Monday, April 22, 2013

Mohamad Taib Sah Sertai PAS

BERITA TERKINI                                                         

Bekas Menteri Besar Selangor Mohamad Mohd Taib sah menyertai PAS. Baru sekejap tadi beliau telah menyerahkan borang menyertai PAS yang diterima oleh Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. Ikut sama menyaksikan majlis bersejarah itu ialah Timbalan Mursyidul Am, Dr Haron Din, dan dua naib presiden Salahuddin Ayub dan Mahfuz Omar.

Mohamad Taib juga membuat sidang media ringkas.

Seperti mana diajnjikan beliau membuat pengumuman rasmi itu selepas dua hari penamaan calon bagi mengelakkan timbul spekulasi beliau inginkan kerusi.

Selepas ini Mohamad Taib akan round ke seluruh negara untuk membantu calon-calon Pakatan Rakyat. Adalah diharap beliau juga akan ke Pasir Mas untuk membantu calon PAS di sana. Mohamad Taib menyimpan banyak rahisa calon bebas yang kini disokong UBN di Pasir Mas, Inchek Ibrahim Ali.

Semasa beliau menjadi MB Selangor, Mohamad Taib dikatakan pernah menganugerahkan tanah kepada calon bebas berkenaan di kawasan yang bernilai tinggi. Banyak tokoh-tokoh Umno yang mendapat sufaat material daripadanya.

Kepada Mohamad Taib diucapkan tahniah dan syabas semoga penyertaan beliau ke dalam PAS akan dapat menambahkan nilai dan menyemarakkan lagi perjuangan PAS. Sudah tentu Mohamad Taib akan memainkan peranan besar untuk mengekalkan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor. [wm.kl. 12:24 am 22/04/13]

5 comments:

aku_ein said...

Salam Pak..

Saya agak curiga dengan penyertaan beliau sebab kes beliau masa MB dulu..mungkin saya x 'mengaji' abis kes2 dulu, tapi orang yang ada kes agak bahaya pada PR pada pandangan saya..

Tapi kalau fikir positif, mungkin dia nak mulakan politik baru bersama PAS dan menganggap yang lalu sebagai pengajaran..

Pape pun saya harap PAS berhati2 dengan orang 'lama' takut ada maksud yang tersirat..

Unknown said...

Salam tn mso..saya dh lama mengikuti perjalanan tulisan saudara..dulu masa saya tgl di wangsa maju sek.2,saya selalu trserempak dgn tuan..tpi apakan daya..saya insan kecil..saya menyokong tulisan,idea dr tuan kerana saya nmpak keneutralan sikap tuan..sb tguran tuan tidak kira diphak kerajaan mahupun pembangkang..untuk mat taic nie komen saya pihak PAS perlulah brhati2 kerana takut dijadikan senjata oleh pihak lawan ats isu2 lama beliau smasa jdi m.b selangor..wallahhualamm...

Unknown said...

Sy berpendapat bahawa TEMPOH BERTENANG yg agak lama Tan Sri Mohamad Taib ni menceritakan segalanya.... biarlah dulu kita bersangka baik......

kueh bakar said...

saya rasa dia benar-benar ikhlas. Dia masuk dengan 'tali' harun din. Dan dia ada berkawan dengan harun din.

manusia ni, jika terlalu lama mengejar dunia atau membuat dosa, akhirnya terpikir juga, sampai bila...

mungkin dia bekas MB Umno pertama masuk PAS. Ia suatu yang besar. lagi pun keikhlasan dia, dibuktikan dengan berita kemasukan diberitahu selepas penamaan calon.

seorang bekas MB lagi pula Selangor adalah sangat sukar untuk twist kepada Pas. Ingat anak-anak dan seudara-mara tidak menentang?

Mike Tyson sekali pun dihujung zaman, tetap memberi kredit yang baik kepada PAS.

PAS, betol-betol parti masa depan Malaysia.

almanar said...

Jangan buruk sangka pada dia, hidayah urusan Allah, mungkin dia salah satu yang terpilih..