SESUDAH SUBUH
Che Johan Che Pa telah pun dipanggil menghadap Lembaga Disiplin Umno berhubung tindakannya tidak menyerahkan borang penamaan calon pada 20 April lalu. Alasan diberikan ialah kerana hendak memberi kemenangan kepada calon bebas Inchek Ibrahim Ali. Gara-gara itu UBN hilang satu kerusi sebelum bertanding.
Beliau mahu Ibrahim menang kerana dia tidak yakin dia akan menang, dan kalau dia bertanding juga Nik Abduh akan menang mudah. Dia berbuat begitu kerana ingin mematikan legasi Nik Aziz. Nik Abduh adalah satu-satu anak Nik Aziz yang minat politik dan akan menjadi legasi kepada Mursyidul Am PAS itu.
Pengorban Johan besar dan hebat tetapi tidak kena pada tempatnya. Dia mempunyai niat yang baik dari konteks Umno hendak menamatkan legasi Nik Aziz tetapi dalam masa sama dia membelakangkan partinya sendiri. Cara dia bertindak itu tidak berintegriti dan memalukan partinya. Apa yang dilakukan itu menyebabkan dia boleh dianggap seorang yang tidak bermoral dalam politik.
Orang yang dia beri laluan adalah orang yang telah mengkhianti partinya, Umno. Tahun 2004 orang itu menentang calon Umno menyebabkan dia dipecat dari Umno seumur hidup. Tahun 2008 dia bertanding atas tikit PAS dan menang. Selepas itu dia khianati PAS pula. Orang Umno Pasir Mas tidak boleh lupa dengan kemenangan itu dan orang PAS Pasir Mas tidak akan lupa pengkhianatan itu.
Betapa semasa kempen Inchek Ibrahim mengutuk Umno dan menghina para pemimpin Umno. Malam siang dia mengeji pemimpin Umno termasuk Najib Razak, Mustapa Mohamed dan lain-lain.
Alih-alih hari ini Johan beri laluan kepada Ibrahim yang disifatkan sebagai ayah dan juga god father politik. Bolehkah dalam perjuangan kita berkompromi dengan musuh? Atau pun kita tinggalkan prinsip dan pijak maruah parti? Prinsip perjuangan kita harus tentang sesiapa saja termasuk ayah, anak, adik beradik dan kawan kalau ia telah 'memakan' prinsip perjuangan kita.
Prinsip perjuangan tidak boleh digadai atas nama hubungan kekeluargaan atau pun sahabat handai.
Apa yang saya nak tegas di sini mengenai nawaitu Johan itu, yang ingin sekat legasi Nik Aziz dengan memastikan Nik Abduh kalah sehinggakan dia sanggup dipecat oleh parti. Itulah pengorbaqn dan ikrar Johan. Dia melakukan itu tanpa mendapat apa-apa bayaran dan imbuhan dari sesiapa termasuk Ibrahim, katanya. Setakat ini Inchek Ibrahim membalas jasa baik Johan dengan merayu kepada Umno agar jangan ambil tindakan apa-apa. Bila Ibrahim jadi tukang rayu fahamlah apakah jenis kong kalikongnya.
Orang PAS kena sedar perkara ini. Mereka kena menjadikana nawaitu Johan itu sebagai cabaran. Apabila Johan beriya hendak mematikan legasi Nik Aziz, orang PAS perlu berkerja lebih keras demi memastikan Nik Abduh menang.
Kalau Johan telah istyhar nak sekat legasi Nik Aziz maka PAS juga perlu istyhar dan bersumpah mempertahankan Nik Aziz dengan memenangkan Nik Abduh dengan apa cara sekali pun. PAS Pasir Mas perlu berbuat sesuatu untuk memastikan kemenangan Nik Abduh.Kekalahan Abduh kekalahan untuk semua dan memalukan Nik Aziz juga.
Nik Abduh orang baru, tokoh muda yang belum banyak jasa berbanding dengan Ibrahim. Nik Abduh sendiri tidak tahu bagaimana dia hendak meletakkan dirinya dalam politik. Dia sendiri tidak berjumpa dengan keistimewaan yang ada kepadanya. Dia juga seorang yang 'senyit'. Molikul dalam dirinya perlu diaktifkan sedikit.
