Monday, April 1, 2013

Mukhriz Pernah Dalam Satgu Majlis Dengan Muhamad Ridzwan?

ERTI SEBUAH GAMBAR                                                                                                   

Lelaki yang diumumkan oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang dikehendaki oleh polis bagi membantu peristiwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Mohamad Ridzwan Sulaiman telah menyerah diri kepada polis hari ini. Lelaki itu rupanya Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Al-Ehsan yang mesra dengan pemimpin UBN termasuk Najib Razak.

Dikatakan Ridzwan bersama Mukhriz dalam satu majlis.
Dia menyerah diri di balai Polis Daerah Ampang dengan diiringi 10 pengiring dipercayai penyokongnya.

Bercakap kepada media sebelum menyerah diri kepada polis Ridzwan mengakui beliau ada memberi bantuan kewangan kepada Sultan Sulo, Jolo Selatan Filipina iaitu Sultan Muedzual Lail Tan Kiram yang ditemuinya pada 15 dan 16 September tahun lalu.

Rizdwan menyerah diri ekoran gesaan dan pendedahan dibuat oleh Pesuruhjaya Polis Sabah, Hamza Taib yang menyuruh dia berbuat demikian di mana-mana balai polis berdekatan.

Hamza juga ada menunjukkan gambar lelaki berkenaan di skrin tv, berona macam Arab India dan bermisal tebal dan mengenakan serban.

Timbul sedikit tanda tanya untuk apa Ridzwan dikehendak menyerah diri di balai polis sedangkan dia tidak terlibat dengan pengganas bersenjata dari Sulu yang menyerang Lahad Datu, Sabah? Ketidakterlibatan itu telah disebut oleh Hamza Taib?

Apakah polis terkeliru di dalam hal ini atau pun sengaja berbuat demikian? Sekiranya Ridzwan tidak terlibat dengan pencerobohan itu untuk apa diperlukan oleh polis? Biasanya polis meminta seseorang menyerah diri kerana didapati terlibat dengan sesuatu kes atau arif dengan kes itu.

Apakah polis ingin suatu pandangan dan pengakuan lain dari Ridzwan? Jangan pula selepas ini polis akan mendakwa Ridzuan dimahkamah atas kejadian berkenaan yang tujuannya mengaitkan nama Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim di sebalik kejadian itu? Rewel nanti.

Agak aneh kerana lelaki itu tidak terlibat tetapi dalam masa sama kata Hamza, lelaki itu boleh membantu polis dalam kes pencerobohan itu. Macam mana Hamza boleh kata tidak terlibat sedangkan siasatan langsung ke atasnya belum dilakukan lagi?

Adalah wajar disebabkan Rizdwan sebelum ini pernah tampil dengan beberapa tokoh Umno termasuk Mukhriz Mahathir, turut memanggil atau menyiasat mereka termasuk Mukriz berhubungan perkaraan ini.

Terma atau ayat yang sama boleh digunakan, "Mukhriz tidak terlibat dengan pencerobohan di Lahad Datu, tetapi mungkin dia boleh membantu kerana mengenali Rizduan yang diminta membantu polis dalam kes Lahad Datu.

Bukti yang Mukhriz mengenali Rizdwan ini ialah pada sekeping gambar yang tertera (disiarkan) di atas yang kini dilambak dalam wall facebook. Harapnya foto berkenaan bukan super imposer tetapi ia adalah asli. [wm.kl.4:40 pm 01/04/13]

2 comments:

shafie said...

Apakah gambar mukhriz akan digantikan dgn gambar lain? Lihat 'backdrop' di belakang "...KATAN RAKYAT...". Apakah huruf sebelum ..KATAN. Segalanya boleh dilakukan dimasa yg mendesak kini...

Unknown said...

Sebenarnya bukan gambar dgn Mukhriz sahaja. Gambar dgn PM DS Najib pun ada. Makin peninglah PM kita. Makin lama makin banyak bala datang.