Sunday, April 21, 2013

Kegiatan Membeli Undi Sudah Bermula di Pasir Mas?

BERITA                                                                                                                              

Awas kegiatan membeli pengundi di Pasir Mas sudah pun bermula. Maklumat risikan bebas memberi tahu ada orang tertentu telah berjumpa dengan individu atau pun pemimpin masyarakat yang tidak tegar kepada parti kerajaan menawarkan wang dengan jumlah tertentu.

Sasaran utama kumpulan 'pengandal dacing' ialah tok penghulu dan tok imam atau pun kumpulan-kumpulan samseng kampung. Mereka ditawar dengan wang sebanyak RM500 hingga RM1000 agar mengundi calon tertentu. Mereka yang sedia menerima tawaran berkenaan diminta bersumpah dengan menyebut; walahi, wabillah dan watalahi.

Menurut risikan 'pengandar dacing' ini akan memasuki ke kampung dan berjmpa dengan sasaran mereka. Mereka bergerak secara senyap dan mendekati pengundi secara halus dan normal.

Semua pihak di Pasir Mas harus berwaspada dengan fenomena ini. Pasir Mas sejak dulu lagi dikenali dengan kawasan yang mengamalkan politik dajal. Politik dajal hebat berlaki di dalam Umno Pasir Mas. Bekas ketua bahagian Pasir Mas pernah mndedahkan nilai jawatan-jawatan yang dipertandingkan di Pasir Mas dengan jumlah tertentu.

Misalnya untuk menjadi ketua bahagian saja memerlukan RM500 ribu, untuk jadi timbalan RM300 ribu atau naib ketua RM150 ribu. Untuk menjadi kumpulan G7 perwakilan ke Umno sahaja memerlukan sekurang-kurang RM50 ribu.

Adalah dipercayai politik wang berkenaan menular ke luar Umno dan turut menjadi amalan dalam pilihan raya.

Politik dajal hendak dibersihkan dari bumi Pasir Mas waima di kalangan Umno sendiri harus menolaknya. Selagi ia dibiarkan maka selama itulah bumi Pasir Mas tidak akan suci dan bersih dengan politik dajal. [wm.kl.8:48 pm 21/04/13]


3 comments:

Pak Zawi said...

Amalan ini telah dilaksanakan dengan penuh kesan dalam PRU12.

sizzly7761 said...

Salam MSO, seperti yang dijangkakan..kesengajaan Che Johan Che Pa untuk tidak mengemukakan kertas pencalonan dan memberi laluan kepada Dato' Kaya Parti Braheng Ali untuk bertanding bukanlah secara kebetulan......semuanya telah dirancang. Yang jelas, Che Johan Che Pa masih belum layak/sesuai untuk jadi wakil rakyat! cara beliau memberi alasan dan hujah mengapa tidak bertanding dan memberi laluan kepada presiden perkasam memperlihatkan ketidakupayanya dan tidak cerdiknya beliau meski berpelajaran. beliau hanya layak jadi badut dan terompah kayu bagi ayah didiknya iaitu braheng ali.!Tidak mustahil beliau hanyalah pedagang politik yang hanya mementingkan diri dan mungkin ganjaran material sebagai pertukaran ' berbanding naluri membela rakyat terutama penyokong umno yang masih ramai yang daif dan naif. kesian kepada ahli umno yang tertipu dengan 'sandiwara' pemimpinnya. sedarlah...seumur hidup kena tipu.

Mohtar said...

ada yg sanggup backup ibrahim ialah mamak mahadir....