PAS kena cari sesuatu daripada Nik Abduh untuk diperkenalkan kepada rakyat. PAS kena korek apakah kehebatan dan rahsia yang ada kepada Nik Abduh dan apakah yang beliau boleh bawa selepas ini. Nik Abduh tidak boleh pergi dengan membawa bodi ayahnya sahaja, tidak cukup.
Yang hantar Nik Abduh ke Pasir Mas, ialah orang Pengkalan Chepa. Nik Abduh sebahagian kerabat orang Pengkalan Chepa. Jadi orang Pengkalan Chepa kena lebih bertanggungjawab atas kemenangan dan keselamatan diri Nik Abduh. Jangan selepas hantar Nik Abduh di Pasir Mas orang Pengkalan Chepa diam membisu, meriba tangan. Penghantaran Nik Abduh ke Pasir Mas bukan umpama menghantar anak kita ke rumah mertuanya.
Saya nampak PAS kawasan lain termasuk Pasir Mas juga tidak begitu memikul Nik Abduh. Setakat ini belum ada apa-apa program khas untuk Nik Abduh di Pasir Mas. Yang galak membantu Nik Abduh hanya PKR Cabang Pasir Mas. Dr Wan Suhaimi Wan Daud ketua PKR Pasir Mas, dari hari menama calon lagi telah menyatakan sokongan dan membantu Nik Abduh.
PAS Pasir Mas tidak boleh berlengah dalam hal ini. Hanifa Ahmad dan rakan-rakan lain kena atur dan susunkan program untuk Nik Abduh. Jangan menerima beliau sebagai orang luar dan mengharapkan orang Pengkalan Chepa datang membantu. Orang Pengkalan Chepa hari ini sibuk bagi memastikan dia akan dilantik menjadi MB selepas menang (kalau menang) kelak. Dia berangan-angan dan merancang untuk mengganti Nik Aziz.Proses pemilihan calon adalah projek untuk menjadi MB.
Sepatutnya semua orang Pengkalan Chepa berpengkalan di Pasir Mas. Kerana di Pengkalan Chepa tidak perlu dirisaukan sangat. Jagalah Nik Abduh sebaik mungkin. Pastikan apa yang diingini oleh Johan itu tidak akan menjadi kenyataan. Kalau Nik Abduh kalah ia memalukan Nik Aziz dan seluruh orang Pengkalan Chepa khas ketuanya, kerana dialah yang menghantar dan mempertahankan Nik Abduh di Pasir Mas.
Saya bagi ilham sedikit kepada orang PAS menegenai Abduh ini. Cuba bawakan isu kedatangan Nik Abduh ke Pasir Mas untuk mengubah landskap dan calture politik di Pasir Mas. Sudah lama Pasir Mas dihidapi calture atau budaya politik samseng, arrogant dan politik wang. Perdagangan politik dan prinsip di Pasir Mas sangat hebat yang dipelopori Inchek Ibrahim Ali.
Orang Pasir Mas mengenali politik dengan wang ringgit dan bukan nilai perjuangan segonti. Jadi Nik Abduh boleh diuar-uarkan akan memperbetulkan persepsi ini. Dengan batang tubuh dan keilmuan yang beliau ada, kejernihan minda politiknya... Nik Abduh boleh menukar budaya berkenaan. Hasil peloporan itu, budaya tidak bermoral itu bukan saja di dalam Umno tetapi masyarakat Pasir Mas termasuk juga orang PAS terleset sama dengan budaya itu. Perkembangan ini membimbangkan untuk kesihatan politik Pasir Mas, khasnya dari golongan pertenghan ke bawah.
Jadi cuba nukilkan yang Abduh adalah juga seorang 'Ahmad al Fateh' kecil yang akan menakluki Pasir Mas dan akan cuba meniupkan semangat perjuangan Islam serta melakukan penghapusan budaya korupsi, samseng, perdagangan politik dan prinsip. Kalau Husam Musa ada idea untuk menobatkan dia sebagai Ahmad al Fateh yang akan membuka pintu kota Putrajaya, kenapa tidak Nik Abduh untuk Pasir Mas? Pasir Mas memelukan strategis untuk itu. [wm.kl.6:53 am 25/04/13]
1 comment:
saya harapkan segala idea yang diutarakan oleh mso ni diberi perhatian serious oleh ahli pemikir pas pasir mas dan pengkalan chepa
Post a Comment