Sunday, April 14, 2013

Benar Bekas MB Umno Sertai PAS

BERITA                                                                                                                                 

Seorang bekas MB Umno sah mengisi borang kemasukannya ke dalam PAS, demikian menurut pemimpin tertinggi PAS. Menteri Besar berkenaan yang berkhidmat lebih 10 tahun itu akan mengistyharkan kemasukannya ke dalam PAS dua hari selepas hari penamaan calon.

"Beliau tidak mahu mengistyharkan sekarang ini bimbang takut beliau dikatakan hendakkan apa-apa jawatan atau pun menjadi calon dalam pilihan raya," demkikian beritatahu pemimpin berkenaan.

Sebenarnya desas desus MB seorang ini akan menyertai PAS sudah lama kedengaran tetapi ia tenggelam timbul. Barulah sekarang ini hasratnya itu sahih apabila beliau telah mengisi borang keahlian PAS di hadapan Timbalan Mursyudul Am PAS, Dr Haron Don.

Penyertaan bekas MB ini memberi pukulan hebat kepada Umno terutamanya di negeri yang beliau berkhidmat.

Dalam pada itu pihak Umno juga tertanya-tanya mengenai MB berkenaan yang dikatakan sudah lama menghilang dan menjauhi program UBN. Umno juga dikatakan beruasaha untuk mendekati dan menjinakkan bekas MB ini tetapi tidak berjaya.

Kemasukan bekas MB ini juga akan memberi suntikan semangat dan kekuatan baru kepada Pakatan Rakyat amnya. [wm.kl.8:57 pm 14/04/13]

2 comments:

Kabutar Diesel said...

Alhamdulilah moga-moga tok guru sentiasa dibawah pelindungan Allah

Unknown said...

Salam tuan. Mungkin bekas MB ini telah berubah. Walaubagaimanapun berhati hati jangan sampai tertipu. PR terlalu seronok apabila wakil rakyat BN Perak melompat parti tetapi kemudiannya mengkhianati PR hingga membawa rebah. Allah hu aklam.