti sesebuah surat khabar terletak di situ.
Kalau hendak bercakap soal harta dan tanah, Brahim patut jujur dan dedahkan dulu harta benda yang dia ada. Ibrahim selalu tusuk mengenai apa yang ada di dalam dirinya. Brahim buat harta di Kuala Lumpur orang Pasir Mas tidak tahu. Brahim mengatuh di coffee house orang Pasir Mas tidak tahu. Cuba minta dan tanya Brahim berapa buah rumah beliau ada di Kuala Lumpur. Jangan mudah terima Brahim kerana dia hulur seringgit dua. Duit tidak boleh melindungi dosa, di akhirat besok RM tidak valid.
Saya tidak mahu memberi jawaban dulu, mahu tengok seikhlas mana Brahim. Apakah dia seorang bertanggungjawab atau tidak. Kalau bak menuduh dan menghina orang memang Brahim ini nombor wahid. Tetapi kalau terkena ke atas kepalanya, menikus senyap sunyi tidak berketek macam buah kedepar hanyut air.
Orang Pasir Mas cuba tanya projek bandar baru Pasir Mas di Lubuk Jong itu siapa dalangnya? Syarikat Semasa Sdn Bhd, siapa yang menjadi nyawanya. Berapa yang Ibrahim ambil duit dari Cina bernama Albert. Saya ada menyimpan semua dokumen dan gambar-gambar berhubung penandatangani MoU projek berkenaan.
Tanya juga siapa yang buat jambatan Tendong dan berapa harganya yang sebenar dan berapa yang di make-up. Sebanyak RM85 juta ke mana duit itu pergi dan masuk ke dalam poket siapa. Projek itu dibawa oleh Brahim tentu dia tahu ke mana perginya duit itu. Brahim tidak boleh melindungi ini dengan mengakui dia calon berwibawa. Wibawa kepala hotak dia?
Brahim kena jujur, nanti di akhirat besok lidah akan dipotong dengan gunting. Kalau hendak menang pilihan raya pun jangan berbohong sampai nampak ke atas belakang. Malu kepada budak-budak. Kalau tidak malu ke budak-budak pun malulah kepada babi hutan yang kini sudah berkeliran di pinggir-pinggir kampung Pasir Mas.
Sekali lagi diingatkan Tokguru Nik Aziz tidak payah ulas dan jawab apa yang didedahkan Brahim itu. Dan orang PAS juga tidak perlu memberi reaksi kepada laporan akhbar berkenaan. Kalau kita ulas dan respon ertinya kita bersubahat dengan pembohongan dan fitnah. Ibarat Utusan dibuat bungkus tahi, kalau kita pegangnya kita juga terkena dan terhidu najis tersebut.
Tokguru hanya perlu berkata begini kalau ada orang tanya; "pergi taya Brahim sendiri atau tunggulah di akhirat besok... di sana nanti semua anggota kita menjadi saksi.." Ada faham ke Brahim bab ini?
Jangan lupa tanya Brahim berapa nilai dan aset yang dia ada. Berapa buah rumah yang dia ada. Kalau berpuluh juta dia belanjakan untuk rakyat, tentulah duit dia berkali ganda dari itu. Ibrahim bukan bodoh sampai nak 'kirah' semua harta bendanya untuk beri kepada rakyat. Ibrahim bukan Umar Ibnu Aziz dia adalah Setopa anak Ali.
Saya hanya percaya Brahim hanya milik seorang isteri saja, tetapi saya pernah tengok dia ada lebih dari sebuah rumah. Tanya dia juga berapa harga rumahnya itu? Sesiapa nak tahu rumah Brahim sila jumpa saya, saya akan tunjuk. Hari ini pun boleh...
RM10 juta harga Tokguru Nik Aziz seperti dikatakan itu (memang bohong) hanya kecil, terlalu kecil. Apa dia ingat Nik Aziz macam Madir, (Mahathir) jadi PM 22 tahun boleh jadikan anak orang terkaya di Malaysia? Brahim, Nik Aziz bukan seperti Madir, Nik Aziz adalah Nik Aziz yang kau pernah sembah dan sujud untuk mendapat kerusi. Cis 'menete tak reti bahasa'.
