Sunday, April 28, 2013

Mahathir Memperorak Peranda Umno Pasir Mas

MENYULUH MENTARI                                                                                                        

Ahli Umno yang waras atau yang tidak gila seperti mana disebut Inchek Ibrahim Ali yang pernah mengatakan hanya orang gila sahaja menyertai Umno, pasti tidak setuju dengan tindakan Mahathir Mohamad yang bermati-matian memberi sokongan kepada calon Bebas di Pasir Mas. Sebagai ahli Umno dimanakah logiknya Mahathir memberi sokongan kepada seorang calon Bebas yang juga menjadi pengkhianat kepada Umno.

Mahathir: Menyesatkan politik Umno.
Ahli Umno yang mahukan kepada integriti pasti marah dengan politik 'reban ayam' Mahathir itu. Dalam menyokong Inchek Ibrahim, beliau juga akan membela Che Johan Che Pa yang tidak menyerahkan borang pencalonan. Kata Mahathir dia akan menjadi peguam kepada Johan kalau timbalan ketua bahagian Umno Pasir Mas itu dihadap ke mahkamah keadilan parti. Apakah cara dilakukan Che Johan itu boleh diterima oleh ahli Umno seluruhnya?

Mungkin iya bagi ahli Umno gila tetapi tidak bagi yang rasional dan berintegriti dan mementingkan maruah dalam berpolitik.


Mahathir boleh terima apa dilakukan Johan sebab ia satu pengorbanan kepada Inchek Ibrahim Ali. Mahathir berbudi dan terhutang nyawa politik dengan Ibrahim maka dia kena balas dengan apa cara sekali pun. Tetapi apakah maruah parti apabila seorang pengkhianat dipeluk dan dicum? Ahli yang waras dan tidak gila tetap akan melihat tindakan Che Johan itu satu pengkhiantan dan menjatuhkan maruah parti sebab ia tidak akur kepada keputusan parti. Belum pernah dalam sejarah 12 kali pilihan raya ada calon Umno yang pengecut untuk menyerah borang. Tidak pernah...

Sebenarnya apa dilakukan Johan dan Mahathir itu besar implikasi dan risikonya. Ia akan menjadi iktibar untuk masa akan datang. Di masa akan datang akan ada calon Umno tidak menyerahkan borang pencalonan yang dilakukan atas nama pengorbanan atau pun kerana dibayar. Kes yang dilakukan Johan itu akan menjadi rujukkan. Kalau ia dirujuk siapa yang perlu dipersalahkan? Pemimpin hari inilah, Najib, Muhyuddin dan lain-lain. Mereka akan dipersalahkan oleh sejarah dan dunia.

Begitu juga apa dilakukan Mahathir akan dijadikan menjadi percedent, ikutan. Di mana ahli yang buat salah tidak perlu gundah guala kerana mereka akan dibela atau diberi sedikit upah. Mahathir sudah mengajar sesutau yang songsang di dalam Umno. Inilah ajaran sesat dalam parti Melayu berkenaan. Kesesatan atau kerakusan melakukan apa saja kepada parti inilah menjadi Tengku Razaleigh Hamzah bersama rakan-rakan dahulu keluar parti dan menubuhkan Semangat 46. Alasan besarnya Umno sudah terpesong jauh dari landasan asalnya. Dari 'keMelayuan' kepada 'keMamakan".

Sebenarnya cara Mahathir tidak pelik. Di eranyalah Umno telah diharamkan di mahkamah. Dia sendiri juga dipecat dari Umno kemudian masuk kemudian keluar kerana tidak bersetuju dengan presiden, kemudian masuk balik. Dialah yang menulis surat layang memburukkan presiden parti. Cara Mahathir berminan politik sebenarnya sudah tidak waras dan sangat busuk dan jahat. Cuma ahli Umno yang mabuk dengan 'kuntau'nya saja tidak berani berbuat apa-apa, tetap memuji dan memuja Mahathir sebagai hebat walaupun kebusukan sampai ke usus.

Inchek Ibrahim Ali bukan calon Umno, dia adalah calon Bebas yang menggunakan lambang bunga raya. Ibrahim juga dipecat oleh Umno seumur hidup kerana menentang calon Umno dalam dua pilihan raya 2004 dan 2006. Macam mana orang yang telah dibuang seumur hidup dalam parti boleh disokong oleh bekas presiden? Tidakkah itu gila namanya? Mereka yang lurus dan ikhlas berpegang kepada undang-undang dan peraturan tidak dapat menerimanya walaupun cuba disogok dengan wang yang banyak. Lainlah yang gila...

Apa yang berlaku di Pasir Mas baik oleh Johan, Ibrahim dan Mahathir sesuatu yang ganjil dan pelik. Ia adalah terjemahan kepada Umno itu sendiri yang sudah berusia lebih 60 tahun dalam keadaan gayut dan nyanyuk. Ahlinya boleh melakukan apa sahaja kepada parti sehingga mencemarkan maruahnya, kerana politik atau disebabkan keadaan terlalu terdesak.

