Saturday, April 27, 2013

Pertindihan Kerusi Antara PAS dan PKR Selesai, Tetapi Dun Sungai Aceh Terus Bermasalah?

ULASAN PETANG                                                                                                         

Alhamdulilah isu pertindihan tujuh kerusi di antara PAS dengan PKR sudah selesai. Penyelesaian ini menunjukkan semangat tinggi baik di pihak pimpinan dan calon-calon terlibat untuk melihat cita-cita menumbangkan kerajaan UBN tercapai. Penyelesaian itu dicapai dengan penuh keadilan apabila tiga kerusi diserahkan kepada PAS dan empat kerusi diseahkan kepadsa PKR.

Kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PAS ialah, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi ketiga-tiganya di Terengganu. Manakala kerusi-kerusi Sungai Aceh, Pulau Pianng, Panti Johor dan parlimen Labuan Sabah diserahkan kepada PKR.

Perkara ini diumumkan Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali. Katanya juga pihaknya sudah memaklumkan kepada SPR mengenai penarikan diri PAS dari bertanding di kerusi-kerusi yang diserahkan kepada PKR itu.

Sementara itu satu lagi kerusi yang menjadi kontroversi kerusi Damansara, Selangor yang berlaku perebutan di antara PAS dengan PSM yang bertanding atas lambang PKR, juga selesai apabila PAS  bersetuju untuk mengalah dan serahkan kerusi itu kepada PSM atas alasan status quo.

PAS telah mengarah jenteranya di Subang Jaya supaya membantu bagi kemenangan calon PSM Dr Mohd Nasir.

Dengan penyelesaian itu pihakUBN tidak dapat lagi untuk mengatakan berlaku perlawanan sesama sendiri dalam Pakatan Rakyat bagi menggambarkan timbul kelam kelibut dalam Pakatan Rakyat, berbalah sesama sendiri bagi mengabui mata pengundi.

Dengan penyelesaian di pihak PR itu, kini menjadi cabaran kepada Umno untuk menyelesaikan masalah di dalam partinya yang masih belum tuntas. Baru-baru ini Umno memecat 52 ahli partinya kerana melakukan berbagai kesalahan termasuk bertanding sebagai calon bebas kerana tidak berpuas hati atas keputusan pucuk pimpinan parti.

Antara mereka ialah Timbalan Ketua Wanita Kamaliah Ibrahim bertanding calon bebas di parlimen Kuala Kangsar, bekas menteri kabinet Sharif Omar bertanding atas tikit Bebas di Tasik Gelugur dan satu kerusi Negeri, dan Exco Kedah Fadzil Hanafi bertanding Bebas di Alur Mengkudu dan lain-lain.

Sementara dalam perkembangan terbaru khabarnya PAS di Sungai Aceh masih belum berganjak, untuk menyerahkan kerusi itu kepada PKR dan terus berkeras untuk bertanding walaupun parti sudah memutuskan kerusi itu diserahkan kepada PKR menerusi calonnya Badrul Hisham Shahrin.

Beberapa pemimpin PAS di Sungai Aceh masih enggan untuk memberi kerjasama kepada Badrul walaupun berbagai usaha dilakukan.

Kerusi Sungai Aceh adalah kubu kuat Umno di mana sukar untuk PKR atau PAS memenangi kerusi berkenaan sekiranya tidak ada kerjasama di antara satu sama lain. Adalah diharap pimpinan PAS Pulau Pinang akan menyelesaian pertikaikan itu dengan baik demi menjaga keharmonian Pakatan Rakyat.

Tidak ada gunanya kedua pihak 'berkekah', di mana akhirnya kerusi itu terlucut sekali lagi kepada UBN. [wm.kl. 6:33 pm 27/04/13]

8 comments:

wa said...

Ada unsur sabotaj? Mgkin dr bekas ketua pemuda pas negeri...pas sg aceh tlg jgn jd barua umno yg berselindung dibalik pertandingan pru...harap maklum

msyariblogspot said...

Hanya nak jadi calon dah berebut geger. Tempat pula kubu umno yg belum tentu menang. Belum tentu lagi kalah @ menang. Patutnya mengalahlah sebab ada pertukaran. Kalu ni payah nak tawan putrajaya.

Unknown said...

Cerita2 macam ni amat menyedihkan. Mereka tak malu atau merasa yang rakyat meluat dgn cerita pertindihan dan perebutan sebegini. Jangan pulak ini merupakan strategi parti masing2 utk merebut jawatan tertinggi bila pr menjadi kerajaan. Didalam parti tertentu juga, telah kedengaran orang2 tertentu telah mengatur orang2nya menjadi calon sebagai strategi persiapan pemilihan peringkat parti. Sikap tamak kuasa mula menyerlah bila peluang kemenangan pr mula menjadi kenyataan.

Unknown said...

Ok juga nnti kita tgk sapa yg paling byk penyokong.. pru 14 kita refer pada undi pru 13 ni

ulitmayang said...

Tarbiyah dari pusat blm cukup kpd negeri
- jadi mcm ni lah
- ada pimpinan mcm perangai umno

Minda Gemilang said...

PAS patut pun singkir Us Hafiz Nordin dari ketua pemuda PP, dia merupakan duri dalam daging. Di sungai acheh dia yang mengapi2kan PAS dan PKR sekarang supaya mereka berlawan.

supir said...

Abe MSO, Utk makluman, Timb. Presiden PAS telah pergi melawat DUN Sg Acheh pada 24/4. Rasanya semua sudah selesai. Tak tahu lah kalau ada lagi masaalah yg timbul. Jika ada, maka pihak yg berkeras dikalangan pemimpin PAS wajib diambil tindakan disiplin. Takkan tak hormat kepada Timb. Presiden ! Timb. Presiden sendiri sudah buat kenyataan bahawa dia tidak akan benarkan ada pertindihan diantara PAS & PKR.

wassalam.

Unknown said...

Harapnya semua pengerak kempen utk calon PAS di Sg. Acheh dapat menurunkan semua bendera PAS di kaw Sg. Acheh dan menerangkan kepada semua pengundi di Sg Acheh bahawa PAS telah menarik diri dari bertanding...Ini amat mustahak sebagai satu simbolik menarik diri dan seterusnya meyakinkan pengundi bahawa PAS talah menarik diri dan sokonglah calon PKR...pekara pokoknya semua ahli PAS dan PKR di Sg.Acheh dapat bersatu hati untuk menjatuhkan UMNO/BN dlm PRU 13 ini.