Khabarnya Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia Siti Zailah Mohd Yusof keberatan untuk meninggalkan pengkalannya di Rantau Panjang bagi dipindah ke kerusi lain. Zailah tidak bersedia kerana di bumi itu beliau dikatakan sudah lama membajak dan tenggala, bahkan semaiannya sudah pun mulai hendak boleh dituai. Alasannya, tidak munasabah kalau dia hendak meninggalkan ladang yang sedang menguning. Benar juga.. kalau ditinggalkan maka akan kompunlah anak buah yang hendak merasai budi tangannya.
Zailah: Merajuk? |
Selalunya kalau kemenangan tipis begitu, sudah tentu dalam pilihan raya akan datang kalau calon itu dikekalkan lagi, kerusi Gual Periok sakan hanyut. Apa yang pernah berlaku ke atas Abdullah Razak tahun 1999 - 2004 akan menimpa Mohamad. Maka untuk menjamin Dun Gual Periok kekal maka satu formula diperkenalkan agar Zailah turun ke Gual Periok demi kemenangan di Rantau Panjang.
Penurunan itu juga merupakan kenaikan pangkat kepada Zailah. Tertakdir PAS dapat memerintah Kelantan beliau sudah pasti akan diangkat menjadi salah seorang anggota exco. Kedudukannya sebagai muslimat akan melayakkan beliau menjawat jawatan itu walaupun jawatan itu tidak semestinya diberi perioriti kepada penjawat jawatan dalam parti. Namun itulah tradisinya.
Tampaknya formula itu tidak mudah dipersetujui dan angin-angin bangkangan sudah mula pejal. Yang cuba menolak dan menghalangnya bukan diri Zailah secara peribadi, tetapi kepimpinan dalam muslimat PAS Pusat. Muslimat mahukan Zailah kekal di parlimen Rantau Panjang. Khabarnya ada yang datang berjumpa dan merayu kepada Tokguru Nik Aziz. Rayuannya mungkin sampai tumpah air mata. Hujah yang diberikan ialah untuk memastikan suara muslimat ada di parlimen. Maka itu Zailah harus berada di Rantau Panjang.
Sebenarnya hujah itu tidak konkrit dan sangat dangkal. Tidak berbangkit lagi suara muslimat akan kekurangan di parlimen kalau Zailah tidak bertanding di Rantau Panjang. Bukankah bekas senator Muntaz Nawi akan diletakkan di parlimen Kubang Kerian bagi menggantikan Sallahuiddin Ayub? Kredibiliti Muntaz sebagai ahli parlimen rasanya lebih terserlah dan anggun lagi dengan latar belakangnya sebagai seorang peguam.
Di parlimen ia memerlukan seseorang yang boleh bercakap mengenai dasar kerajaan dan menyumbangkan idea mengemaskan polisi kerajaan, dan bukan setakat melaporkan soal banjir atau sampah sarap dan anak babi 'berunga-rungga' di celah kampung semata-mata.
Justeru saya melihat halangan dua orang pemimpin muslimat Pusat terhadap Zailah itu bukan kepentingan muslimat sangat tetapi kepentingan diri sendiri. Mereka juga tidak melihat apakah manfaat yang boleh diterima pengundi Rantau Panjang kalau Zailah berada di state dan menjadi anggota Exco. Zailah boleh menyumbang banyak lagi kebajikan bukan saja di Rantau Panjang bahkan diseluruh Kelantan. Di sini perjuangan muslimat Pusat itu jelas demi kepentingan mereka.
Atas keperluan itu maka orang di Rantau Panjang dan saya sendiri melihat keperluan yang sewajarnya diutamakan. Zailah patut mewarasakan kepalanya dan memberi keutamaan yang lebih utama khasnya untuk kesejahtraan dirinya dan juga keluarga. Beliau tidak patut merasa terhina dengan formula berkenaan.
Saya tidak mahu meyebut kenapa ada pemimpin PAS muslimat mahu menggunakan Zailah untuk kepentingan dirinya. Tetapi ada elemen-elemen tertentu yang tidak positif dan baik untuk Zailah terpamer. Mereka mahukan Zailah untuk menjadi alat kepada mereka kerana mereka tahu diri mereka tidak boleh berada di tempat Zailah sekarang ini kerana kelemahan dan penolakan muslimat ke atas stail politik mereka. Mereka juga tahu yang Zailah boleh dipergunakan untuk kepentingan mereka. Hari ini pun suara-suara atau tuntutan mereka telah ditelorkan oleh atau melalui Zailah. Nah.. itulah tujuan mereka menyingsing lengan mempertahankan Zailah.
Saya tidak pasti apakah Zailah menyedari akan perkara ini? Menyedari akan dia dipergunakan secara halus oleh rakan-rakan muslimatnya sendiri. Atau pun Zailah kini sudah mula merasai enak sebagai seorang ahli Parlimen dan dibayangkan pula bakal menjadi menteri?
Zailah seorang yang lemah lembut dsan mempunyai syaksiah yang baik. Beliau tidak konteroversi dan lantang. Beliau lebih bersifat keibuan daripada fighter wanita liberal. Dengan sifat itu beliau mudah disuruhi apa sahaja. Pernah satu ketika Zailah tidak berbuat apa-apa apabila seorang pemimpin muslimat (belum kahwin) menyanyi-nyanyi dan bertempik di khayalak ramai dalam satu mini demostrasi. Walhal kelakuan muslimat belum kahwin berkenaan agak janggal dan tidak menggambarkan muslimat PAS dari bangsa Melayu. Mungkin dia Kadazan?