Kepelikan di Pasir Mas menunjukkan Umno sudah terdesak untuk kalah. Umno akan menghalalkan apa saja demi menyelamatkan kuasa dan kedudukan. Umno sedia mengambil atau menggunakan bukan saja mereka yang tidak waras, hatta haiwan atau binatang pun akan digunakan sekiranya ia dianggap berfaedah. Itulah cara Umno. Apakah situasi ini orang Pasir Mas khasnya ahli Umno tidak faham? Macam mana pula perasaan ahli-ahli Umno dan pimpinan Umno bahagian Pasir Mas yang lain yang ada nilai dan maruah. Dengan apa yang berlaku mereka seolah-olah 'diperlembulaki Sharizatkan' oleh Mahathir, Johan dan Inchek Ibrahim Ali.

Hanafi Mamat sebagai ketua bahagian seakan merelakan apa yang berlaku kerana dia lepas. Hanafi juga menumpang 'tui' Ibrahim di Pasir Mas untuk menang di Tendong. Dia seorang individualistik. Belum tentu Hanafi boleh menang di Tendong kerana bekas Adun Fauzi Muhammad sedang menanti dengan onak dan duri dalam senyap di sana. Hanafi tidak mempedulikan kepada ahli dan pengikut lain. Sikap terima tanpa bantah oleh Hanafi ke atas apa yang berlaku menunjukkan kelemahan dan tidak ada kredibilitinya beliau sebagai seorang ketua.

Jelas penerimaan itu Hanafi mementingkan kedudukan dan bukan menjaga maruah parti dan dirinya. Apa yang boleh diharapkan kepada seseorang yang tidak ada maruah?  Kalau begitu elok saja Hanafi letakkan jawatan sebagai ketua bahagian dan serahkan terus kepada Ibrahim Ali. Tidak perlu tanya apakah ia bertentangan dengan perlembagaan atau tidak, lakukan sahaja. Umno kini yang dalam keadaan nazak sudah tidak menghormati perlembagaan dan peraturan lagi. Perlemnbagaan Umno sudah lama dijadikan penyapu punggung untuk membodek. Semuanya menjadi caca merba seperti mana Mahathir tuduh kepada pakatan pembangkang.

Pengundi di Pasir Mas yang masih ada nilai moral dan berpegang kepada disiplin hidup dan agama diharap dapat menilai kerencaman politik Umno di Pasir Mas. Pilihan raya ini adalah peluang terbaik untuk ahli Umno mengajar sesetengah pemimpin Umno di Pasir Mas yang diam-diam sudah terlarut dalam ajaran politik sesat Ibrahm Ali yang tidak ada air muka, tidak ada maruah dan sanggup memakai bangkai demi survive politik.

Ibrahim termasuk juga Hanafi Mamat perlu dikalahkan demi membina Umno baru yang berwibawa dan bermaruah di Pasir Mas. Ini kalilah.  [wm.kl.7:58 pm 28/04/13]

6 comments:

Nam Ron said...

Mahadir banyak membuat kerosakan baik kepada negara ataupun parti beliau sendiri. Sebagai mantan PM kata2 dan saranan Mahadir dah tak releven lagi dalam situasi politik dimalaysia. Beliau layak ditenggelamkan kelaut untuk jadi tukun dapat juga memberi faedah kepada nelayan menangkap ikan atau pulang ke negara asal untuk jadi milik rakyat Kerala!

firdaus said...

Harapnya mahathir tak senasib dengan firaun yg melihat bayang bayang penyesalannya semasa sedang kelemasan di laut merah tapi kita tahu dia tak akan berhenti kecuali apabila di suatu masa dia mula merasainya

sizzly7761 said...

Salam MSO, UMNO bahagian Pasir Mas ini sebenarnya dah korup dari segi kepimpinan, prinsip,perlembagaan Parti dan maruah perjuangan menerusi organisasi. Sebabnya ialah UMNO Pasir Mas ni dipimpin oleh Ketua, Timbalan Ketua yang tidak ada kredibilti dan intergriti! Semuanya 'poyo' dan 'sengal'.Semoga pengundi Pasir Mas bersatu untuk menguburkan orang-orang 'poyo'iaitu Madey,Johan,Braheng dan hanafi dalam PRU13 ini.Jangan relakan diri kita dipimpin oleh orang 'poyo' dan korup daya juang dia @ 'pedagang politik'

razali said...

Kesian Dr.M....di usia super emas masih sebuk memikirkan survival harta bendanya, survival politik anak-anak dan rakan2 karibnya. Adakah beliau berazam utk menongkah langit selama mana yg dia terdaya? Sama-sama kita tunggu dan lihat.....kesian..

prfct stranger said...

ini mmg cara berpolitik madey dari dulu(maaf gelaran TUN ni terlalu mulia utk pengkhianat negara spt madey)dia akan bt apa saja asal nafsu dia puas,dia bkn sayang pn kat malaysia, umno atau org melayu dia hanya pentingkan diri,keluarga dan nafsu dia terhadap kuasa dan sanjungan

mulia aziz said...

Dey! (mungkin nama manja), kan elok dari awal2 dulu bersara terus dari politik. Duduk diam dirumah menghabis sisa2 hidup dgn anak cucu. Sekarang dah menyibuk pula dalam politik, dari nama disanjung sekarang dah diharamjadahkan. Semua langkah dah jadi sumbang, apa2 yang kamu buat dah jadi haprak pada mata semua orang. Semua benda orang dah 'kebe' (dedah), dari penglibatan kamu dalam tragedi 13 may hingga lah perompakan harta negara. Tak kesian ke dengan anak cucu kamu nanti yang hidup dengan sejarah hitam kamu?