Kalaulah Nik Aziz tergilakan wang dan harta bukan saja setakat RM10 juta, RM10 billion pun beliau akan dapat, tidak payah songlap harta macam pemimpin parti disertai orang gila (Umno) cukup orang-orang yang menerimanya sebagai tokguru dan mursyid sahaja menderma kepadanya. Dia tidak perlu menyamun harta rakyat seperti politician lain termasuk juga Brahim. [wm.kl.9:12 am 30/04/13]
11 comments:
Saya sebenarnya lebih risaukan Kelantan daripada Terengganu pada PRU13 ini.
Boleh beri pencerahan sedikit tentang Kelantan? Kerisauan bn untuk membirukan Kelantan masih ada dalam benak saya. Nauzubillah....
relax boh, cool down, org srupo brehim katak nih tak dok ore nak abik pot kacawali ore hok meme totok UMngok, Brehim ni kalu 10 tubik dari mulut dio , 11 tak leh ccaya.
Sedih dengan perangai orang yang telah diberikan SUSU tapi dibalas dengan TUBA.....
Orang yg peka dosa pahala dgn org yg tak peduli dosa pahala ni ibarat langit ngan bumi. Tok Heng akan tersungkur atas pasir, insyaAllah.
ada setengah tempat utusan percuma di kedai kopi,,di shah alam pula Kosmo percuna edisi free..huu
Selamat Sejahtera Pak MSO,
I am always amused the way your write and have written, Bahasa kamu cukup membuat saya menjadi peminat Pak MSO selepas Shahbudin, Pak Aspan, and I have a deep admired for Nik Aziz because I have posted many many times that I wish Niz Aziz will be a Leader of the Country like Mathama Gandhi, in Msia I really think that will be no such a credibility person like Tok Guru, all I can say, Tuhan Lanjutkan Usia Tok Guru, thank you very much Pak MSO...
Salam Sejahtera
Tok Guru telah menjelaskan isu ini dan nyata cuba memberikan gambaran kesangsian tentang Tok Guru. Jelas Breheng tak ada modal.
Tengah hari tadi jam 12.00 hingga 1.00, 30/4/2013, Rahim Thamby Chik Pengerusi Risda menyampaikan wang bantuan RM500 kpd pekebun kecildi Kuantan, Pahang. Mula ucapanya ok saja mengenai program Risda. Lepas tu mula mencacai mengutuk Anwar.
Hadhirin dah mula bosan dan akhirnya Rahim di boo.... Bila kena booo... cepat-cepat berhenti.
Sekarang jangan ingat pekebun kecil semua bodoh. Mereka berani membantah depan-depan.
Akhirnya Rahim tersipu-sipu "kemaluan"
Enche Ibrahim Ali (gelaran dato' tidak layak digelar kat nate ni) calon bebas yang menggunakan lambang bunga raya samalah nilainya seperti sekuntum bunga raya yang sedang layu sebelum berkembang. Ia sudah buruk di tangkai dan menunggu jatuh untuk dipijak-pijak sebelum dilupakan daripada kamus politik rakyat Malaysia. Dalam usaha untuk mencari kemenangan di Pasir Mas Enche Ibrahim meracau macam Hantu Raya kelaparan telor sampai dia lupa telor yang dia telan bukan telor ayam tapi telor buaya....
Hamba pun turut bimbang dgn kelantan. Ada yg kata jadi mcm 2004. Minta jauh kalau jd lg teruk dr itu.
Brehim Ali we kawe nok tanyo demo? berapo duit @ komisyen demo boleh dari Jambatan Tendong a.k.a lebih dikenali Jambatan Brehim Ali oleh ore Kelate.
Ado berani ko weee....Brehim Ali, ghoyat la berapo demo dapat duit tu.
Kato ko Tok Guru sedat sangat
Post a Comment