Gelagat itu hanya mampu dipandang Zailah tanpa membuat apa-apa teguran. Di sini penghormatan saya sebagai jantan kepada Zailah sebagai seorang mujahidah Islam agat teralat sedikit. Saya mula bertanya dan mengukur sepanjang mana dan setebal mana jubah dipakai Zailah selepas peristiwa itu.
Peristiwa itu menunjukkan kelemahan dan kurang karismatiknya Zailah sebagai pemimpin. Atau sifat dan perwatakannya yang lemah lembut dan mudah kesian itu sangat disukai sesetengah pihak dalam muslimat kerana ia boleh dijadikan alat. Atas alasan dan motif itulah dirasakan kenapa Zailah perlu berada di parlimen bagi mengekalkan kedudukan sebagai ketua muslimat dan seterusnya dipergunakan oleh pemimpin lain.
Dalam muktamar PAS nanti saya percaya Zailah akan ditentang. Mungkin sesudah menyedari ini maka perlu Zailah berada di parlimen bagi menampakkan dia pemimpin nasional. Sebenarnya tanggapan itu salah. Hebat atau tidak seseorang itu bukan masalah dia berada di parlimen atau di Dun. Tetapi ia terserlah menerusi idealisme dan hujah-hujah dan cara politiknya yang mampan.
Jadi apabila Zailah tidak bersedia ditukar sehinggakan katanya bersedia untuk tidak bertanding kalau bukan di Rantau Panjang perlu dihormati. Tetapi harus difikir tindakan itu sesuatu tindakan yang tidak profesional. Politik merajuk, ugut dan kecewa begitu bukan politik yang didokongi prinsip dan sifat-sifat Islam yanhg tulen atau menjadi pakaian muslimat PAS. Kedudukan, kerusi dan pangkat didalam perjuangan bukan perkara utama dan dituntuti. Dan kalau itulah yang menjadi dambaan Zailah ia suatu ajaran yang salah.
Teladan dan tanggungjawab yang dipikul Husam Musa yang sanggup dipulaukan ke Putrajaya seharusnya menjadi renungan dan cabaran buat Zailah. Apa salahnya kalau dia menyahut cabaran itu seberani Husam. Bukankah Husam adalah idola Zailah? Bukankan Zailah yang mencadangkan agar Husam bertanding di dua kerusi parlimen dan state?
Apa lagi kalau Zailah benar-benar bertahan degan keputusannya itu kerana diminta beralih tempat dan tidak mahu bertanding, maka beliau telah membunuh kerjaya politiknya lebih awal. Zailah sudah mengukur belinda kerandanya lebih awal sebelum dia jatuh sakit lagi.
Apa pun saya percaya Zailah boleh kekal berada di Rantau Panjang seperti dipertahankan seterusnya memenuhi misi beberapa orang pemimpin dalam muslimat PAS itu dengan syarat ada wakil muslimat sekali lagi pergi merayu dan menangis kepada Tokguru agar Zailah jangan dipindahkan. Curahlah air mata dan merayulah Tokguru insyaAllah beliau akan memenuhinya kerana dia seorang berjiwa lembut dan sedia mengorbankan diri dan perasaan untuk anak-anak buahnya.
Inilah kemuliaan Tokguru Nik Aziz. Dan kepada Zailah dan pemimpin muslimat yang tetap mahukan Zailah berada di Rantau Panjang cubalah... masa masih ada. Matahari belum naik di belah Barat lagi. Cuma saya ingin bertanya apakah ertinya dan apakah maknanya slongan yang tertera di billboard yang berbunyi WE LOVE TOK GURU yang kini berlambak di Kelantan? Semasa saya berjumpa Tokguru sebulan lepas saya bertanya kepadanya, apakah makna WE LOVE TOK GURU?
Dia memberi jawaban tidak setepat seperti mana saya mahukan. Selepas saya mengupasnya sedikit lantas beliau berkata dalam mantik begini sebagai jawabannya; SAMALAH MENGAKU ISLAM TETAPI TIDAK SEMBAHYANG. Saya terkedu dan faham. Maksud kalau mulut kata sayang tetapi hati tidak dan perbuatan jauh sekali ia tak ada apa-apa guna. Semalaman kablu saya menangis mengenagkan nasib Tokguru yang dijadikan hamba oleh pendokongnya juga. [wm.kl.12:21 t/hari 08/04/13]
3 comments:
Kena buat yang lebih utama daripada yang utama. Semoga PAS dan PR menjadi peneraju dan pemacu Kerajaan yang kuat dan amanah selepas PRU13 ini, insyaAllah.
Org yang pentingkan diri sendiri dan merajuk tak layak jadi pemimpin, Pemimpin bukan yang meminta jawatan tetapi di Pinta menjawat jawatan, Kalau macam ni baik jadi keluar Pas terus jer, Kita kena pentingkan perjuangan dan parti, bukanya diri sendiri, ramai lagi orng yang layak tapi tak minta jadi Adun pun , baik muhasabah diri..
Abd fatah tak payah btanding laaa
Post a Comment