Friday, April 5, 2013

Zailah Mungkin Ke Pasir Mas?

SPEKULASI                                                                                                                                              
Ketua Muslimat PAS Siti Zailah Mohd Yusuf sedia mematuhi arahan pucuk pimpinan untuk bertanding di mana sahaja kerana apa yang penting adalah kemenangan parti. Dalam satu SMS kepada saya, beliau menyatakan kesediaan apabila ditanya kemungkinan beliau akan berpindah kerusi dari parlimen Rantau Panjang ke DUN Gual Periok.

"Kalau soal calon, Kak Lah ikut apa arahan pucuk pimpinan," jelas Zailah. Bercakap kepada satu sumber lain Zailah ada membayangkan yang beliau akan diturunkan ke DUN Gual Periok.

Kedudukan Zailah timbul sedikit kontroversi apabila beliau dikatakan enggan untuk berpindah tempat dan mahu kekal di Rantau Panjang. Alasan yang diberikan Zailah kerana beliau mahu membawa suara muslimat di Parlimen.

Alasan itu bagaimana pun tidak kuat dan seolah sengaja diadakan kerana suara muslimat di parlimen tidak berkurangan kalaupun beliau tidak bertanding di parlimen kerana sekiranya bekas senator Muntaz Nawi diberi laluan bertanding di kerusi parlimen Kubang Kerian, Muntaz boleh menjadi jurucakap muslimat.

Difahamkan 'kedegilan' Zailah untuk tidak turun ke DUN selepas didesak oleh beberapa muslimat Pusat yang mahukan Zailah kekal di parlimen.

Dua bulan lepas dua orang wakil muslimat dari Kuala Lumpur datang menemui Tokguru Nik Aziz meminta agar Zailah dikekalkan di Rantau Panjang. Khabarnya wanita berkenaan sampai menangis merayu Tokguru kekal Zailah.

Ternyata dua pemimpin berkenaan tidak memahami cita rasa dan keperluan politik di Kelantan dan lebih mementingkan kelompok muslimat.

Penurun Zailah ke DUN Gual Periok adalah untuk menyelamatkan kerusi Gual Periok dan Rantau Panjang sekaligus. Ramai tidak sedar kedudukan Zailah di kerusi parlimen Rantau Panjang dalam bahaya ekoran beliau berkrisis dengan Yang Dipertua Kawasan Abdul Fatoh Haron.

Sekiranya Zailah diturunkan ke Gual Periok pergeseran atau kemungkinan beliau di sabotaj akan berkurangan.

Kedengaran juga apabila Zailah tetap mahu bertanding di parlimen ada cadangan agar beliau di beri kerusi Jeli atau Pasir Mas. Sebagai catatan kerusi Jeli adalah kerusi asal yang ditawarkan kepada Zailah tahun 2008.

Sehingga hari ini kerana kedegilan Zailah yang konon mematuhi desakan muslimat itu, kemungkin beliau akan diberikan kerusi parlimen Pasir Mas. Kerusi Pasir Mas yang kini terbuka ekoran pengkhianatan jahat Brahim Ali dianggap sesuai untuk Zailah membina tapak baru. Di Pasir Mas beliau tidak akan dihalang oleh sesiapa. [kb.kel.1:58 pm 05/04/13]

No comments: